Skip to content

Selamat Hari Guru

Mei 15, 2010

Esok (16 Mei 2010) adalah hari istimewa kepada rakan-rakan guru seluruh Malaysia. Selamat menyambut Hari Guru. Inilah kali pertama bagi diri aku, sambutan hari guru aku tidak menyambutnya, kerana aku sudah bersara. Ucapan istimewa aku tujukan kepada rakan-rakan sekelas aku yang masih mengajar. Rakan sekelas semasa di sekolah menengah dahulu, Encik Saedan Karim yang masih mengajar di Kuala Lumpur. Rakan sekelas ketika menuntut di UPM, Encik Mahzan Ayub (Pengetua di Muar), Encik Razali Mat Umar (Pensyarah di IAB), Encik Zulkifli Yaacub, Encik Zulkifli Shahidan (Pengetua di Kepala Batas, PP), Puan Normah Jantan (Pengetua Kanan di Keluang), dan ramai lagi yang tak dapat nak disenaraikan disini. Aku menunggu saudara saudari semua dikeseronokan waktu bersara bersara.

Kepada semua rakan-rakan guru yang mengenali aku, baik di SMK Padang Tengku, baik di SM SEMESTA Raub, baik di daerah Lipis, baik di Negeri Pahang, baik di seluruh Malaysia, aku ucapkan selamat mengajar. Kepada rakan-rakan yang memberi khidmat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia serta para pegawainya, aku ucapkan selamat menyambut hari guru. Sekali Guru Selamanya Guru.

Beberapa gambar aku di Belfast, Ireland.

Selepas solat Jumaat di Belfast Islamic Centre, aku berjumpa dengan bekas Pensyarah UPM, Dr Raja Muhammad bin Raja Harun, dulu dia mengajar di UPM di Fakulti Pertanian, Jabatan Hortikultur. Beliau mengajar di UPM dari tahun 1974 hingga 1991. Sempat berbincang-bincang kesah Malaysia. Beliau yang kini berumur 63 tahun, menjadi pensyarah sambilan di Belfast dan menekuni dua bidang yang besar iaitu hydrophonic dan horticulture. Beliau banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan dalam kedua-dua bidang ini di sini. Seorang insan yang berkelana diperantauan bertemu dengan pelajarnya. (Semangat Hari Guru – membara)

RESEARCH-ARTICLE (Sumbangan Dr Raja Muhammad bin Raja Harun)

Leakage during Seed Imbibition

E. W. SIMON and Raja Muhammad bin RAJA HARUN 1

Department of Botany, Queen’s University Belfast

When pea embryos are placed in water solutes leak from them at a rate which declines rapidly at first and then more slowly. Embryos can be dried down over calcium chloride and will then leak as before when returned to water. Similar results were obtained with Ricinus seeds after removal of the testa.

Pea embryos that have first been allowed to imbibe some water through a small part of their surface (by placing them on damp filter-paper) leak relatively slowly when subsequently immersed in water; the greater the initial imbibition the slower the subsequent leakage. Likewise, embryos taken from peas that were harvested when succulent and tender show only slow leakage

It is proposed that as seeds dry out in the course of development cell membranes lose their integrity. When such dry seeds are allowed to imbibe water there is a short period, before membrane integrity is re-established, during which solutes can leak out of the cells.

Sekian TK

One Comment leave one →
  1. Mei 15, 2010 11:28 pm

    SELAMAT HARI GURU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: