Skip to content

Harapan

Julai 19, 2010

Pagi tadi aku ke IPG Kampus TAA, Kuala Lipis kerana ada urusan peribadi. Semasa hendak pulang bertemu dengan seorang kawan yang bertugas sebagai pensyarah di situ. Aku disarankan untuk menulis buku berkaitan pengalaman aku mengajar. Bagi beliau pengalaman aku mengajar di beberapa buah sekolah yang berbeza persekitarannya sangat baik dijadikan bahan kajian dan penulisan. Baru aku terfikir akan kebaikan saranan itu.

Jumaat yang lalu aku juga ke IPG KTAA, juga ada sedikit urusan, kali ini aku lalu berhampiran sebuah kelas. Ketika aku kembali dari tempat yang aku tuju, aku melalui jalan yang sama, menyusuri di tepi kelas. Tiba-tiba pensyarah yang sedang menjagar memanggil aku. Aku kenal dengan pensyarah berkenaan, dia kawan aku. Dia bertanya apa tujuan aku  datang ke IPG KTAA. Setelah aku menerangkan tujuan aku, dia meminta aku bercakap sekadar lima minit kepada pelajar beliau yang beru mendaftar sebagai pelajar KPLI.

Aku melihat ramai pelajar itu moyok sahaja, tak gembira agaknya ditempatkan belajar di Kuala Lipis, bukan di Kuala Lumpur. Dalam masa lima minit itu aku bercakap tentang pengalaman seronoknya menjadi guru apabila pendekatan khidmat itu betul. Sebagai guru kita perlu punyai ilmu mengajar yang dinamik, yang sentisa berkembang mengikut keadaan dan suasana. Sebagai guru kita perlu ada banyak maklumat semasa yang berkait dengan mata pelajaran yang diajar oleh itu guru mesti mempunyai jaringan sumber maklumat dan sumber rujukan. Siapa sumber-sumber terkini itu? Siapa lagi kalau bukan rakan-rakan kita yang ada diserta ceruk negeri dan negara atau kalau mungkin seluruh dunia.

Guru tidak boleh kedekut pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan apa-apa yang berkait dengan pengajaran. Sentiasa bersikap sentiasa sedia untuk membantu, tentunya anak murid, tentunya rakan-rakan sejawat yang berkehendakkan bantuan. Biasanya tak ramai guru yang nak minta bantuan rakan sejawat. Tak tau tak mahu tanya, bila buat sesuatu tak betul. Bila kena tegur oleh boss atau orang besar maka sedih dan panalah hidup sebagai guru. Kesimpulannya jadi guru tak seronok. Sebenarnya apabila kita membantu orang lain dan orang itu berjaya kita tetap seronok dan gembira. Itulah cara kita menambah kegembiraan sebagai seorang guru.

Jadi guru jangan sombong. Sikap suka bertanya itu sangat baik dalam meningkatkan keseronokan bekarja. Kalau tidak tahu jangan takut untuk bertanya. Bertanya bukan hanya kepada pensyarah sahaja, tetapi bertanya kepada rakan sejawat itu lebih berkesan. Kalau di sekolah yang muda wajar bertanya yang lama. Guru lama itu banyak pengalaman yang perlu direkodkan untuk rujukan orang muda.

Berbalik kepada cerita rakan yang minta menulis tentang pengalaman aku itu, aku kira saranan beliau itu betul. Di negara kita ini tidak banyak literature tentang pengalaman mengajar dan belajar ini. Insya Allah ini akan aku tulis selepas mengingat kembali pengalaman aku mengajar di sekolah luar bandar, sekolah besar dalam bandar, sekolah FELDA, sekolah kecil pinggir bandar serta sekolah berasarama penuh. Aku terpaksa mengingat kembali pengalaman-pengalaman yang aku lalui dalam kelas di sekolah-sekolah berkenaan, tidak terkecuali perbincangan di bilik-bilik guru sekolah berkenaan juga pertembungan dengan pentadbir. Aku kira banyak bahan yang boleh ditulis..

Aku berharap kepada para guru yang sedang dalam latihan, dapatkanlah pengetahuan untuk persediaan diri di sekolah nanti. Bagi mereka yang sudah di sekolah ketika ini bersungguh-sungguh menjalankan tanggung jawab sebagai guru yang berkesan ndan kepada yang sudah dipenghujung perkhidmatan cubalah turunkan ilmu dan pengalaman kepada yang junior. Sekian kiriman kali ini. TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: