Skip to content

Puasa Enam

September 12, 2010

Daripada Abu Ayub, katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barang siapa puasa ia akan Ramadhan, kemudian diikutkannaya enam hari daraipada Syawal, maka itulah puasa sepanjang tahun.” (Hassan Sahih)

Apabila telah selesai berpuasa sebulan Ramadhan hendaklah ditambah puasa enam hari daripada bulan Syawal kerana besar sangat pahala mengerjakannya. Perihal kelebihan puasa enam hari daripada Syawal itu telah dikeluarkan oleh Abu ’Isa At Tarmizi berdasarkan hadith di atas. (Hadith ini ada di riwayat daripada Jabir, Abi Hurairah dan Tsauban) Hadith hassan lagi sahih ini dikeluarkan oleh Muslim, An Nasa’i, Ibn Majah dan Ath Thabari.

            Berdasarkan hadith di atas puasa enam hari daripada Syawal ini adalah puasa sunat. Makna kata hadith puasa Ramadhan dan enam hari dalam bulan Syawal seolah-olahnya ia puasa setahun cukup dihuraikan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, ”Telah berkata ulama: Dan sebab dikatakan puasa enam hari itu seperti puasa sepanjang tahun, kerana satu kebaktian itu diganda sepuluh kali gandaan balasannya. Maka puasa sebulan Ramadhan itu dibalas dengan sepuluh bulan dan enam hari Syawal itu dibalas dengan dua bulan” atau enam puluh hari.

            Ini satu kelebihan besar diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu dilipat gandakan pahala berpuasa dengan cara yang mudah, tetapi perlu pada kesungguhan, kesanggupan dan disiplin diri. Kepada mereka yang sudah memulakan puasa enam Syawal ini diucapkan tahniah dan kepada mereka yang belum memulakannya disarankan mengambil kesempatan ini untuk memperoleh lebih ganjaran pahala daripada Allah SWT.

            Sayugia diingatkan bahawa puasa enam hari ini boleh dibuat secara berturut-turut atau dicerai-ceraikan. Boleh dibuat diawal Syawal atau diakhir Syawal.  Walau bagaimana pun menurut Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim: “Bermula yang afdhal bahawa puasa ia enam hari berturut-turut mengiringi hari Raya Edul Fitri”

               Manjadi satu masalah kepada rakyat Malaysia dalam menjalani puasa enam hari dibulan Syawal ini kerana, pertamanya, orang Islam di Malaysia ini berhari raya sepanjang Syawal. Sepatutnya IBADAT perayaan Aidil Fitri dirayakan satu hari sahaja tetapi di Malaysia ini telah menjadi adat berhari raya sepanjang Syawal. Ini adalah pertimbanagan antara ADAT dan IBADAT. Kedua ialah oleh kerana adat berhari raya itu sepanjang Syawal maka banyaklah program makan-makan akan dibuat sepanjang Syawal. Menjadi satu cabaran bagi yang ingin mengadakan puasa enam untuk bersungguh-sungguh bagi mengatur jadual berpuasa enam. Pertimbanagan antara ibadat puasa enam dan kepentingan silturrahim perlu diambil kira. Bagi yang berjaya menghadapi cabaran ini sudah tentu menjadi satu kejayaan menegakkan iman dan takwa yang dipupuk sepanjang Ramadhan. Pengaturan keutamaan antara puasa enam dan kepentingan silaturrahim diambil kira.

Untuk mengelakkan tidak dapat mengatur jadual puasa enam dengan baik seeloknya puasa enam dimulakan awal Syawal agar sekiranya bertembung dengan program makan-makan keraian Syawal sepanjang bulan ia dapat juga dilaksanakan sedikit demi sedikit. Agar apabila Syawal berlalu puasa enam dapat dilakukan secukupnya. Jangan bertangguh nanti tak cukup enam hari. Tarikh akhir puasa enam ialah 30 Syawal. Oleh itu rancanglah dengan baik semenjak awal bulan Syawal ini. Kerja bertangguh tidak menjadi dan kerja brdikit tidak tertahan. Sekian, selamat hari raya dan melaksanakan puasa sunat enam hari bulan Syawal. TK. 

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: