Skip to content

Pesan Mufti

Oktober 7, 2010

Rabu malam Khamis (6 Oktober 2010) satu sejarah kecil terlakar di Masjid Kampung Relong, kali pertama Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang datang berceramah kepada penduduk kampung. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Ceramah bermula selepas solat maghrib sehingga 9.00 malam. Walau pun ini bukan kali pertama seorang Mufti menyampaikan ceramah di Masjid ini. Lebih sepuluh tahun yang lalu Sahibu Samahah Mufti Selangor, Allahyarham Dato’ Ishak Baharum telah pernah menyampaikan ceramahnya di masjid ini.

Dipermulaan ceramah Dato SS Mufti, Yang Hormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman memberikan penerangan tentang fungsi Mufti, Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Penerangan yang disampaikan itu adalah antara lain bertujuan untuk menjelaskan peranan yang berbeza antara beberapa institusi agama Islam yang ada di Negeri Pahang. Beliau juga menerangkan peranan yang sewajarnya digalas oleh rakyat Negeri Pahang dalam membantu institusi yang dinamakan di atas bagi menjaga Islam di Pahang.

Beliau juga menjelaskan tentang rujukan fekah yang perlu dibuat oleh rakyat Negeri Pahang. Dalam Enekmen Syariah Negeri Pahang dinayatakan bahawa rujukan fekah adalah Mazahab Shafie. Ini bertujuan untuk mengelakkan kecelaruan dalam amalan terutama bagi golongan rakyat biasa. Hal ini perlu diberi perhatian terutama bagi yang mengajar di masjid atau di surau-surau di negeri ini.

Dibahagian akhir ceramah, beliau menekankan tentang tiga perkara yang perlu dilakukan oleh setiap orang yang menggelar dirinya orang Islam. Pesan Pertama: Hendaklah ada usaha untuk melengkapkan bekalan diri bagi menghadapi hari akhirat nanti. Nasihat beliau, bahawa setiap orang Islam jangan menunggu hari tua untuk membuat persiapan itu. Untuk itu beliau memetik hadis Rasulullah SAW. Aku mencari hadis yang dimaksudkan itu apabila balik ke rumah. Alhamdulillah aku bertemu dengan hadis itu dalam dua buah buku rujukan; iaitu Bahru al Madzi (Rumi) Jilid 2 – Bahagian Solat, hadis nombor 78, mukasurat 245 dan juga buku Fadhilat Solat – Kelebihan Solat Berjemaah, hadis nombor 4, mukasurat 66.

Daripada Anas bin Malik, katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barang siapa sembahyang ia kerana Allah empat puluh hari di dalam jamaah yang mendapat ia akan takbir pertama, disuratkan baginya dua kelepasan; satu kelepasan daripada neraka dan satu kelepasan daripada nifaq.”

Oleh itu hendaklah ada usaha bersungguh-sungguh secara sendirian atau secara kumpulan untuk boleh mendapatkan solat berjemaah dengan bertakbiratul ihram bersama Imam dalam rakaat pertama selama 40 hari bagi kelima-lima solat wajib itu. Inilah bekalan yang patut di programkan oleh setiap masjid untuk membantu anak qariahnya. Semoga nanti ramai yang sedar akan kepentingan usaha ini serta berusaha untuk mendapatkan tawaran yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu.

Pesan Kedua: Membaca Al Quraan dengan istiqamah, konsisten atau berterusan walaupun sekadar satu muka surat sehari. Kalau dapat satu juz sehari lagi baik. Selain membaca Al Quraan dengan betul tajwuidnya, betul mahraj hurufnya, betul tartil dan fasahahnya, kita juga perlu menelaah maksud dan makna ayat-ayat yang dibaca untuk kefahaman. Bererti  kita perlu membaca terjemahan atau lebih baik lagi tafsir bagi setiap ayat yang dibaca itu. Sewajarnya kefahaman itu dijadikan amalan dalam menjalani kehidupan. Dalam ertikata yang lain mengamalkan apa yang dinayatakan oleh Al Quraan dalam kehidupan seharaian.

Pesan Ketiga: Setiap orang hendaklah mengamalkan zikir yang tetap setiap hari. Sekurang-kurangnya beristighfar 100 kali sehari, berselawat kepada Rasulullah SAW 100 kali sehari dan bertasbih 100 kali sehari. Itu amalan sekurang-kurangnya. Bagi mereka yang ada kaedah zikir sendiri amalkanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi membersihkan hati dari sifat mazmumah dan mengamalkan sifat mahmudah. Aku tambah pula, bagi mereka yang pandai dan tahu mengamalkan zikir Ma’thurat amalkanlah kerana kumpulan zikir itu adalah dikumpulkan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW oleh Imam Hassan Al Banna.

Aku kira cukuplah tiga pesan Dato’ SS Mufti Negeri Pahang yang disampaikan kepada anak Qaryah Kampung Relong yang aku panjangkan kepada pembaca sekelian. Sekian kiriman kali ini. TK.

One Comment leave one →
  1. November 23, 2010 4:09 pm

    Salam Cikgu.
    Saya tertarik dengan pesanan ketiga, iaitu berzikir. Alhamdulillah, di sekolah saya, selepas PMR baru-baru ini, kami telah jadikan Al-Ma’thurat sebagai aktiviti harian murid. Hajatnya akan menjadi rutin harian murid mulai 2011 akan datang. Saya yakin, mengamalkan zikir yang ma’thur dari Nabi SAW akan meninggalkan kesan dalam hidup. Doakan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: