Skip to content

Kelebihan Ramadhan

Julai 30, 2010

Dua belas hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menjalani amalan puasa wajib sepanjang bulan Ramadhan. Ucapan Ramadhan Kareemm! akan kedengaran diseluruh tempat yang terdapat umat Islam.  Sebagai persediaan elok juga kita meneliti hadis yang berkait dengan amalan puasa dibulan berakah ini. Salah satu dari hadis itu adalah seperti yang tertera maksud di bawah.

Daripada Abi Hurairah, katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila adalah awal malam bulan Ramadhan, dibelenggu (ikat) segala syaitan dan segala jin yang jahat-jahat dan dikunci pintu-pintu neraka, maka tiada dibuka daripadanya satu pintu dan dibukakan pintu-pintu syurga, maka tiada dikunci daripadanya satu pintu. Dan menyeru yang menyeru, ‘Hai orang yang berkehendakkan kebajikan, marilah kamu! Dan Hai orang yang yang berkehendakkan kejahatan, berhentilah!’ Dan bagi Allah itu pemerdekaan daripada neraka. Dan demikianlah tiap-tiap malam.” (Gharib)

Idris Al Marbawai dalam kitabnya Bahru al Madzi (Juz 5), telah membahaskan hadis di atas berdasarkan empat masalah iaitu: Syaitan dan jin dibelenggu dan sebabnya; Syurga terbuka dan neraka terkunci sepanjang Ramadhan; Seruan dari malaikat yang tidak didengari oleh anak Adam dan Pemerdekaan anak Adam dari api neraka.

Syaitan dan jin dibelenggu sepanjang Ramadhan bertujuan untuk menegah mereka daripada menyakiti, mengganggu serta menakut-nakutkan orang mukmin. Walau pun begitu terdapat juga orang mukmin yang berjaya ditipu oleh syaitan dan jin ini. Oleh itu hendaklah kita menjaga puasa kita agar tidak dikacau oleh syaitan dan jin itu.

Neraka dikunci dan syurga dibuka sepanjang Ramadhan adalah bertujuan memulia dan membesarkan bulan ini. Keadaan ini berlaku kerana anak Adam yang mukmin berpuasa, berjaga untuk ibadat waktu malam, bertadarus Al Quraan membuat banyak kebajikan seperti bersedekah serta berzakat dan menjauhi kejahatan.

Malaikat menyeru agar anak Adam melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Walau pun seruan tidak didengari oleh anak Adam tetapi telah dikhabarkan perkara itu oleh Rasulullah SAW. Maka hendaklah anak Adam ingat akan seruan itu dan jangan lalai daripadanya. Ingat!! Allah SWT tidak lalai dan tidak lupa. Bagi anak Adam yang ingat atau lupa akan intisari seruan itu maka berhak mereka menerima balasan yang setimpal dengannya.

Setiap malam sepanjang Ramadhan Allah SWT memerdekakan hambanya yang taat daripada api neraka. Oleh itu sebagai anak Adam yang Islam, marilah kita menjadikan bulan Ramadhan ini satu kesempatan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan berbuat taat, mengikut apa yang dianjurkan serta meninggalkan apa yang dilarang. Mudah-mudahan kita beroleh takwa sebagai hasil dari amalan bulan Ramadhan yang mendatang. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan latihan untuk mentaati perintah Allah SWT. Wallah wa’lam

One Comment leave one →
  1. Ogos 3, 2010 9:03 pm

    terima kasih artikelnya…sangat bermanfaat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: