Skip to content

Perjalanan Haji 2

Disember 24, 2010

Seperti yang sudah saya maklumkan sebelum ini, aku bersama isteri menaiki pesawat penerbangan KT 57  yang bertolak dari KLIA ke King Abdul Aziz International Airport (KAAIA), Jeddah pada 26 Oktober 2010 jam. Penerbangan menggunakan Saudia Airline. Melapur diri jam 11.00 malam di Kelana Jaya. Proses check in dibuat pada jam 12.30 pagi, selepas taklimat kami menaiki lapan buah bas dari Kelana Jaya ke KLIA. Kapal terbang berlepas jam 6.00 pagi. Semasa berlepas dari KLIA malah semenjak di Kelana Jaya lagi kami mengenakan pakaian ihram umrah atau ihram haji (bagi yang melakukan haji ifrad). Aku memakai ihram di rumah anak aku di Gombak. Di dalam penerbangan kami melakukan niat umrah atau haji sebelum melintasi miqat (Qarnul manazil). Ini adalah merupakan rukun umrah (niat) dan wajib umrah (berniat di miqat).

Sesampainya di Jeddah, aku dapati persekitaran lapangan terbang KAAIA sangat berbeza berbanding 20 tahun yang lalu. Kini KAAIA aku dapati lebih besar berbanding dahulu. Setelah mengumpulkan bag bagasi, aku menunggu isteri ku yang ke bilik air dan setelah itu menolak troli ke bahagian kastam untuk membuat imbasan terhadap semua bag yang dibawa. Kalau dahulu bag perlu dibuka untuk ditunjukkan kandungan kepada pegawai Arab Saudi tetapi kini mereka hanya membuat scanning sahaja. Oleh itu tak banyak soal jawab terhadap apa yang kita bawa dari Malaysia. Oleh itu jemaah bolehlah bawa bahan makanan seperti serunding, sambal, ikan bilis goreng, rendang dan sebagainya. Tetapi janganlah bawa DADAH pula. Masa yang agak lama diperlukan untuk urusan pasport antarabangsa sebagai tanda kemasukan kami ke Negara Saudi Arabia. Urusan immigerasen ini agak cekap kerana menggunakan teknologi moden.

Setelah itu bag-bag kami akan diangkut oleh petugas khas untuk dibawa ke bas yang sedia menunggu di kawasan tempat menaiki bas Malaysia, bersebelahan tempat menunggu bas Indonesia. Jemaah haji Malaysia duduk menunggu arahan dari pihak Tabung Haji dan Muasasah Asia Tenggara untuk keberangkatan ke Makkah atau ke Madinah. Jam 11.30 pagi 26 Oktober 2010, kami dikumpulkan mengikut nombor bas yang ditetapkan. Aku menaiki bas nombor 7 yang akan berangkat ke Makkah. Hampir 12.00 tengah hari, ketika kami dalam bas, makanan tengahhari diedarkan kepada para jemaah. Kami juga diarahkan untuk berniat solat Jamak Takakhir yang bakal dibuat apabila sampai ke Maktab di makkah. Bas bergerak meninggalkan Jeddah dan sampai ke Makkah ketika masuk waktu asar (3.15 petang).

Kami dibawa ke Janadryiah yang menempatan Maktab 72, 73 dan 74 juga merupakan ibu pejabat Tabung Haji di Makkah. Semua kelengkapan yang dikelolakan oleh TH ada di Janadryiah yang jarak rasminya dari pintu Marwah di Masjid Al Haram ialah 800 m. (Jarak tak rasmi ialah 1.2 km). Aku mendiami bilik B928, iaitu di tingkat sembilan. Isteri dan kakak aku di bilik B929, bilik bersebelahan. Ketika aku menunaikan fardhu haji tahun 1990 dahulu aku tinggal di tingkat 5, sebuah bangunan antara Masjid Kuching dengan pintu bab Osman di Marwah. Bangunan itu sudah tiada lagi. Semua bangunan antara Masjid Kuching dengan Marwah sudah tiada masa kini. Yang ada hanyalah kontena menempatan para pekerja bangunan tambahan Masjid Al Haram dari Syarikat Saudi Ben Laden corporation serta satu bangunan sementara dua tingkat.

Pukul 9.00 malam, kami berkumpul semula di lobi tingkat 9, untuk diberikan taklimat berkaitan dengan tawaf dan sa’ie. Bagi yang membuat haji tammato’ akan melakukan tawaf dan sa’ie umrah dan bagi yang melakukan haji ifrad akan melakukan tawaf qudum (tawaf selamat datang). Dalam kumpulan kami KT57, hanya seorang sahaja yang melakukan haji ifrad yang lain membuat haji tammato’. Ada juga rakan yang biasa datang ke Makkah atau yang baru buat umrah beberapa bulan yang lalu, mereka tak pergi mendengar taklimat sebaliknya terus ke Masjid Al Haram melakukan tawaf dan sa’ie. Selesai tawaf dan sa’ie, kami mengunting rambut untuk bertahlul. Selepas itu kami tak perlu lagi berihram atau telah keluar dari keadaan berihram yang mempunyai 13 perkara pantang larang yang perlu dipatuhi. Aku selamat melakukan tahlul pukul 12.00 malam dan kembali ke hotel kediaman iaitu di Janadryiah. Esoknya aku menyusun jadual program beribadah sementara menunggu hari wukuf sekitar 19 hari dari hari aku sampai di Makkah. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: