Skip to content

Old Cliffordians

Julai 24, 2010

Old Cliffordians ‘2 Gather As 1’, itulah motto yang akan menggamit ribuan murid lepasan SMK Clifford bermula tahun 1913 hingga 2009 untuk datang berkumpul di padang SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Mungkin yang bersekolah tahun 1913 itu sudah tiada lagi tapi yang pasti yang bersekolah di tahun-tahun 50’an hingga sekarang masih ramai yang bernafas. Perjumpaan bakal diadakan pada 31 Julai 2010 dan berakhir pada 1 Ogos hari esoknya. Siapa yang akan datang? Tentulah bekas murid SMK Clifford yang masih hidup.

Di Semenanjung Malaysia ini terdapat dua buah sekolah yang menggunakan nama Clifford. Sempena nama Hugh Clifford, Residen British yang berkerja di Pahang dan Perak semasa Tanah Melayu dijajah British dahulu. Sebuah lagi ialah di Kuala Kangsar, Perak. Sudah pastilah yang menjadi murid tahun 50’an dan 60’an agaknya ramai yang akan datang kerana rata-rata yang berkerja dengan kerajaan sudah bersara wajib. Sudah tiada halangan kerja. Bagi yang kerja sendiri sudah tentu lagi tiada masalah. Harap rakan-rakan aku ramai yang akan datang.

Aku bersekolah di SMK Clifford (SMKC) bermula tahun 1969 hingga 1971. Aku masuk SMKC terus ke tingkatan tiga dan ambil LCE. Sebelum itu aku bersekolah di SM Rendah Jenis Kebangsaan, Kuala Lipis yang belum ada bangunan sendiri ketika itu. SMRJK ini menumpang di SMKC. Walau bagaimana pun aku tinggal di asrama putera SMKC semenjak tahun 1966, waktu itu aku belajar dalam Remove Class. Aku yang belajar dari Remove Class hingga ke tingkatan dua di SMRJK itu masih menghuni kawasan sekolah yang sama dengan murid-murid SMKC ketika itu.

Sudah pasti banyak nostalgia yang akan diungkit semasa berjumpa, yang pasti nama gelaran yang diberi kepada rakan taulan yang tinggal di asrama akan kedengaran dipanggil kembali. Harap nanti tiada yang terasa atau sensitif… Mungkin yang datang itu sudah bergelar Dato’ atau Datin atau datuk dan wan (kerana dah bercucu). Bagi aku, aku mengharapkan ramai rakan-rakan yang bersama-sama di tingkatan tiga hingga lima di SMKC dulu akan datang. Aku pasti khabar berita untuk rakan-rakan seangkatan dengan aku sudah disebarkan kerana penolong setiauasaha ialah sahabat aku Mr Dore..

Aku harap Mr Dore sudah menghubungi Dato’ Badaruddin, Sufian Ali (Head Boy), Yaccob Ismail, Kamar Manja, Nasaruddin Nordin, Osman Hamid, Hanif Rupel, Adnan Ibrahim, Halimi Shamsuddin, Nik Razali, Ahmad Rashid, Adnan Hassan, Edward Zainal, Pangarah JPJ Sarawak jangan dilupakan, Dr Amin Husaini, Ir Ahmad Zainuddin, Mohd Ghazali Ali, Nasron Yaacub, Johari Abdul Rahman (Pesara Jurutera MAS)  dan Guru Bersara Yusof Ibrahim.

Senarai yang perempuan pula tentulah Mr Dore lebih tahu. Biarlah dia cari sendiri. Aku ni pun ingat nama-nama di atas berdasarkan Majalah Cliffordian 1971, yang aku simpan dalam bentuk fotokopi. Antara yang boleh aku sebut nama rakan perempuan ialah Norizan Isa, Rogayah Ibrahim, Norzaiti Salleh, Normah Ibrahim, Kamariah Chu, Salbiah Razak, Norbashariah Basir, Faridah Omar, Sariah Baharom dan Rahimah Ibrahim (Dohi).

Dari keluarga aku pula, selain dari aku yang bersekolah di SMKC itu ada tiga orang anak aku yang bersekolah di situ. Anak lelaki aku, Hassanul Abidin yang kini jadi guru di SMK Seri Gombak dan dua anak perempuan aku iaitu Nurul Saadah (masih belajar di UTM) dan nurul Aisyah (masih belajar di UM). Mungkin seorang sahaja dari mereka bertiga ini yang dapat balik.

Adalah menjadi harapan aku untuk bertemu seramai mungkin rakan-rakan yang sudah tak ku sua mukanya semenjak Disember 1971 dahulu… Ingat juga ada rakan kita sudah kembali ke rahmatullah.. Fatihah untuk mereka, yang pasti dah pulang ialah Allahyarham Anuar Mahasan, rakan kita dari Benta. Selamat bertemu, Sekian TK.

7 Komen leave one →
  1. as-sa'adati permalink
    Julai 24, 2010 8:42 pm

    Nak gi sangat-sangat…tapi tak boleh. Huhuhuhu…..
    Jangan lupa tangkap gambor banyok-banyok….

    Insya Allah, kalau camera tak rosak, akan banyaklah gambar di ambil….
    Akhirnya balik juga awak demi ingatkan sekolah lama. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat belajar, bermain, berkawan dan segala yang baik dalam perkembangan seorang remaja….

  2. Noorazimah Taharim permalink
    Ogos 17, 2010 12:40 am

    Assalamualaikum. Ingat lagi http://memories-of-lipis.blogspot.com/2010/08/santarian-68-drama-group.html
    Kalau saya tersilap, harap maaf. Siapa gerangan jejaka yang disebelah Osman Hamid tu? Ni tengah jejak rakan lama.
    Saya ada pada malam gathering Cliffordians baru ni di sekolah Clifford. Malangnya tak dapat jumpa walau seorang pun rakan lama. Dalam ramai-ramai tu, tak tahu nak cari siapa.

    Kepada Saudari yang diingati…. Kami memang ramai pada malam itu… Osman Hamid, Hamid Akob (Pengarah JPJ Sarawak), dato Badaruddin (TKSU kementerian Pelajaran, Saedan karim, Halimi Shamsuddin, Normah Ibrahim dan tentunya saya…
    Saya datang sekeluarga.. Dua dari anak saya yang bersekolah di Clifford hadir sama bersama-sama ibu mereka… Insya Allah jejak rakan sedang bermula…..
    Gambar-gambar yang saya hantar melalui email tu, maaf le saya tak pandai nak letakkan label nama…. Nati kalau anak-anak balik bolehlah tanya pada mereka….

  3. Jun 28, 2012 1:15 am

    Hello, its nice piece of writing on the topic of media print,
    we all know media is a enormous source of data.

  4. September 9, 2012 12:40 am

    Hi there, just became alert to your blog through Google,
    and found that it’s truly informative. I’m going to watch out for brussels.
    I will be grateful if you continue this in future.

    Many people will be benefited from your writing.
    Cheers!

  5. Oktober 7, 2012 8:06 pm

    I used to read you blog regularly, I’m sorry I ever stopped! Now I remember what got me absorbed to begin with.

  6. Mei 15, 2014 8:48 pm

    An outstanding share! I’ve just forwarded this onto a colleague
    who was doing a little homework on this. And he in
    fact bought me lunch due to the fact that I stumbled upon it for him…
    lol. So let me reword this…. Thank YOU for the meal!!
    But yeah, thanx for spending the time to talk about this issue here
    on your website.

  7. norzaiti a.m.salleh permalink
    Julai 13, 2014 9:27 pm

    As’kum usop,saya norzaiti, kita dulu sama kelas frm 3a tahun 69,happy jumpa blog usop ingat balik zaman kita budak2.ingat mr. Patrik yg ajar subjek sejarah kl kita silap jawab kena rotan.saya dah besara dan menetap di jb

    Walaikum salam, aku masih ingat engkau. Aku pun dah bersara. Kini menetap di Kg Relong bersama Abd Hamed. Engkau orang kedua menemui aku melalui blog ini. Pertama dahulu Norazimah Taharim, classmate kita masa form 2. Di JB (khususnya di Pasir Gudang ada anak aku menetap di situ. Selamat menyambut Ramadhan dan Raya Puasa (coming soon) aku pun ada fB atas nama Yusof Ibrahim alberangque.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: