Lompat ke isi kandungan

Musafir 4

Mei 11, 2010

Weekend yang berlalu (8 dan 9 Mei 2010) kami dibawa oleh anakanda berjalan-jalan dan melawat ke beberapa tempat di Ireland Utara. Antara tempatnya ialah di The Giant’s Causeway, Carrick-a-Rede and Larrybane dan esoknya 9 Mei kami bershopping di Junction One Factory Outlet serta bersantai di tepi tasik Loaeh Neagh.

Giant’s Causeway adalah satu tebing pantai yang unik dengan susunan batu batan yang berturus-turus seperti yang ditulis seperti berikut: “The Giant’s Causeway is an area of approximately 38,000 columns, the result of ancient volcanic activity 60 million years ago. It was declared a World Heritage Site by UNESCO in 1986, due to its outstanding geology. Most of the columns are hexagonal, although there are also some with 4, 5, 7 and 8 sides. The tallest are about 12 metres (36 ft) high. As well as columns, many of the rocks have named due to their shapes and their connetcions to the Giant Finn MacCool according to the legendary story of this place.” Berikut beberapa foto yang berkaitan.

Inilah satu keajaiban ciptaan Allah SWT. Mereka di sini dapat menggunakan keajaiban ini untuk menfaatkan sudut pelancungan bagi kawasan mereka. Kita di Malaysia sewajarnya memberikan perhatian tentang keajaiban ciptaan Allah SWT sebagai menginsafi kebesarannya dan mengambil manfaat atas kewujudan sesuatu perkara yang unik itu.

Satu lagi tempat yang kami lawati ialah di Carrick-a-Rede yang bermaksud batuan diperjalanan. Perjalanan itu merujuk kepada laluan ikan Salmon Atlantik dalam perjalanan ke arah barat melalui Pulau Carrick. Selama lebih 350 tahun, nelayan telah merentang satu jambatan gantung setinggi 30 meter di atas aras laut bagi membolehkan mereka sempai tempat terbaik untuk menangkap ikan salmon yang sedang berhijrah dari timur ke barat. Dilalui dahulunya oleh nelayan tempatan sahaja, tetapi kini jambatan gantung ini dilalui oleh ribuan pelancung setiap tahun untuk menikmati keindahan pemandangan yang cantik. Tertera di atas juga adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan ke jambatan gantung ke Pulau Carrick itu.

One Comment leave one →
  1. as-sa'adati permalink
    Mei 11, 2010 8:17 pm

    Cucu sulung ayah teruja tengok aki & wan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: