Skip to content

LESTARI RAMADHAN

September 7, 2010

At Tabarani dan imam-imam hadith yang lain telah meriwayatkan satu hadith dari Abu Mas’ud al Ghifari bahawa Nabi SAW bersabda: [bermaksud]

“Kalaulah umatku mengetahui kebaikan yang ada dalam bulan Ramadhan sudah pasti mereka mengharapkan agar Ramadhan berlanjutan sepanjang tahun.” 

Apakah perkara istimewa yang terdapat dalam bulan Ramadhan sehingga Nabi SAW menyatakan hadith di atas? Antara keistimewaan yang ada ialah: 

Ramadhan adalah satu-satunya nama bulan dalam kelender Islam yang disebut dalam Al Quraan (Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al Quraan – Surah Al Baqarah, ayat 185). Oleh itu “Ramadhan adalah penghulu segala bulan.” Seperti hadis Nabi SAW yang disebut oleh at Tabarani dari Ibn Mas’ud.  

Manakala Ibn Khuzaimah dari Salman pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda; “Awal (Ramadhan) itu membawa rahmat, pertengahannya menjanjikan keampunan dan akhirnya merupakan pembebasan dari api neraka.”

Inilah perkara yang kurang diberikan perhatian oleh kita semua. Ramai antara kita puasa hanya sekadar untuk mendapat rahmat dari Allah SWT sahaja. Kita boleh fahami perkara ini apabila melihatkan ramainya ahli jemaah bertarawikh di awal bulan Ramadhan. Kemudian daripada itu keadaan jemaah solat malam di masjid akan berkurangan yang menandakan tidak ramai dikalangan kita yang ingin mendapat keampunan yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui amalan beribadat di bulan Ramadhan.

Sewajarnya masjid dipenuhi oleh ahli ibadat di sepuluh terakhir bulan Ramadhan kerana Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa malam lailatul Qadar terdapat di malam-malam ganjil di akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27 dan 29). Ketika yang sama Allah SWT menjanjikan pembebaskan dari api neraka. Malang sungguh bagi kita, kerana semakan tua umur Ramadhan yang kita lalui semakin kurang ahli ibadat mendatangi masjid atau surau untuk berjemaah solat, beriktikaf, membaca Quraan dan berjemaah tarawikh. Seolah-olah tawaran bertemu dengan lailatul Qadar yang nilainya lebih baik dari 1000 bulan itu tiada bernilai disisi kehidupan kita. Seolah-olah tawaran pembebasan dari api neraka itu tidak memberi makna yang besar kepada kita sebagai hamba Allah SWT.

Selain itu, bulan Ramadhan juga dipenuhi oleh berlonggok-longgok kebaikan seperti digalakkan umat Islam ini bersedekah. Taubat yang dibuat oleh hamba-hamba Allah di bulan Ramadhan akan di terima oleh Allah SWT. Itu sebab kita digalakkan meminta ampun, banyakkan istighfar. Manakala doa hamba-hamba Allah yang berdoa akan dimakbulkan, insya Allah dosa-d0sa akan terampun.

Apa yang tidak diketahuai oleh manusia ialah ial syorga rindu kepada hamba-hamba Allah yang berpuasa di bulan Ramadhan. Ini difahami dari keterangan bahawa syorga rindu kepada empat golongan manusia, iaitu: Orang yang banyak membaca Al Quraan, Orang yang mengawal lidahnya, orang yang memberi makan orang-orang yang lapar dan orang yang menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan.

Kerana umat Islam ini tidak tahu keistimewaan Ramadhan maka ramai antara kita ingin cepat-cepat Syawal menjelma. Semenjak sebelum Ramadhan tiba lagi promosi Syawal sudah berdendangan di radio dan TV negara. Apalah malang nasib kita hidup di zaman Teknologi Maklumat yang tidak membantu kita menjadi hamba Allah SWT yang setia yang menginginkan Ramadhan sepanjang masa. Malah yang lebih buruk lagi ada iklan di TV yang menggalakkan perbuatan mensyirikkan Allah SWT dikala orang Islam sedang menjalani ibadat puasa. Sekian TK. 

One Comment leave one →
  1. ISKANDAR SHAHIMI permalink
    Oktober 23, 2011 10:37 pm

    SAYA BERDOA AKAN BERTEMU LAGI DENGAN BULAN PENUH KEBERKATAN NIE..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: