Skip to content

Silaturrahim

Oktober 4, 2010

Seluruh ulama’ sepakat menetapkan bahawa melakukan silaturrahim adalah wajib manakala memutuskannya adalah haram. Rasulullah SAW bersabda: “ Orang yang memutuskan silaturrahim tidak akan masuk syurga.” (Muttafaun ‘alaih). Imam Muslim mengutip sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah, “Bahawa amal-amal umatku akan dilaporkan setiap hari Khamis malam Jumaat. Amal orang yang memutuskan silaturrahim tidak akan diterima.” (Hadis riwayat Muslim dan Malik)

Dua hadis di atas menjelaskan tentang pentingnya usaha silaturrahim dibuat dalam sesebuah masyarakat dikalangan orang beriman. Malah silaturrahim juga mempunyai beberapa kelebihan yang dinukilkan dari hadis dibawah:

Anas ra., mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya hendaklah bersilaturrahim”. (Muttafaqun ‘alaih)

“Bahawa bersilaturrahim itu dapat menyenangkan hati keluarga, melimpah-limpahkan harta benda dan memanjangkan umur.” (Hadis riwayat at Tarmizy)

“Bersilaturrahim dan berbuat ihsan kepada tetangga itu dapat memakmurkan kampung halaman dan menambah umur panjang.” (Hadis riwayat Ahmad) 

Daripada hadis-hadis di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa bersilaturrahim dapat menambah rezeki, memanjangkan umur, menyenangkan hati keluarga serta memakmurkan kampung halaman.

Berbagai kaedah untuk bersilaturrahim. Dalam keadaan manusia hari ini sebuk dengan urusan masing-masing, dalam keadaan masyarakat berpuak-puak, dalam keadaan manusia berkelompok mengikut ideologi politik dan dalam keadaan manusia terasing antara miskin dan kaya, kaedah bersilaturrahim yang dikira baik ialah mengadakan makan-makan.

Mengundang orang untuk majlis makan-makan adalah merupakan satu sunnah yang dibuat oleh Rasulullah SAW ketika baginda hendak memulakan dakwah, ketika masyarakat Quraisy belum mahu menerima dakwah baginda. Oleh itu dalam suasana kemelut seperti itu kaedah asas keperluan manusia iaitu makan-makan menjadi kaedah yang paling sesuai.

Dimusim orang Melayu Malaysia tak habis-habis lagi berhari raya elok juga kaedah makan-makan ini menjadi tali pengikat untuk bersilaturrahim. Harapnya jangan tamat sekadar makan-makan sahaja, kerana kalau setakat itu maka ia akan jadi seperti bertemunya para haiwan yang berkumpulan untuk mendapatkan makanan. Manusia dimuliakan dengan akal fikiran bagi mengarap ilmu pengetahuan. Oleh itu disamping pengisian perut sebagai asas pertemuan, pengisian minda perlu diutamakan bagi meningkatkan kehebatan insan ciptaan Tuhan. Pengisian ilmu itu mestilah pengisian yang boleh menginsafkan menusia untuk kembali menjadikan Allah SWT, sebagai Tuhan yang disembah dan yang diimani. Ertinya, majlis itu mesti membesarkan Allah SWT bukan menunjukkan ego kehebatan masing-masing yang hadir.

Satu lagi kesukaan manusia ialah mengetahui susur galur keturunan mereka. Oleh itu kaitan persaudaraan antara seseorang dengan yang lain menjadi sesuatu tarikan untuk menguatkan silaturrahim. Semalam kami telah mencuba kaedah ini dengan menggunakan TEREMBE’.  Terembe’ adalah peta susur galur keturunan yang menunjukkan persaudaraan antara seseorang dengan yang lain. Terembe’ ini menjadi pengikat silaturrahim antara seseorang dengan yang lain dalam satu keturunan.

Wajah-wajah gembira dapat dilihat apabila nama mereka atau nama ibu bapa mereka dapat dilihat dalam terembe’ dan mereka dapat melihat kaitan antara seseorang dengan seseorang yang lain atau mereka mengetahui kedudukan aras generasi dan jurai generasi yang mereka duduki.

Sewaktu kami anak-anak Kampung Relong mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Silaturrahim 1Relong (semalam), aku lihat ramai yang teruja apabila dapat memahami terembe’ yang dipamirkan. Malah ada sekumpulan saudara mara kami yang datuk neneknya (digenerasi ke empat) berhijrah ke Bertam, Gua Musang datang dengan tiga buah kereta untuk mencari akar keturunan mereka. Aku lihat mereka sungguh teruja apabila mereka dapat menenpatkan galur jurai generasi mereka bertepatan dengan maklumat yang mereka terima dari datuk mereka.

Insya Allah majlis serupa akan diadakan lagi Syawal tahun 1432 H nanti. Sudah pasti ketika itu acaranya akan lebih meriah lagi. (Kiriman ini hendaklah dibaca bersama dengan kiriman sebelum iaitu Jamuan Raya Silaturahim 1Relong)

Dari risikan kepada yang datang bertandang dikalangan mereka yang bukan penduduk Kampung Relong tetapi merupakan cucu cicik keturunan Tok Linggi yang nama mereka ada dalam terembe’ aku dapat simpulkan bahawa mereka teruja dengan program itu. Sudah pasti ada yang berjanji akan menjadi PENYUMBANG dan PENAJA dalam majlis yang akan datang. Kepada mereka yang menjadi penaja dan penyumbang tahun ini kami ucapkan terima kasih.

Antara motto majlis itu ialah Terembe’ pengikat silaturrahim, yang jauh didekatkan, yang dekat dimesrakan, yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Satu lagi yang akan dimasukan nanti ialah yang berilmu dimuliakan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dri Ubadah bin Somit ra., Nabi SAW bersabda, “Bukan daripada kalangan umatku orang yang tidak menghormati golongan yang lebih tua, tidak mengasihani golongan yang lebih muda dan tidak mengetahui haknya terhadap golongan yang berilmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan At Tabrani)

Sekian untuk kiriman ini. TK

3 Komen leave one →
  1. Hairiri permalink
    Oktober 6, 2010 12:41 am

    Alhamdulilah,
    Lebih tersusun, meriah dan bermakna dari tahun lepas,
    menerokai teremba memang menerujakan,
    bebaloi baloi menjengkelkan,
    mata mencari julai,
    bila jumpa ada yang truma…

    yang pasti
    sekali bersama
    tahun depan ternanti nanti…

    Tahniah dan terima kasih
    kepada keluarga Aki dagang dan Ibrahim Shah
    Hebat, patut dan semestinya dijadikan “Banch Marking”
    kepada keluarga Tok Linggi …

    Insyallah kita doakan tahun depan majlis
    lebih bermakna dalam serdahana
    lebih bererti sambil berbudi….

    Kalau tak dipecah ruyung manakan dapat isinya….
    Kita dah pecahkan ruyungnya beberapa tahun yang lalu dan kini kita nampak hasilnya. Yang perlu ialah konsisten dalam menyusun program…
    Harapnya kita buat postmortem segera, kalau lambat nanti lupa apa yang sudah dialpakan…. Usahakan dengan Zainal (SU)…

    • Hairiri permalink
      Oktober 6, 2010 11:18 pm

      Dah Btau S/U,
      Cgu zainal kata lepas PMR
      dia ketua pusat di MRSM …..

      • Hairiri permalink
        Oktober 6, 2010 11:22 pm

        Sementara ingat,
        Makam Tok Linggi perlu ada program tahun depan
        Tekedu weh, waris dari bertam tu g ziarah,
        Juru tunjuk pun xpasti kat mane makamnye,
        yang pasti tunjuk jalan ke makam je.. ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: