Skip to content

Musafir 3

Mei 8, 2010

Hari ini 7 Mei 2010 ialah hari mendengar keputusan PRU bagi UK. Setakat ini Labour Democrat Party sudah kalah kepada Conservative Party. Malangnya Conservative Party kebanyakkan menwakili negeri England sahaja. Tidak banyak wakil rakyatnya yang menang di Negeri Scotland, Welsh atau di Northern Ireland. Oleh itu Conservative akan hanya mewakili Negeri England sahaja.

Walau pun Conservative Party mengatasi parti-parti yang lain tetapi parti ini tidak memperolehi majoriti dalam parlimen UK. Oleh itu parlimen perlu digantung. Keadaan ini berlaku kerana tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam parlimen. Bagi mendapat majoriti dalam parlimen sesuatu parti perlulah mendapat 326 kerusi.  Parti Konservatif hanya mendapat 306 kerusi, menyebabkan dia tiada majoriti dalam parlimen iaitu kekurangan 20 kerusi. Parti Labour Demokrat pula mempunyai 258 kerusi, Liberal Demokrat pula mendapat 57 kerusi dan parti-parti kecil pula mendapat 28 kerusi. Oleh itu Parti Konservatif perlu bergabung dengan parti Liberal Demokrat untuk mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk satu kerajaan di Britain (UK). Perundinan sedang berjalan antara pemimpin parti.

Bagaimana sekiranya perkara begini berlaku di negara kita. Buat masa ini ianya tidak mungkin berlaku.Sebabnya kita hanya ada dua parti kuat. Tidak mungkin ia berlaku secara mudah, lainlah kalau tiba-tiba terdapat sebuah parti yang muncul memecahkan pembahagaian kerusi antara BN dan PR.

Satu keadaan yang tidak berlaku di UK ini ialah kewujudan “KATAK”. Walau pun Parti Konservatif tak cukup 21 kerusi untuk memerintah, tidak pula kedengaran mereka hendak membeli ahli parlimen dari parti-parti kecil sebanyak 27 kerusi itu. “KATAK” nampaknya tak boleh cari makan dalam PRU di Britain ini. Harap mereka yang bersifat “katak” di Malaysia menginsafi keadaan itu demi prinsip perjuangan. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: