Skip to content

Nasihat untuk bakal haji 1432H

Disember 17, 2010

Assalam mu alaikum wr wbt. Kepada semua bakal haji yang akan menunaikan haji tahun 1432H atau tahun 2011M. Melalui kiriman ini saya ingin menulis beberapa peringatan kepada mereka agar memberi perhatian kepada beberapa perkara yang berkait rapat dengan kerja ibadat di Tanah Suci nanti. Peringatan ini berdasarkan pengalaman yang saya lalui semenjak mengikuti kursus bersiri anjuran Tabung Haji (sebanyak 17 siri), kursus Intensif serta kursus Perdana yang di adakan di setiap negeri hingga ke Makkah dan menegerjakan haji.

Pertama: Ikutilah kursus Haji secara bersiri yang dibuat disetiap daerah oleh Tabung Haji (TH). Ikutlah secara konsisiten kerana mengerjakan haji dengan panduan ilmu banyak kebaikannya. Jangan pergi mengerjakan haji tanpa ilmu yang mencukupi nanti diri sendiri yang rugi kerana buat sesuatu ikut hati dan perasaan atau ikut-ikutan sahaja. Ramai juga jemaah haji Malaysia yang menghadapi keadaan keliru apabila sampai ke Makkah. Oleh itu jangan segan berjumpa Ustaz pembimbing yang ada di Maktab masing-masing.

Kedua: Apa-apa yang disarankan oleh penceramah semasa kursus Haji itu berilah perhatian dan sekiranya tak faham bertanyalah kepada mereka yang tahu. Peganglah betul-betul satu kefahaman yang diyakini berpandukan  buku yang diberi serta nasihat yang disampaikan oleh para penceramah TH. Ada perkara yang berbeza antara buku-buku panduan yang berbagai tentang mengerjakan haji yang terdapat dalam pasaran. Pastikan anda ada buku yang betul sebagai panduan.

Ketiga: Semasa kursus haji setahu saya tiada penceramah yang membuat saranan untuk membuat persediaan acara peribadi yang sepatutnya dibuat ketika di Mina selama empat hari (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah). Bagi mereka yang mengikuti pakej swasta masalah ini tidak timbul kerana pihak pakej akan mengadakan program yang lengkap sepanjang empat hari itu, tetapi bagi mereka yang mengikuti muasasah pihak TH tidak membuat pengisian yang lengkap. Kerja utama semasa di Mina ialah melontar jamrah yang memakan masa lebih kurang tiga jam setiap hari iaitu berjalan dari Maktab ke Jamrah, melontar jamrah dan berjalan balik ke Maktab. Jarak sehala ialah 3.5 km. Selain itu mabiq (bermalam) di Mina. Pada pemerhatian saya kebanyakan jemaah haji berborak untuk mengisi masa. Program yang hendak dibuat ialah berupa jadual waktu dan perkara yang hendak dibuat seperti pagi solat sunat dhuha dan membaca Quraan. Petang membaca Quraan atau buku yang dibawa dan begitulah seterusnya.

Keempat: Jangan terikut-ikut jemaah haji negara lain umpamanya, bersolat sebaris dengan pasangan masing-masing di Masjidil Haram. Pada pengamatan saya banyak pasangan dari Indonesia dan Indo-Pakistan suka bersolat sebaris (satu saf, sebelah menyebelah) antara suami dan isteri. Si suami takut isterinya hilang. Ada juga jemaah dari Malaysia buat begitu. Antara hujjah mereka ialah di Masjidil Haram perkara ini boleh dilakukan. Agaknya mereka tidak melihat Pegawai Masjidil Haram menghalau orang perempuan yang bersolat dalam kumpulan orang lelaki. Sila rujuk soalan 399 dalam buku Soal Jawab Haji & Umrah keluaran TH, mukasurat 185. Soalan: Adakah terdapat mana-mana mazhab membolehkan kaum lelaki dan wanita bercampur dalam satu saf di Masjid Al Haram. Jawapan: Tidak terdapat mazhab yang mengharuskan walaupun dalam Masjid Al Haram. Apa yang berlaku itu adalah kerana terpaksa dan di luar kawalan. Oleh itu para jemaah dari Malaysia jangan buat perkara ini.

Kelima: Bersolat di laluan Safa-Marwah (laluan Sa’ie). Ramai jemaah bersolat di laluan Sa’ie ini dan perlu diingatkan bahawa laluan ini tidak termasuk dalam Masjid. Oleh itu bersolat di laluan ini tidak dapat pahala iktikaf (sesuatu yang amat rugi).

Keenam: Masalah tawaf Wada’. Diharapkan para jemaah memberi perhatian kepada penerangan yang diberikan oleh pembimbing yang ada di Maktab masing-masing. Terdapat kisah dimana berlaku para jemaah balik ke bilik di Maktab dan TIDUR dalam bilik itu selepas tawaf wada’. Keadaan ini mengakibatkan pelakunya dikenakan dam. Oleh itu para jemaah hendaklah sentiasa hadir mendengar penerangan yang diberikan oleh pihak Maktab sebelum sesuatu pergerakan mengerjakan haji dijalankan. Untuk makluman bakal hujaj sekelian pihak TH (Maktab) sentiasa mengadakan penerangan umpamanya sebaik sampai ke maktab dari Jeddah atau Madinah sebelum melakukan tawaf Qudum atau tawaf dan sa’ie umrah (Haji Tammato’), sebelum wukuf atau selepas kembali dari Mina dan untuk mengerjakan tawaf wada’. Oleh itu bakal hujjaj hendaklah pergi menedengar penerangan yang diberikan

Ketujuh: Sebelum ke Tanah Suci pastikan fizikal kita kuat terutama kemampuan berjalan kaki. Cuba fikirkan setiap hari kita akan berulang alik ke Masjidil Haram sekurang-kurangnya tiga kali pergi balik iaitu pergi sebelum subuh dan balik. Pergi sebelum zohor dan balik serta pergi sebelum asar dan balik ke Maktab selepas isyak. Jarak biasanya 800 meter sehala. Setiap hari kita terpaksa berjalan sejauh 4.8 km.  Kalau kita bersa’ie perjalanan, jarak antara Safa ke Marwah ialah 420 meter oleh itu jarak bersa’ie selengkapnya ialah 2.94 km. Bertawaf pula kalau bertawaf di dataran Kaabah mungkin jaraknya dekat mungkin untuk tujuh kali keliling memakan jarak 1.0 km tetapi kalau bertawaf di tingkat satu, satu pusingan ialah 780 langkah atau 400 meter. Kalau tujuh pusingan sudah hampir 3.0 km. Fikirkan pula setiap hari kita kena berjalan tujuh kilometer untuk melontar jamrah iaitu hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Oleh itu bakal haji hendaklah bersedia dari segi fizikal bagi melaksanakan ibadah haji itu.

Semoga bakal haji sekelian membuat persediaan yang cukup dari segi ilmu dan ketahanan fizikal. Sekian TK.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: