Lompat ke isi kandungan

Laluan Menjadi Guru Cemerlang

Mei 12, 2010

Banyak kali aku ditanya bagaimana aku boleh menjadi Guru Cemerlang (GC) setelah menjawat jawatan Pengetua. Semasa aku menjadi Penolong Kanan 1 di SMK Sungai Koyan (1994), aku mendapat makluman tentang jawatan GC. Apabila Jemmah Nazir Sekolah (JNS) dari Raub datang melawat SMK Sungai Koyan aku sempat bertanya kepada Ketua Nazir dari Raub berkaitan dengan jawatan GC itu. Ketua JNS dari Raub itu takdirnya adalah guru aku semasa aku belajar di SMK Sultan Abu Bakar Kuantan dahulu. Beliau ialah cikgu Aman Shah (Kini Datuk Bergelar bagi Negeri Selangor yang bermastautin di Kuala Kubu Baharu). Setelah beliau menerangkan perihal jawatan itu kepada aku, beliau meminta aku memohon jawatan tersebut. Beliau menyuruh aku berjumpa dengan PPD Lipis ketika itu (Dato’ Haji Abdullah Abdul Kadir) meminta pihak PPD Lipis mencadangkan aku ke jawatan berkenaan. Aku berbuat seperti yang beliau minta. Dato’ Abdullah telah mencadangkan hal itu kepada JNS Negeri Pahang.

Pada bulan April 1995 aku berkursus selama sebulan di Institut Aminuddin Baki (IAB) Utara, di Jitra Kedah. Sekembalinya aku dari kursus itu aku didatangi oleh dua orang JNS dari Kuantan untuk membuat penilaian terhadap aku. Oleh kerana aku tak sempat membuat apa-apa persediaan untuk P&P pada hari itu dan juga aku sibuk dengan mesyuarat dengan PIBG membincangkan tentang beberapa perkara yang berkait dengan pembangunan sekolah (masa itu aku adalah Pemangku Pengetua SMK Sungai Koyan), maka aku gagal untuk mendapat jawatan GC.

Pada akhir 1996 (15 November) aku ditukarkan ke SMK Setia Wangsa, sebagai Pengetua. Ketika itu aku masih menjawat jawatan DG3, GC pada ketika itu ialah DG2. Aku terus menunggu kalau-kalau aku ditawarkan jawatan GC itu. Sementara itu aku sempat membuat beberapa inovasi dalam P&P dan ketika yang sama aku sibuk mentadbir SMK Setia Wangsa (SMKSW). Satu kesempatan yang berkaitan ialah apabila aku diminta oleh Pengetua Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) agar dapat membantu mereka menyediakan calon-calon SPM bagi mata pelajaran Sains. SMAPT tiada guru Sains bagi mengajar murid Tingkatan Lima. Aku ke SMKPT seminggu sekali, mengajar selama dua jam. Untuk mengatasi masalah tidak siap sukatan pelajaran aku menggunakan kaedah P&P menggunakan Peta Minda. Aku ajar bagaimana membuat peta minda dan membahagikan kerja membuat peta minda kepada sepuluh kumpulan yang berbeza (masa itu sukatan sains SPM ada sepuluh tajuk sahaja). Minggu berikutnya semua kumpulan menghantar peta minda masing-masing. Aku baiki peta minda itu dan membuat salinan untuk diedarkan kepada setiap murid. Aku gunakan peta minda itu untuk mengulangkaji mata pelajaran sains. Alhamdulillah apabila keputusan SPM bagi kumpulan ini keluar, SMAPT dapat 100% lulus dengan beberapa orang mendapat A. Inilah pertama kali SMAPT dapat keputusan Sains SPM 100%.

Bertolak dari kejayaan ini aku memperbaiki kaedah P&P menggunakan peta minda dengan memperbaiki peta-peta yang ada semasa aku berpeluang berkongsi pengalaman dengan guru-guru Sains di Lipis, Raub, Bentong dan Jerantut dan juga dengan beberapa orang guru yang dikumpulkan oleh Unit Kurikulum JPN Pahang. Sehingga satu hari En Kang Tong Hang, pegawai Sains dari JPN meminta aku menyertai pertandingan dibawah kelolaan Malaysian Toray Science Foundation (MTSF). Oleh kerana tiada bahan inovasi lain yang terbukti berjaya, aku menghantar bahan ini untuk menyertai pertandingan (Using Mind Map as an innovation in teaching General Science). Aku dipanggil untuk temuduga di Petaling Jaya dan sebulan kemudian aku menerima keputusan penyertaan itu dengan hadiah Runner Up. Pada 8 November 1998 aku menerima hadiah itu di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Awal 1999 aku membuat permohonan GC sekali lagi. Pegawai PPD Lipis (Tuan Haji Syed Mohammad Syed Agil) telah membuat cadangan bagi pihak PPD Lipis. Bulan September 1999, JNS dari Raub datang menilai aku. Pada 12 Mac 2001 aku menerima tawaran GC dan pada 16 Mei 2001, aku mendapat surat penempatan ke SMK Padang Tengku sebagai GC.

Dalam hal ini aku banyak terhutang budi kepada mereka yang aku sebut namanya di atas kerana merekalah antara orang yang membatu aku secara langsung atau tidak langsung sehingga membolehkan aku menjawat jawatan GC, pada aras DG2. Kemudiannya apabila SSM dijalankan DG2 menjadi DG 48. Ketika aku menduduki PTK aku mendapat kedudukan IV, IV. Sebelum aku bersara wajib aku ditawarkan jawatan DG 52.

Kepada guru-guru yang masih berkhidmat, aku mengharapkan supaya rajin-rajinlah membantu rakan-rakan sejawat dengan berkongsi pengalaman, bahan inovasi dan pengetahuan baru dalam P&P. Ujilah kaedah mengajar kepada anak-anak murid, carilah yang terbaik. Insya Allah dengan perkongsian anda akan dapat lebih, dengan inovasi P&P akan menjadi lebih mantap serta dengan pengetahuan dan kaedah baru, kita akan lebih terserlah dan lebih berjaya. Semoga rakan-rakan guru dibilik darjah tidak menjadikan kebosanan sebagai alasan dan dalih untuk tidak mencuba. Sekian kiriman yang dibuat diperantauan. Belfast Ireland Utara. TK.

Ada sesuatu yang aku ingin tambah!!! Pernah terjadi di sebuah sekolah yang terkenal, tempat aku pernah mengajar. Pengetua sekolah berkenaan seolah-olah menasihatkan kepada guru-guru yang baru menjawat GC bahawa GC akan rugi apabila pencen nanti kerana jawatan mereka bukan HAKIKI tetapi KUP sahaja. Pencen dan imbuhan pencen mereka akan dikira pada gaji HAKIKI. Sukar juga bagi rakan-rakan GC yang baru untuk mencari jawapan.

Apabila rakan GC tanya aku, jawapan aku senang sahaja, sila lihat formula mengira pencen dan imbuhan pencen. Semua pengiraan berdasarkan gaji terakhir dharab bulan berkhidmat dengan angkali tertentu. Detail sila tanya kerani kewangan sekolah masing-masing. ….. Sekian TK

25 Komen leave one →
  1. AMIR MUSTAPA permalink
    September 11, 2010 8:31 pm

    SALAM..
    SAYA GURU BARU (SETAHUN MENGAJAR DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH) YANG MAHU BERJAYA. BERJAYA DALAM MENDIDIK DAN BERJAYA SEBAGAI MANUSIA. KEJAYAAN TUAN PEROLEHI CUKUP MEMMBUAT SAYA KAGUM.
    SAYA AKAN TERUS TABAH DAN GIGIH BERUSAHA UNTUK MENJADI GURU YANG SANGAT BERJAYA.

    Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau itu menjadi cita dan keinginan anda, pasang tekad dan kesungguhan serta tabah dan sabar menghadapi cabaran. Banyak belajar daripada orang yang lama dan juga yang baru. banyak membaca pengalaman guru tua…. Anggap semua yang dilalui sebagai sesuatu yang positif walau pun menyakitkan…

    • AMIR MUSTAPA permalink
      September 13, 2010 11:14 am

      TERIMA KASIH ATAS PEDOMAN TUAN

  2. mohd ariff permalink
    November 26, 2010 4:05 pm

    Salam tuan. Saya baru mendaftar di Matrikulasi sebagai pegawai D44 (terbuka). Baru dapat surat GC 44. Mana lebih prospek kerjaya yang terbaik.

  3. DESFITRI permalink
    Januari 12, 2011 12:51 pm

    salam..

    saya merupakan pelajar tahun akhir dlm bidang pendidikan..saya amat kagum dengan usaha tuan dalam membuat bahan p&p dan berjaya menghasilkan murid yang cemerlang. tetapi, persoalannya bagaimana pula hendak membentuk murid yang mencintai pelajarannya bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi menanam ilmu tersebut ke dalam hati di sekolah, berkembang mekar di peringkat universiti dan menghasilkan buah yang baik kepada negara. seperti yang sedia maklum, kebanyakkan murid lepasan sekolah apabila di universiti, mereka menerima satu proses pengulangan semula dalam menanam ilmu terbabit. Hal ini kerana mereka bertanggapan belajar adalah untuk lulus peperiksaan..

    Orang yang hendak mendalamkan ilmunya ialah orang yang faham peranan ilmu dalam hidupnya. Oleh itu tanamkan sikap yang mementingkan pencarian ilmu seperti yang disarankan oleh Imam Ghazali (Ihya Ulummuddin) – Buku Ilmu. Lihat juga bagaimana ulamak besar seperti Imam Shafie mencari ilmu….. Jadikan ulamak silam sebagai contoh tauladan kepada diri anda dan murid anda…..

  4. pokokbuah permalink
    Januari 14, 2011 4:15 am

    salam…alhamdulillah laluan kejayaan tuan menjadi inspirasi untuk cuba menjadi seorang guru yang berkesan dan cemerlang. tuan, boleh tuan nyatakan di sini buku2 yang boleh saya jadikan panduan. dan apakah yang patut saya lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri? terima kasih.

    Sdra pokokbuah, saya memang banyak membaca buku. Untuk meningkatkan pengetahuan P&P saya banyak berpandu kepada bahan yang diedarkan oleh Bahagian Perkembanagan Kurikulum (BPK), Kemahiran membuat peta minda saya banyak membaca buku karangan Tony Buzan, Kemahiran Belajar pula saya banyak membaca buku-buku Kemahiran Belajar sama ada dalam BI atau BM. Yang lebih penting ialah perkongsian pengalaman antara guru-guru yang senior dengan junior. Pengetahuan selanjutnya jangan lupa banyak membaca…. dan mencuba… dan merekod pengalaman sendiri.

  5. pokokbuah permalink
    Januari 18, 2011 12:16 am

    Terima kaseh atas nasihat tuan…Insha Allah…(Maher Zain)

  6. azila binti ismail permalink
    Januari 30, 2011 6:07 pm

    assalamualiakum..

    saya berasa kagum dengan semangat dan coretan tuan yang begitu bersemangat. saya seorang guru gc kemahiran hidup. saya begitu berminat untuk belajar teknik tuan membuat peta minda. bolehkah tuan menunjukkan contoh peta minda yang tuan telah hasilkan sebagai panduan saya.saya sebagai gc begitu berminat untuyk berkongsi ilmu dan pengalaman tuan sebagai gc…bimbing dan bantu lah saya. terima kasih.

    • ila permalink
      September 10, 2019 9:05 am

      salam cikgu azila. cikgu mengajar di sekolah mana ye?

  7. Februari 17, 2011 1:21 pm

    A,kum cikgu. Sy baru je baca blog cg ni. Tahniah atas semangat cg yg begitu membanggakan.
    Wlpun dah jadi pengetua masih lg berminat utk jd GC. Ini kali pertama sy dgr pengetua mohon jd GC. Biasanya bila dah pentadbir spt GPK ke pengetua ke org dah tak minat jd GC. Sy br je dpt jd GC Matematik. Cuma sy nak tanya boleh suatu hari nanti sy atau GC yang lain nak mohon jadi pentadbir pulak?

    Kalau dulu tu boleh sangat, selepas lima tahun jadi GC boleh mohon jadi Pengetua. Beberapa contoh untuk dikaji atau ditanya.
    Pertama: Cuba tanya Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En Yahaya Zainal Abidin. Dulu dia GC Matematik Tambahan. Kemudian dia jadi Pengetua SMK Abu Bakar Temerloh, lepas itu jadi PPD dan kini jadi Timbalan Pengarah Pelajaran.
    Kedua: PPD Setiu. Dulu dia adalah GC Fizik, lepas itu jadi Pengetua, kini jadi PPD.
    Ketiga: Pengetua SMK Chini. Dulu adalah GC Matematik..
    Tapi nak minta itu kenalah ada kebel besar……

  8. Mac 10, 2011 11:54 am

    Salam, Saya sudah menagajar 14 tahun, tidak pernah merasai APC, apatah lagi merasai DGA32 kerana di penghujung zon 9 tahun sebelum layak mendapat DGA32 saya dilantik ke DG41 walaupun ketika itu keputusan PTK saya melayakkan saya mendapat kenaikan pangkat DGA32. Hanya angan-angan kosong saja, dalam mimpi saja.Rayuan telah dibuat untuk menimbang semula kenaikan tangga gaji DGA32 sebelum lantikan DG41, tapi mendapat jawapan yang mendukacitakan.Sekarang mengajar dengan tangga gaji DG41 yang jauh berbeza daripada rakan-rakan yang tidak sambung belajar menikmati gaji lebih tinggi dalam tangga gaji DGA32. Jika dilihat dalam Buletin NUTP, antara syarat-syarat memohon GC adalah 7 tahun mengajar di gred gaji DG41. Mustahil untuk saya memohon GC kerana kaedah 3+7 yang diguna pakai untuk naik ke gred DG44, kerana sekarang sudah 6 tahun di gred gaji DG41, tahun hadapan sudah layak memohon DG44.Apa kesudahan nasib kami yang nak mohon GC syarat tidak mencukupi, tapi dah hampir melayakkan kenaikan pangkat DG44. Hasrat untuk memohon GC kadand-kadang tenggelam timbul dek kerana masalah yang sering membelenggu kami para guru yang mulanya DGA29, sambung belajar mendapat gred gaji DG41.Luahan rasa

    • hafizah mohamed permalink
      Januari 27, 2012 12:56 am

      salam…sekadar berkongsi cerita, saya posting gred DG29, 1997, 98 sambung UKM, 2003 grad, 2005 dpt lantikan DG41, malang sama macam awak tak merasa DG32…slps 6 thn di DG41, 2010 memohon GC… alhamdulillah…rezeki saya jun 2011 dapat GC Pend Islam dan memangku gred DG44, kalau nak diikutkan 2011 saya dah boleh mohon DG44, tp sbb GC akan dpt pengesahan DG44, so saya tak mohon….sbb tunggu pengesahan….lagi sekali malang…Skim SPBA….di mana kedudukan GC yang memangku DG44 dan belum dapat pengesahan seperti saya ni?????

  9. Mei 2, 2011 7:10 pm

    cikgu,
    saya pernah mendengar kalu cikgu2 ada cita2 nk keluar dari status guru d sekolah, contohnya p ke jabatan atau kementerian, jangan apply GC. sbb ia akan membuatkan cikgu2 terus stay kat sekolah atas alasan kecemerlangan cikgu2 dalam subjeknya diperlukan untuk berada d kelas. so bagaimana pandangan cikgu ya? saya selama 4 tahun ngajar ni boleh la kate kerje ok, komited sementelahan lagi lelaki+bujang+muda. tp saya bercadang agar suatu hr nnt saya dapat keluar dr sekolah sbb rasa x letih dengan karenah budak tp dlm masa sama p&p saya i’allah berkesan.

    Salam, saya minta maaf, sebab polisi di Kementerian Pelajaran ini selalu berubah… Ikut kepala orang besar. Kadang-kadang kalau tiada pernyataan bertulis maka sukar untuk mengaplikasi polisi itu dalam keadaan sebenar.

  10. zawahir jusoh permalink
    Mei 6, 2011 12:04 pm

    tahniah di atas ketekunan tuan haji. Daokan saya semoga dapat mengikut jejak langkah tuan.

    Kalau hendak, buatlah sungguh-sungguh. Hendak seribu daya… Terus berusaha.

  11. Jun 23, 2011 7:13 pm

    Tahniah Tuan Haji….saya pun bercita-cita untuk memohon GC, walaupun masih tak layak tapi saya akan berusaha dan terus berusaha bukan hanya kerana GC tetapi demi kecemerlangan murid-murid saya…

    Bagus sangatlah ada cita-cita tu!! Buatlah beberapa persediaan dari sekarang seperti kaedah mengajar yang berkesan kepada satu sampel murid yang tertentu atau membuat modul pengajaran yang memberi impak yang baik kepada murid lemah dan lain-lain lagi.

  12. noor haslina permalink
    Julai 18, 2011 7:25 pm

    tahniah cikgu,sy juga merupakan pendidik dan kini sedang berusaha untuk menjadi gc disamping meningkatkan prestasi p&p supaya pelajar lebih banyak cemerlang dlm kimia.harap-harap saya pun akan jd gc mcm cikgu kerana di sekolah sy ada gc kimia.dia byk memeberi semangat kpd sy utk menjadi gc.

    Terima kasih…. Teruskan usaha anda.. Kalau saya pernah cuba dua kali baru berjaya… Harapkan saudari jangan putus asa cubalah berkali-kali..

  13. nur siti annur bt yusri permalink
    Februari 7, 2012 6:13 pm

    salam tuan,
    sy menghormati GC memandangkan tuan sendiri sukar untuk mendapat GC. Tetapi baru2 ini ustazah di sekolah sy yg posting tahun 2006 telah dapat GC berkuatkuasa Disember 2011. Agak terkejut kerana beliau tiada inovasi dlm P&P, tiada pernah membuat kajian tindakan, tidak pernah dilantik menjadi JU, tidak pernah mendapat APC telah diluluskan utk jd GC. Semasa nazir datang observe, beliau sempat lagi mengarahkan murid-murid yang ” bodoh” masuk ke kelas lain ( ustazah ini mengajar bersama dgn guru j-qaf, murid dlm kelas dibahagikan dlm kumpulan. Memang ustazah ini mengeluarkan perkataan murid-murid yg bodoh sehingga ada murid yg tersinggung dan menceritakan perihal ustazah itu kepada ibubapa ). Ustazah ini mengwar2 kan nazir yg datang observe itu adalah org sekampung dgnnyer. Ustazah ini memang cukup dikenali sbg seorg yg suka menyakit kan hati org, suka menabur fitnah dan suka menipu. bila ustazah itu dapat GC, seolah2 GC mudah sj diperolehi oleh guru yg kurang berkelayakan..apa pendapat tuan..z

    Salam.. pertama nak sebut.. itu rezeki dia.. kedua. kalau dia buat dengan penipuan, insya Allah ada balasannya di dunia dan pasti juga di akhirat.. Kalau dia buat fitnah, itu lagi teruk… Sabar dan tunggu.. sebab kita bukan bergerak ke belakang sebaliknya kita bergerak ke hadapan… Tunggu kepada ketentuan Ilahi.

  14. April 8, 2012 10:33 am

    saya baru kerja 4 tahun di gred 41.ada cita cita nak dapat GC…Apa perlu saya buat untuk ke arah GC ni. terima kasih

    Antara persiapan ialah, buatlah Action Reaserch (Kajian Tindakan) terhadap P&P anda. Dari AC itu anda akan boleh merekabentuk Innovasi dalam P&P. Semasa menjalankan operasi Innovasi dan AC itu jangan lupa simpan markah murid yang menjalani P&P menggunakan kaedah yang anda buat itu.
    Jangan segan bertanya kepada guru-guru senior dan berpengalaman tentang P&P dan kemahiran mengajar
    Kalau dah punya kelebihan dalam P&P jangan lupa berkongsi dengan orang lain yang ingin menbuat perkongsian…Sekian TK

  15. SUKMAWATI permalink
    Mei 4, 2012 5:16 pm

    salam, saya ingin bertanya apa kelebihan menjadi GC dan apa kelebihan menjadi guru akademik tingkatan 6?

  16. faizal bin jailani permalink
    Ogos 9, 2012 11:46 pm

    assalamualaikum..
    saya guru pendidikan islam sekolah rendah..boleh kah tuan memberi panduan bagaimana saya boleh mulakan langkah ke arah guru cemerlang ini. kata rakan2 guru yang lain kita perlu lengkapkan fail dan sebagainya..persoalannya fail yang bagaimana? di sekolah saya tidak ada pun seorang guru lagi pun yang mahu memohon menjadi guru cemerlang atas alasan banyak kerja dan pelbagai alasan lagi. saya mahu berjaya dan saya mahu mencuba menjadi guru cemerlang..persoalannya bagaimana dan apa yang perlu saya sediakan ke arah itu..memohon melalui siapa dan diharap pihak tuan dapat memberi panduan.

    guru sk ladang pendalaman…

  17. wan zubaidah permalink
    September 6, 2012 11:43 pm

    salam… saya adalah guru prinsip akaun yang dilantik DG 41 pada 2007 dan bersekolah di salah sebuah sekolah SABK di Kuala terengganu… saya amat bangga dengan kegigihan Tuan, cita-cita saya ingin mengembangkan professin saya dan ingin menabur jasa kepada dunia pendidikan… namun tiada sokongan daripada rakan sebaya untuk memohon GC, Sebelum saya mengajar prinsip akaun hanya beberapa calon SPM di sekolah yang berjaya mendapat A, saya rasa satu cabaran bagi saye untuk mencari kaedah yang boleh meningkatkan bilangan calon mendapat A bagi subjek prinsipk akaun,, saya mencuba banyak kaedah dan bermacam nota minda yang saya telah buat….dan mengkaji dimana lubuk markah yang boleh membantu pelajar saya untuk berjaya. Alhamdulillah kaedah hafalan yang menarik bagi format penyata pendapatan yang memberi markah 20 dapat dikuasai pelajar saya…. dan pada tahun tersebut saya mengajar 2 kelas tingkatan 5 dan berjaya menghasilkan satu kejutan apabila salah satu kelas saya telah mencipta sejarah dengan semua pelajar dalajm kelas tersebut mendapat A dan kelas satu lagi juga ramai yang mendapat A…. saya juga dapat menaikkan gred purata subjek tersebut… ia satu kepuasan yang luarbiasa apabila saya tanpa jemu mengkaji kaedah yang terkini dan mendapatkan soalan latih tubi dari blog CIKGU NARZUKI yang memang banyak berjasa…namun sampai hari ni… masih bertanya layak ke aku mohon GC….perasaan tersebut membuat saya rendah diri dan takut… harap dapat diberi satu suntikan…. tiada rase jemu untuk melihat ramai pelajar mendapat A bagi subjek Prinsip Akaun…

    Pertama tahniah atas kegigihan Cikgu Wan Zubaidah. Kedua, tolong simpan semua rekod kejayaan yang didapati secara detail itu. Ketiga semua kaedah mengajar, tak kiralah yang dibuat sendiri atau gunakan kaedah orang lain didokumentasikan. Keempat isi borang jadi guru cemerlang, jangan kira apa yang orang lain kata tetapi ikut kata hati dan pengetahuan serta keingianan kita.
    Selamat berusaha dan berjaya menjadi guru cemerlang.

  18. nor azmila othman permalink
    Oktober 17, 2012 2:01 pm

    salam tuan…
    saya adalah guru fizik di sebuah sekolah menengah di kuala terengganu. saya kagum dengan semangat dan kegigihan tuan. saya ingin mencontohi tuan dan berminat untuk untuk dapat gc. untuk makluman tuan, saya dah mengajar subjek ini dalam 10 tahun dan pengalaman saya masih belum setanding dengan guru-guru cemerlang di sekolah saya. saya pernah menjalankan satu sistem di dalam p&p saya. keputusan fizik spm tahun itu amat baik di mana saya dah mencapai target saya sendiri iaitu tiada seorang pun pelajar gagal dan mendapat E dalam SPM dan dalam 28 orang pelajar yang mengambil fizik, hanya 4 orang pelajar mendapat D dan yang lainnya mendapat A, B dan C. untuk makluman tuan, sekolah saya adalah sekolah tercorot dari segi akademik di daerah kuala terengganu. setiap kali spm, terdapat pelajar gagal dan mendapat E dalam subjek fizik. bagi saya, ini adalah kejayaan kecil saya. tetapi kejayaan kecil saya ini seperti tidak dihargai oleh pihak pengurusan, membuatkan saya rasa rendah diri untuk memohon gc. malah jika dibandingkan saya dengan guru-guru cemerlang di sekolah saya, mestilah saya tak layak berdiri sama tinggi dengan mereka. saya terpaksa memendam hasrat untuk jadi gc seperti tuan.
    tuan, boleh tak sistem yang saya gunakan dan bukti kejayaan kecil saya ini melayakkan saya memohon gc?

    Saya rasa saya dah tulis banyak tentang persediaan nak jadi GC ni… terutama melalui jawapan kepada komenter saya di atas.. harap baca dan ikut..

  19. November 14, 2012 11:07 am

    Tahniah tuan,
    Saya adalah gc pendidikan seni visual lantikan 2009. dalam 2 tahun lagi saya akan apply TIMEBASED DG48 dengan formula (6+2) saya belum guna lagi formula 3 tahun sekolah rendah 1 tahun dg41. Saya ni bercadang nak ke pejabat atau mana2 jawatan PK. Boleh ke jika saya sudah ada TIMEBASED DG48, saya boleh apply ke pejabat atau PK. Bagaimana status GC, perlukah saya lepaskan jawatan itu dahulu? akan effectkan gaji saya dahulu yang DG44?

  20. badrul permalink
    Januari 7, 2013 3:23 pm

    Assalam Tuan,

    Tk atas perkongsian info. Sy hanyalah seorang guru kecil, sy berminat utk mendptkan info lengkap bagaimana menjadi guru yg cemerlang untuk dikongsikan dengan semua rakan guru di seluruh negara. Jika tuan tidak keberatan mohon sy mendptkan info tersebut utk sy buat dlm bentuk penulisan.

    Badrul: 0197997284 badruleprd@gmail.com)

  21. Ida permalink
    Februari 24, 2013 12:37 pm

    Salam Cikgu,
    Sy berminat dgn pengalaman cikgu sehingga blh mndpt GC. Sy sbg pelajar master dlm bidang pendidikan ingin brtanya kpd cikgu,
    Bagaimana peranan guru cemerlang ini dpt membentuk sahsiah dan kepimpinan pelajar bukan shaja di dlm kelas tpi di luar kelas. Blh cikgu terangkan sedikit secara ringkas kpd sy utk sy buat penulisan.. Terima kasih.

  22. cikgu dg32 permalink
    September 18, 2014 9:01 am

    Terima kasih kerana memberikan keazaman baru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: