Skip to content

Bahasa Kebangsaan

Jun 11, 2010

Berjalan-jalan di Kota London serta melihat keliling kelalang, aku tak rasa berada di negara orang putih. Walau bagaimana pun kalau diteliti petuturan mereka masih menggunakan bahasa Inggeris. Tak kiralah mereka berkulit hitam, kelam, putih atau kemerahan rata-rata mereka menggunakan bahasa Inggeris. Kalau menonton TV pula para menteri atau ahli perlimen mereka tetap menggunakan bahasa Inggeris.

Papan tanda terutama diruang niaga baik di London atau Manchester, Glasgow, Edinburgh atau Belfast semua menggunakan bahasa Inggeris. Itulah jati diri orang-orang yang tinggal di negara UK yang menyedari bahawa mereka menggunakan satu bahasa untuk penyatuan bangsa yang berbagai di UK. Sememangnya kalau kita berjalan dibeberapa tempat di bandar besar UK kita akan berjumpa berbagai bangsa. Malah ada tempat di negara itu kebanyakkan kedainya dipunyai oleh orang Indo Pakistan.  Bagaimana pula penggunaan Bahasa Kebangsaan di negara tercinta, Malaysia.

Negara Malaysia dalam perlambagaannya menyatakan bahawa bahasa kebangsaannya ialah bahasa Melayu. Bahasa yang mempunyai struktur tatabahasa serta peraturan bahasa yang lengkap tetapi para penggunanya tidak berupaya memertabatkan bahasa ini menjadi bahasa penting dalam komunikasi dunia. Bahasa yang pernah menjadi lingua franca di kawasan nusantara ini telah diabaikan penggunaannya oleh para penutur dari kalangan mereka yang ada kuasa. Bahasa Melayu telah dianak-tirikan penggunaannya oleh orang Melayu sendiri, bermula dari pemerintah, media elektronik sehingga ke kaum elit dan rakyat banyak.  

Parti yang berkuasa di negara ini masakini, UMNO menggunakan akronim bahasa Inggeris. Setelah berumur 64 tahun, kalau manusia itu sudah lanjut usianya masih menggunakan bahasa penjajah sebagai namanya walaupun negara sudah merdeka lebih daripada 56 tahun. Namanya masih United Malaysian National Organisation atau UMNO walaupun majoriti ahli dan para penyokongnya tak pandai pun bercakap inggeris tetapi itulah akronim yang diusung ke serata tempat, baik di bandar atau di cerok pelusuk yang ketinggalan akibat pemerintahan UMNO sendiri.

Kalau ikan busuk bermula di kepala (pepatah Cina), begitulah orang melayu di Malaysia masakini. Keghiarahan menggunakan bahasa Melayu kurang dirasa kerana kaumpulan elitis membuat teladan begitu. Para pemimpin dari kalangan orang UMNO tak terasa pun mereka masih terjajah mindanya sebab itu nama kumpulan mereka pun tak sanggup diubah kepada bahasa sendiri – Pertubuhan Melayu Bersatu (PERKEMBER). Akibat dari itu, kumudian muncul pula berbagai akronim yang menggunakan bahasa inggeris seperti FELDA, FELCRA dan MARDI yang merupakan badan-badan yang difokus fungsinya kepada memajukan orang melayu. Maka sahlah orang-orang melayu yang ada sedikit kuasa ini tiada kekuatan untuk memajukan bahasanya sendiri.

Perhatikan pula temuramah di TV kepada para menteri melayu. Kebanyakkannya bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun yang menjadi pendengarnya orang dari malaysia sendiri. Terdapat juga yang tidak berapa lancar bahasa inggerisnya cuba juga nak berlagak bercakap bahasa bercampur baur antara bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kalau para menteri yang kononnya memimpin negara pun masih ragu-ragu berbicara kepada masyarakat dalam bahasa melayu bagaimana pula rakyat banyak?

Meneliti pertuturan di media elektronik (TV) sama ada dalam pengucapan awam atau dialog sepontan secara langsung akan memberi gambaran bahawa para penutur bahasa melayu ini ada masanya kekurangan kosa kata untuk berbicara terutama dikalangan mereka yang mengaku diri mereka para pemimpin.

Dari segi pandangan saya inilah satu sudut yang perlu diberikan perhatian jika rakyat Malaysia ingin dan berhasrat untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang diungkapkan oleh semua rakyat Malaysia baik dalam percakapan, penulisan serta pendidikan. Kalau tidak akan adalah nanti kalangan yang mendakwa bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang tidak boleh menjadi bahasa komunikasi dan bahasa pendidikan atau bahasa yang tak membawa kemajuan sains dan teknologi. Biasanya yang menuturkan pendapat begini adalah orang Melayu sendiri.

Tulisan ini adalah sebagai satu tanda sokongan kepada pejuang bahasa Melayu.. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. mesejabdul permalink
    Jun 18, 2010 8:50 am

    “Perhatikan pula temuramah di TV kepada para menteri melayu. Kebanyakkannya bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun yang menjadi pendengarnya orang dari malaysia sendiri..”

    Saya amat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, bangsa Cina dan India sama ada golongan pertengahan ataupun atasan apabila diwawancara, mereka mampu berbahasa Melayu dengan lebih baik berbanding pemimpin atasan kita yang berbangsa Melayu. Pemimpin Melayu kebanyakannya lebih suka meninggikan diri dengan berbahasa bercampur baur antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

    Kesannya, jika pemimpin gagal berbahasa dengan baik, bagaimana pula hendak menjadi suri teladan kepada rakyat bawahan.

    Inilah contoh manusia melayu yang terpenjara mindanya. Mereka tersilau matanya apabila perkara itu datangnya dari barat. Malu atau jahil untuk mengakui apa yang dipunyai oleh bangsa sendiri.

  2. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Jun 18, 2010 6:46 pm

    Assalaamu’alaikum Cikgu

    Senang mengunjungi Cikgu dan membaca hemat segala hikmah yang dipahat penuh makna bagi menyedari kepentingannya bahasa kepada sesuatu bangsa. bahasa menunjukkan bangsa.

    Saya bersetuju jika martabat Bahasa Melayu tidak ditingkatkan pada kedudukannya yang tepat akhirnya Malaysia hanya akan ada nama Bahasa Melayu di pelembagaan sedangkan penggunaannya sudah semakin nadir dan gharib di persada pertiwinya sendiri.

    Pemimpin atasan perlu mengubah cara dan tingkah dalam menaikkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jika benar mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di Malaysia. Praktik adalah amat penting dalam mengajak khalayak rakyat untuk memahami betapa pentingnya menjiwai bahasa ibunda. Malangnya, nasib bahasa Melayu tidak dibela sesungguhnya kerana terlalu banyak bahasa etnik yang belum mampu disatukan menjadi satu bahasa yang melambangkan 1 Malaysia 1 Bahasa.

    Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

    Begitulah kalau yang terpilih untuk dijadikan pemimpin itu manusia yang tiada jati diri untuk memajukan bahasa ibundanya sendiri. Contoh jelas dapat dilihat di negara tercinta ini. Malang nasibmu Bahasa ku, Bahasa Melayu.

  3. September 9, 2014 4:24 am

    What i do not realize is actually how you’re no longer really a lot more well-preferred than you might be now.
    You are so intelligent. You recognize thus significantly on the subject of this
    topic, made me individually consider it from so many varied angles.
    Its like men and women don’t seem to be fascinated until it is something to do with Woman gaga!
    Your personal stuffs excellent. Always deal with it up!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: