Skip to content

Ramadhan, Selamat Datang

Ogos 11, 2010

Hari ini bermulalah umat Islam berpuasa wajib bagi tahun ini. Bermula masuk waktu maghrib semalam maka masuklah perkiraan bulan Ramadhan 1431H bagi negara Malaysia. Bulan Ramadhan ini adalah bulan membanyakkan waktu untuk beribadat. Selain menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa umat Islam juga dikehendaki menjadikan dirinya menjauhi perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Disamping itu membanyakkan pula perkara atau perbuatan yang menambah serta menyuburkan pahala.

Apalah pentingnya PAHALA itu? Kalau orang hendak bermusafir maka bekalan utamanya ialah wang sama ada berbentuk cash (tunai) atau dalam bentuk credit. Kalau dia orang berada sudah tentulah creditnya banyak. Tunai yang boleh dibawanya juga banyak. Oleh itu dia tak mungkin kekurangan bekalan sepanjuang musafirnya. Kalau dia orang miskin maka tunai dan kredit yang ada mungkin sedikit atau mungkin tak mencukupi. Sudah tentu dia akan menghadapi masalah bekalan sepanjang perjalanannya nanti. Sebagai manusia kita perlu membuat kredit sebagai bekalan bagi perjalanan jauh kita di alam barzah dan juga alam akhirat. Ketika pemusafiran di dunia, sekiranya berlaku masalah tak cukup atau tiada bekalan, kita boleh meminta bantuan daripada manusia yang lain.  Salah satu asnaf zakat ialah ibnu sabil adalah digunakan untuk membantu para musafir yang tak cukup bekalan.  Maka asnaf ini boleh digunakan membantu mereka yang menghadapi masalah sepanjuang pemusafirannya.

Parjalanan di alam barzah dan alam akhirat agak berlainan. Sekiranya kredit tak cukup maka dimana kita boleh mendapat bekalan tambahan? Oleh itu kita perlu membuat sebanyak mungkin PAHALA sebagai cara mempastikan kita cukup kredit bagi perjalanan menuju wawasan yang kita selalu ucapkan seban waktu tertutama sewaktu berdoa. “YA ALLAH KURNIAKAN AKU KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN JUGA KURNIAKAN AKU KEBAHAGIAN DI AKHIRAT SERTA JAUHKAN AKU DARI API NERAKA” Untuk mencapai wawasan ini kita perlu memperbanyakkan kredit yang dinamakan PAHALA semasa hidup kita di dunia ini sebab di akhirat nanti kita tidak mampu membuat kredit lagi. Hanya di dunia ini sahaja pahala boleh didapati.

Kedatangan Ramadhan merupakan satu tawaran Allah SWT untuk umat manusia membanyakkan pahala. Setiap satu perkara sunat yang dikerjakan dibulan Ramadhan akan dilipat gandakan pahalanya menyamai perlakuan satu perkara wajib. Setiap satu perkara wajib yang dilakukan akan digandakan sebanyak 70 kali ganda melakukan perkara wajib dibulan lain. Malah ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar yang amalan pada malam itu mendapat ganjaran pahala melebihi 1000 bulan.

Apakah kita menyedari dan menginsafi perkara ini? Malam tadi sewaktu solat Isyak, aku melihat ramai menghadari berjemaah.  Alhamdulillah!! Ketika memulakan solat tarawikh untuk lapan rakaat permulaan masih ramai makmumnya. Sebaik memulakan rakaat kesembilan kedengaran banyak motosikal dan kereta meninggalkan perkarangan masjid. Walau pun masih ada lagi 15 rakaat solat sunat yang belum dilakukan (12 rakaat solat tarawikh dan tiga rakaat solat witr) tetapi anak kariah sudah tidak  mahu lagi menambah pahala. Begitulah,…  peluang yang Allah SWT tawarkan tidak ingin diambil. Lazimnya jumlah jemaah solat tarawikh akan semakin berkurangan apabila penghujung Ramadhan menemui kita. Sedangkan banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu adalah malam-malam 10 terakhir bulan Ramadhan. Manusia Islam melarikan dari dari anugerah PAHALA dari Allah SWT. Perlu juga diingat bahawa tawaran dari Allah SWT ini adalah kepada semua orang Islam, tak kira dia kaya atau miskin. Peluang memperoleh ganjaran pahala adalah sama. Sangat adil tawaran dari Allah SWT ini. Itu pun manusia tak nak rebut….

Kepada pembaca budiman marilah kita menginsafi bahawa kita tidak ada kredit yang lain, selain PAHALA yang boleh dibawa dalam perjalanan kita di alam barzah dan alam akhirat nanti. Marilah kita mengajak saudara mara kita, anak beranak kita membanyakkan bekalan sementara tawaran yang diberikan oleh Allah SWT sempat kita ambil semasa kita hidup ini. Apabila mati nanti tiada lagi kemampuan kita untuk menambah kredit bagi bekalan dalam perjalanan di alam-alam mendatang. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, selamat menjalani ibadat puasa dan kumpulkan sebanyak mungkin PAHALA semantara tawaran masih dibuka. Sekian TK.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: