Skip to content

Israk dan Mikraj

Julai 9, 2010

            1433 tahun yang lalu berlaku satu peristiwa yang direncanakan oleh Allah SWT bagi menguji keimanan orang-orang Islam di Makkah. Perkhabaran dari Rasulullah SAW yang mengatakan baginda telah mengalami perjalan dari Makah ke Masjidil Aqsa diwaktu malam dan seterusnya dimikrajkan ke Sidratul Muntaha kemudian kembali ke Makkah pada malam yang sama mencabar pengetahuan dan kefahaman manusia yang mendengarnya. Apabila berlaku peristiwa ini sebahagian orang Islam menjadi lebih kental iman mereka tetapi ada juga yang berpatah balik menjadi orang musyrik. Bagi kita orang Islam masakini wajib percaya berlakunya peristiwa ini kerana dinayatakan dalam Al Quraan (Surah Al Israa’ ayat 1 dan Surah An Najm ayat 1 – 18) serta dari banyak riwayat Hadis Rasulullah SAW.

             Orang seperti Saidina Abu Bakar ra., terus mempercayai akan perkhabaran dari Rasulullah SAW, lantaran itu beliau telah diberikan gelaran As Siddiq (membenarkan). Ada dikalangan orang Arab yang pernah ke Masjidil Aqsa menguji kebenaran berita yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan bertanya tentang keadaan Masjidil Aqsa. Allah SWT telah membawa gambaran Masjidil Aqsa kehadapan Rasulullah SAW. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang nampak gambaran itu manakala orang ramai tidak dapat melihatnya. Apa yang disoal oleh orang Arab itu dijawab dengan betul dan tepat oleh Rasulullah SAW. Ini bererti perkhabaran tentang perjalanan Israk dan Mikraj itu adalah benar.

             Apakah pelajaran yang diperolehi dari episod di atas? Membawa gambaran secara siaran langsung sudah tidak menjadi masalah masa kini akibat teknologi digital tetapi ianya sangat sukar difahami 1433 tahun yang lalu. Bagi saudara dan saudari yang belum sampai ke Makkah dapat melihat bagaimana hebat dan besar Masjidil Haram di Makkah masa kini. Kita juga dapat melihat berbagai peristiwa yang berlaku di mana-mana tempat di muka bumi ini secara langsung atau secara tertunda. Oleh itu Israk dan Mikraj menjadi pencetus idea kepada manusia untuk mencipta dan meneroka rekaan baru. Dalam episod di atas manusia dibekalkan idea tentang bagaimana gambar dapat dihatar pada jarak jauh.

             Salah satu episod yang Allah SWT perlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa Israk ialah satu kaum yang menanam dan menuai tanaman mereka dalam satu hari. Apabila tanaman itu dituai maka tanaman itu kembali seperti keadaan sebelum dituai. Apabila Rasulullah meminta penjelasan dari Malaikat Jibril as., Jibril mengatakan “Itulah orang-orang yang berjihad pada jalan Allah SWT yang diberikan ganjaran tujuh ratus kali ganda.” (Riwayat Ahmad dan Abu Ya’la).

             Sewajarnya episod ini mencetuskan idea dan usaha dikalangan umat Islam kini untuk membuat penyelidikan bagi menghasilkan klon tumbuhan makanan yang boleh diusahakan bagi mendapatkan hasil dalam jangka masa yang singkat, mungkin padi yang ditanam boleh menghasilkan buahnya dalam masa satu minggu atau lebih singkat dari waktu itu. Untuk sampai ketahap pencapaian itu memerlukan jihad dalam usaha penyelidikan dan garapan ilmu pengetahuan sehingga Allah SWT menizinkan keadaan itu berlaku. Ini cabaran yang sewajarnya ditumpukan oleh orang-orang Islam bagi menguasai bekalan makanan dunia.

             Buraq, haiwan dari syorga yang menjadi kenderaan Rasulullah SAW merupakan kenderaan yang pantas perjalanannya. Sekelip mata sahaja Buraq sudah bergerak sejauh mata memandang. Idea tentang kenderaan pantas ini telah menggugah fikiran seorang Ulamak Islam, Abbas Ibn Firnas dari Cardoba untuk merekacipta alat penerbangan yang pertama. Beliau telah berjaya untuk terapung di udara selama 10 minit. Ini berlaku dalam tahun 852 M. Oleh itu menjadi cabaran kepada umat Islam masa kini untuk mengkaji episod-episod dalam Israk dan Mikraj demi kemajuan di dunia dan mendapat balasan di akhirat nanti. Wallah wa’lam.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: