Skip to content

Ke Tanah Suci – Kenangan2

Oktober 24, 2010

Semasa aku dan isteri menunaikan fardhu haji tahun 1990 itu, anak-anak ku baru enam orang. Tiga lelaki dan tiga perempuan. Anak yang tua (abang long) baru 10 tahun dan yang kecil berumur dua tahun.

Kami menaiki bas dari Bir Ali selepas solat Isyak. Kami berhenti di masjid Bir Ali untuk berniat ihram umrah di miqat (wajib umrah). Sampai di Makkah waktu solat subuh. Kemudian di bawa ke rumah penginapan. Selepas sarapan kami dibawa ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf dan saie’ umrah serta seterusnya bertahalul. Selesai kerja umrah.  

Kami berada di Makkah selama empat belas hari sebelum wukuf. Hajat nak buat umrah sunat banyak-banyak tetapi pihak berwajib Tabung Haji tidak menggalakkan buat umrah banyak-banyak sebelum wukuf. Waktu wukuf berjalan seperti yang dijadualkan. Selepas itu bermalam  di Mudzlifah dan terus ke Mina. Kami tidak bermalam di Mina sebalikkan kami berulang setiap malam untuk mabib di Mina.

Pada tahun itulah berlaku peristiwa di Muaassim di mana terdapat ramai juga orang Malaysia yang menjadi korban tregdi Muaassim. Kami tidak terlibat dengan tragedi ini kerana kami tidak tinggal di Muaassim sebaliknya berulang alik dari Makkah ke Mina setiap hari dengan memastikan mabib setiap malam selama lebih dari enam jam.

Tidak banyak kenangan yang boleh dicerita kerana rutin setiap hari ialah ke Masjidil Haram pukul tiga pagi semasa azan pertama serta menunggu azan subuh. Antara waktu itu aku biasanya akan bersolat tahajud, solat tasbih atau solat witr dan membaca Quraan. Selepas solat subuh biasanya akan melakukan umrah. Untuk itu aku bersama-sama isteri akan ke Tanaim untuk ke miqat untuk umrah. Menaiki bas atau van. Kembali dari Tanaim kami akan melakukan tawaf dan saie’ dan bergunting. Selesailah satu umrah sunat.

Ada juga empat belas hari selepas hari tasyrik sebelum kembali ke Malaysia. Sempat juga melakukan beberapa kali umrah sunat dengan bermiqat di Tanaim. Kami sempat juga dibawa melawat beberapa tempat sebelum wukuf seperti melawat Arafah, Mina dan Ja’ranah. Selepas hari tasyrik saya demam selama tiga hari. Memang demam sampai tak boleh bangun. Alhamdulillah setelah sihat dapat juga beberapa kali membuat umrah sebelum kembali ke tanah air.

Insya Allah malam esok (26 Oktober 2010) jam 1.30 pagi aku dan isteri bersama-sama dengan seorang kakak aku akan melapur diri ke Kelana Jaya untuk menunaikan fardhu haji sekali lagi selepas dua puluh tahun. Kalau dahulu aku ke Madinah dahulu tetapi kali ini aku akan terus ke Makkah. Tapi tak dapat juga buat haji ifrad sebab lama masa sebelum wukuf ialah dua puluh hari. Jadi aku buat haji tammato’ juga.    

Sekian untuk kiriman kali ini. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: