Skip to content

Ke Tanah Suci – Kenangan1

Oktober 15, 2010

Bulan Jun 1990 aku menunaikan fardhu haji. Menaiki KT36. Betolak dari rumah Guru SMK Padang Tengku dengan memandu kereta sendiri bersama-sama isteri dan ditemani oleh adik ipar. Singgah di masjid Kampung Relong untuk solat sunat musafir dan terus ke rumah abang yang ketika itu menjadi imam masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Melapor diri di Kelana Jaya dengan dihantar oleh adik beradik dan anak-anak saudara. Anak-anak ditinggalkan di Rumah Guru SMK Padang Tengku bersama-sama ibu dan ibu mertua.

Dari Kelana Jaya kami dibawa ke Lapangan Terbang Subang untuk terbang ke King Abdul Aziz International Airport di Jeddah. Oleh kerana kapalterbang yang disewa dari MAS itu agak kecil, kami terpaksa berhenti di Dubai untuk mengambil minyak sebelum berlepas ke KAAIA  Jeddah.  Dari KAAIA Jeddah kami menaiki bas ke Madinah As Sariff. Di Madinah selama sembilan hari untuk menziarah Makam Rasulullah SAW dan beberapa tempat bersejarah di sekitarnya. Masa ini pembinaan untuk pembesaran Masjid Nabawi sedang rancak berjalan.  

Umur aku pada ketika itu sekitar 37 tahun, dikira masih muda lagi. Antara kenangan yang sukar dilupakan ialah berlari dari pintu berhampiran Bab As Salam ke kawasan Raudah setiap pagi (sekitar pukul 3.00 pagi) apabila pintu dibuka. Sampai di Raudah, minum air zam-zam yang ada diletakkan dalam tong air di sekitar dalam masjid. Selepas itu melakukan solat-solat sunat malam, membaca Quraan atau berzikir sehingga masuk waktu subuh. Selepas solat subuh meneruskan bacaan Quraan sehingga terbit matahari dan kemudiannya balik ke tempat penginapan. Biasanya pagi ada program ziarah dan sebelum jam 12.00 tengah hari kembali semula ke Masjid Nabawi untuk solat zohor dan duduk iktikaf sehingga solat asar. Kembali semula ke rumah penginapan untuk berihat dan makan malam. Waktu maghrib kembali semula ke Masjid Nabawi untuk solat maghrib seterusnya solat isyak sebelum balik ke rumah penginapan untuk istirehat. Itulah rutin selama sembilan hari di Madinah bagi tujuan ziarah Rasulullah SAW dan mendapatkan solat berjamaah selama 40 waktu.

Ada satu kenangan yang sukar aku lupakan ketika solat tasbih di Masjid Nabawi. Solat tasbih memang memerlukan pergerakan yang lambat. Contohnya, semasa ruku’ membaca tasbih 10 kali, begitu juga pada setiap pergerakan yang lain membaca tasbih 10 kali kecuali semasa berdiri selepas membaca surah, membaca tasbih 15 kali. Menjadikan jumlah tasbih yang dibaca sebanyak 75 kali bagi setiap rakaat solat. Apabila dilakukan empat rakaat dengan dua salam, maka jumlah tasbihnya ialah 300 kali. Aku masih ingat lagi seorang Tok Arab menggegarkan badan aku dengan ucapan ‘suwayya’ beberapa kali apabila melihat aku membuat pergerakkan solat aku. Aku buat tak tau aje, sambil meneruskan solat aku. Selesai solat aku lihat seorang Tok Arab yang lain menerangkan kepada Tok Arab yang pertama itu bahawa aku melakukan solat tasbih…. Itu kesan daripada jahil tentang amalan orang lain.   

Setelah cukup 40 waktu solat berjamaah di Madinah kami bergerak menaiki bas ke Makkah dengan singgah sebentar di masjid Bir Ali untuk berniat ihram umrah (rukun) di miqat (wajib) bagi melakukan umrah wajib bagi haji tamatto’. Kami bertolak selepas solat isyak dan sampai di Makkah waktu subuh. Setelah masuk ke rumah penginapan dan sarapan pagi serta membersih diri, kami dibawa ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf (rukun) dan saie’ (rukun) dan selepas itu bergunting rambut untuk tahlul. Selesai sudah ibadah umrah wajib sebelum berihram untuk melaksanakan ibadat haji.   

Cukup kiriman kali ini. Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: