Skip to content

Kembali

Disember 14, 2010

Aku telah kembali ke Malaysia daripada musafir ibadah ke Tanah Suci Makkah. Dalam ruang ini aku akan bercerita tentang kisah kami kembali ke Malaysia menggunakan Saudia Airline. Kami dijangka akan menaiki kapalterbang pada 6.30 pagi 8.12.2010. Oleh itu persiapan dibuat bagi melicinkan proses perjalanan kami.

Semua bagasi hendaklah dikumpulkan di tempat yang ditetapkan ditingkat hotel masing-masing pada jam 3.00 petang 7.12.2010. Jemaah akan menaiki bas ke Lapangan Terbang Madinah jam 2.30 pagi 8.12.2010. Ini adalah maklumat yang diberikan kepada kami yang menaiki KT 57.

Sehari sebelumnya jadual masa yang sama juga tertera bagi KT 51, yang berbeza hanya tarikh penerbangan mereka awal satu hari. Aku dapati mereka hanya naik bas pada jam 1.00 petang 7.12.2010 yang sepatutnya pada jam 2.30 pagi 7.12.2010. Ertinya mereka lewat lebih 10 jam. Akibat dari itu aku meminta rakan-rakan dari KT 57 sama-sama bersolat hajat untuk dimudahkan urusan penerbangan kembali ke Malaysia. Ramai juga rakan sama KT 57 yang telah berbuat seperti yang aku sarankan. Alhamdulillah….

Alhamdulillah… kami dapat membuat perjalanan seperti yang dijadualkan. Naik bas jam 2.30 pagi, penyerahan pasport antarabangsa jam 3.00 pagi, bas bergerak 3.50 pagi. Sampai ke Lapangan Terbang jam 4.30 pagi. Jam 5.10 pagi solat subuh. Kemudian melalui proses check in. Dan menaiki kapalterbang jam 7.20 pagi. Kapalterbang berlepas jam 8.35 pagi, lewat satu jam lima minit.

Waktu yang dicatatkan di atas adalah waktu Madinah yang bezanya dengan waktu Malaysia selama lima jam. Ini bererti kami meninggalkan Madinah pada 1.35 petang waktu Malaysia. Perjalanan yang memakan masa sembilan jam itu membolehkan kami sampai di KLIA jam 10.35 malam 8.12.2010.

Semasa check in ada beberapa kelucuan yang berlaku. Walaupun hanya beberapa barangan yang tajam seperti piasu, gunting dan lain sebagainya tidak dibenarkan dibawa dalam hand lagguge tetapi terdapat juga kekeliruan berlaku. Jemaah yang sedang berbaris itu diminta menggumpulkan juga berus gigi untuk dipunggut. Aku akhirnya menyerahkan bahan-bahan yang berkaitan kepada pegawai Tabung Haji yang memungut. Selang beberapa ketika datang pegawai TH yang lain memberi tahu bahawa tak perlu pungut berus gigi.

Bagasi biasanya ditimbang mengikut penumpang. Apa yang berlaku bagasi dikira secara pukal sahaja. Rupanya jumlah bagasi yang kami bawa tak mampu diangkut oleh kapal terbang. Akibatnya bukan semua jemaah yang dapat bagasinya semasa kami tiba di KLIA malam itu. Bagasi yang selebihnya hanya tiba dengan KT 58 pada pukul 2.15 pagi 9.12.2010. Antara yang mengalami keadaan ini ialah isteri aku. Oleh itu aku bersama dengan dua orang anak aku terpaksa menunggu bagasi itu pada pukul 2.15 pagi. Alhamdulillah dapat….

Itulah gambaran perjalanan balik kami ke Malaysia. Insya Allah aku akan menulis juga pengalaman melaksanakan ibadat haji tahun 1431H dibandingkan dengan perjalanan haji aku tahun 1410H yang lalu. Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: