Skip to content

Musafir 5

Jun 2, 2010

Alhamdulillah, setelah 23 hari bermusafir di negara Britain, aku sudah kembali ke Malaysia menaiki Qatar Airways dari Heathrow. Penerbangan dari Heathrow bermula pada pukul 7.55 pagi waktu UK, 26 Mei 2010 dan sampai ke Doha pukul 4.50 petang waktu Qatar. Selesai solat jamak-qasar zohor dan asar, duduk relek-relek tunggu solat Maghrib-Isyak. Maghrib masuk pukul 6.18 petang. Boarding pada pukul 7.35 petang dan penerbangan dari Doha ke KLIA pada pukul 8.50 malam, waktu Qatar. Perjalanan dari Doha ke KLIA memakan masa selama 7 jam 20 minit. Sampai di KLIA pada 8.40 pagi (27 Mei 2010 – Hari Khamis).

Setelah membuat perjalanan dari Menchester ke Glasgow dan Edinburgh serta kembali semula ke Menchester, menantu kembali semula ke Belfast. Kami bertiga meneruskan perjalanan menaiki bus ke London. Sampai ke stesen bus Victoria dan kemudiannya menaiki keretapi District Lines dan Piccadily Lines untuk ke Heathrow. Kami menyewa di Heathrow Central Trevalodge selama tiga malam. Dua hari kemi ke London untuk melihat-lihat Bandaraya London. Oleh kerana aku pernah ke London tahun 2003 dahulu, aku rasanya tidak kaku mencari jalan dan menggunakan sistem underground di London.

Sepanjang bermusafir selama 23 hari itu aku sempat menjejak beberapa masjid di negara orang putih. Sudah tentulah aku pernah berjumaat di Belfast Islamic Center (BIC), masjid di mana Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com) pernah menjadi Imam selama dua tahun di sana. Masjid ini tidak jauh dari rumah anakanda aku. Aku sempat berjumaat dua kali di situ. Masjid kedua ialah Markazi Jamie Ghausie Mosque, Cobridge. Kami singgah untuk solat jamak-qasar zohor-asar sekembali dari melawat Stoke-on-Trent. Stoke-on-Trent adalah merupakan tempat yang terkenal membuat pinggan mangkuk yang berjenama seperti Royal Dalton atau Royal Stafford.

Masjid yang ketiga aku sempat melawat ialah Masjid Glasgow, kami berhenti untuk menunaikan solat jamak-qasar zohor asar ketika beru sampai di Glasgow. Masjid keempat ialah Masjid Edinburgh. Di masjid ini kami menunaikan solat Jumaat. Khutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh seorang Imam berbangsa Arab. Ketika di London kami sempat melawat London Islamic Centre atau Masjid Regent Park. Di bawah ini di bekalkan gambar-gambar masjid yang disebutkan di atas.

Kalau mengikut turutan gambar di atas, gambar pertama menunjukkan Belfast Islamic Centre,  kedua Markazi  Jamie Ghausie Mosque, ketiga Masjid Glasgow, keempat Masjid Edinburgh dan kelima London Central Mosque. Kalau diamati apa yang berlaku di dalam masjid-masjid ini  dapat menggambarkan hebatnya umat Islam di negara yang bukan diperintah oleh orang Islam. Kalau dibandingkan dengan orang muslim di Malaysia rasanya kalah kita dari segi amalan meperkasakan imarah masjid. Sekian untuk entri kali ini. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: