Skip to content

Musafir 2

Mei 6, 2010

Hari ini 6 Mei 2010, Pilihan Raya Umum (PRU) di UK. Aku kini berada di Belfast. Orang sini PRU tidaklah sesibuk di Malaysia. Aku tengok sibuk di TV sahaja. Senua parti yang bertanding ada sorotan secara adil di TV. Kalau kat Malaysia setiap malam muka Najib, Rosmah dan Mahyudin sahaja yang keluar TV musim pilihanraya. Itu beza yang pertama. Kat sini aku tak nampak pun poster yang banyak. Poster tetap ada sekadar memperkenalkan calon yang bertanding. Kalau kat Malaysia poster yang banyak adalah poster pemimpin tertinggi sahaja umpamanya yang bertanding di Ulu Selangor dulu bagi BN ialah Kamalanathan tetapi yang banyak poster gambar Najib. Kat sini aku nak cari poster Brown (PM Britain) pun tak ada. Poster yang ada ialah mereka yang bertanding peringkat tempatan. Oleh itu bab poster ini kurang pembaziran. Bab keluar TV itu lebih adil. Nampaknya orang Malaysia kena belajar banyak dari kaedah ini.

Aku sampai ke Belfast pada 3 Mei 2010. Cuaca baik ketika itu. Perjalanan yang amat meletihkan. Naik Qatar Airways jam 2.00 pagi di KLIA. Terbang selama tujuh jam berhenti transit di Doha selama dua jam setengah. Dari Doha ke Heathrow, London masih guna Qatar Airways, terbang selama tujuh jam lagi. Transit sekali lagi di Heathrow sambil menyelesaikan urusan Immigresen selama dua jam dua puluh minit dan meneruskan menggunakan British Mainland Airways dari Heathrow ke Belfast. Jumlah masa perjalanan ialah dua puluh satu jam.  Sampai di Belfast jam lima petang waktu tempatan. Kami ditunggu oleh anak dan menentu dan dibawa terus ke rumah mereka. Kami rehat serehat-rehatnya. Jadi 4 Mei tiada apa-apa aktiviti kecuali membayar semula tidur yang tertangguh sepanjang penerbangan dari KLIA ke Belfast.

Semalam 5 Mei 2010, anakanda bawa kami berdua ke gedung perabut di IKEA dekat lapangan terbang Belfast. Kapal terbang tidak beoleh terbang di pukul 1.00 hingga 7.00 malam kerana kesan letusan gunung berapi di Iceland. Kami bernasib baik kerana tiba awal sehari. Kalau tidak tentu stranded di Heathrow. Alhamdulillah, Rabbi ya sir wala tu a sir. Hari semalam kami jalan-jalan juga ke Botinacal Garden dekat Queen’s University. Pemandangan sangat cantik. Antara gambarnya sepertin dibawah:

Itu sebahagian dari gambar yang dapat diambil. Sekian TK

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: