Jamuan Raya Silaturahim 1Relong
Kiriman ini merupakan satu hebahan kepada semua penduduk Kampung Relong, Kuala Lipis serta sanak saudara yang berada diperantauan serta kepada semua keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong, baik yang ada di daerah Lipis atau dimana sahaja saudara saudari berada.
Dimaklumkan bahawa satu majlis Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong akan di adakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Relong pada hari Ahad, 3 Oktober 2010, bermula 9.00 pagi sehingga 12.30 petang.
Kepada mereka yang tergolong dalam dua kategori di atas (penduduk Kg Relong dan saudara mara yang jauh dan dekat dan keturunan Tok Linggi) adalah dialu-alukan untuk hadir. Terdapat sedikit perubahan tarikh daripada pengumuman awal. Pada mulanya majlis ini akan dibuat pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) tetapi apabila didapati banyak sekolah mengadakan hari persekolahan ganti pada hari Sabtu itu, maka Pengerusi Penganjur bersama-sama Ketua Kampung Relong meminda tarikh kepada hari esoknya (3 Oktober 2010).
Rasional program ini ialah: Meneruskan kesinambungan jamuan yang pernah diadakan pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2009; Mengumpulkan seramai mungkin keluarga 1Relong yang amat besar dan bertaburan negeri dan kampung berdekatan; Melalui jamuan raya silaturahim dapat mengeratkan keluarga besar ini.
Motto: Yang Jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.
Matlamat: Mengeratkan silaturahim sesama warga penduduk Kampung Relong; Menghayati silasilah keturunan yang telah dibina oleh orang terdahulu melalui penggunaan terembe’; Memahami terembe’ yang sudah dimudahkan dalam tulisan rumi; Membina suasana harmoni dan perpaduan yang merentasi sempadan daerah dan jurang sosio ekonomi.
VIP dalam majlis ini ialah penduduk Kampung Relong serta cucu cicit Tok Linggi yang berumur 70 tahun ke atas. Oleh itu diharapkan kepada cucu cicit Tok Linggi yang tinggal di luar Kampung Relong yang berumur lebih 70 tahun kenalah mendaftar kepada urusetia untuk menjadi VIP. Bagi yang tinggal di Relong pihak penganjur sudah ada senarainya.
Harapan dari penganjur agar sanak saudara terutama yang ada di Berchang, Lubuk Kulit, Keledek, Gua, Berang, Bapong, Ulu Teris, Merapoh serta di Felda-felda Koyan, Jengka dan sebagainya baliklah jumpa kami. Kami sambut dengan salam silaturahim, serta makan minum. Ada 13 menu makanan disediakan… Tapi bukan makan itu yang utama…. Yang Utama ialah Yang Jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.
Setakat ini dahulu. Selamat menjalin silaturahim….
Minta copy ayah…hehehe 😉
Blog dah lama berhabuk….
Ooo..ganti baru. Laju tak? hehehhee
insyallah..sama2 la kita mengeratkan siratulrahim sesama cucu cicit..
My spouse and I stumbled over here coming from a different
website and thought I might as well check things out.
I like what I see so now i am following you. Look forward to finding out
about your web page for a second time.
It’s nearly impossible to find well-informed people on this topic, however, you sound like you
know what you’re talking about! Thanks