Skip to content

Setahun nan lalu

Julai 1, 2010

Pada tarikh ini setahun nan lalu, aku mengakhiri tugas ku sebagai seorang cik gu sekolah. Pada tarikh ini ada acara khusus untuk aku bagi meraikan persaraan aku setelah berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun satu bulan. Kini aku seorang pesara guru. Aku bersara dari kerja-kerja rutin sepanjang hari di sekolah. Kadang-kadang aku tak ke sekolah kerana kerja luar pejabat, bermesyuarat, berseminar, berbengkel, memberi ceramah atau mungkin menjalankan kursus.

Pada tarikh ini setahun yang lalu, aku diraikan. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Bagi yang bergembira, mereka seronok aku tiada dipersada rutin persekolahan kerana aku selalu memberikan pandangan berbeza tentang perancangan, aku memberi tentangan kepada apa yang mereka faham dan hendak jalankan. Aku memberi pandangan kedua untuk sampai kepada penyelesaian masalah yang tidak sama dengan cara mereka berfikir. Kebanyakan idea yang mereka berikan sebenarnya aku pernah jalankan semasa sebahagaian dari mereka masih murid sekolah lagi, cara yang disyorkan itu aku tau pernah gagal dalam perlaksanaan. Idea yang aku utarakan itu pernah aku laksanakan dan menempah kejayaan.

Pada tarikh ini, setahun nan lalu aku diraikan, ada yang bersedih kerana sebahagian dari mereka akan hilang tempat rujukan. Sebahagian pula akan tiada tempat hendak berbincang mencari idea. Aku biasa dirujuk sekiranya ada yang memerlukan pemikiran seperti menyelesaikan esei untuk PTK. Aku biasa dirujuk untuk mendapat kepastian tentang perjalanan sesuatu idea, projek, program atau agenda kementerian, jabatan atau PPD. Biasanya aku ada maklumat terkini tentang perkembangan pendidikan. Kalau sukar sangat aku ajak mereka mengekses internet. Kata mereka aku mudah dibawa berkira dan berbincang.

Ada satu perkara yang aku masih terkilan sejak dahulu hingga kini berkaitan dengan sikap sesetengah rakan guru atau cik gu. Contohnya semalam (30 Jun 2010) aku menerima telefon dari sebuah sekolah di Temerloh, meminta aku memberikan ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM bagi program di sekolahnya. Cik gu ini tak tahu aku tinggal di Lipis dan dia tak tahu bahawa di Temerloh itu ada guru yang pandai dan tahu tentang perkara yang dia hendak iaitu Cara Menjawab Solan Sains SPM. Malah orang yang aku maksudkan itu tinggal di Taman Perumahan yang sama dengan sekolahnya. Apa kelemahanya? Sebahagian guru kita tidak peka dengan apa yang berlaku disekitarnya. Sebahagian guru kita tiada jaringan dan perkongsian kemahiran kepakaran dalam sesuatu bidang. Kalaulah yang menguruskan hal ceramah ini ialah Kaunselor sekolah, ini menunjukkan bahawa kaunselor sekolah tidak mempunyai maklumat atau informasi tentang personal yang boleh diminta bantuan di daerahnya atau di negerinya.

Dalam hal jaringan kepakaran dan kemahiran guru ini, aku telah beberapa kali menyebut dalam ceramah aku di PPD Temerloh bahawa hendaklah membina jaringan antara  guru tentang sesuatu perkara. Tetapi nampaknya ini tak berlaku. Aku juga menyarankan supaya guru-guru ini mempunyai blog sendiri bagi perkongsian kefahaman dan kemahiran dalam P&P. Kalau begitu situasinya tentu akan ada yang boleh menimbulkan idea baik yang boleh dikongsi bersama.

Peristiwa yang berlaku pada tarikh ini setahun nan lalu telah dirakam dalam ingatan aku menerusi gambar-gambar yang diambil sepanjang acara dari sekolah ke rumah aku. Hanya aku ucapkan jutaan terima kasih kepada yang prihatin dan membuat acara khusus persaraan aku. Peristiwa yang berlaku pada tarikh ini setahun yang lalu aku kenang selagi hayat dikandung badan. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: