Skip to content

Perjalanan Haji 3

Disember 27, 2010

Dua puluh hari menunggu wukuf, aku mengisi hari-hari yang berlalu, semenjak itu, yang dirasa sangat cepat dengan jadual yang ketat. Matlamat utama ke Makkah ialah untuk memperbanyakkan amalan ibadat khusus atau perjalanan hidup setiap hari mesti dipenuhi dengan amalan ibadah khusus. Setiap hari aku dan isteri berulang alik ke Masjid Al Haram sebanyak tiga kali. Sebelum subuh dan balik selepas solat subuh, Sebelum Zohor dan balik selepas solat zohor. Sebelum Asar dan balik selepas isyak.

Jarak sehala perjalanan ialah lebih kurang 1 km dari Janadryiah ke pintu Al Marwah.  Pergi balik akan melalui jarak 2 km. Oleh itu mesti berjalan sejauh enam kilometer setiap hari untuk pergi balik dari tempat penginapan ke pintu masjid. Masjid Al Haram sangat besar. Untuk mendapatkan tempat solat terpaksa berjalan lagi lebih kurang setengah kilometer dalam masjid.

Sementara menanti waktu solat subuh aku akan melakukan solat tahajud, solat tasbih, solat hajat, solat taubat dan solat witir. Sebelum azan subuh aku melakukan solat sunat fajar. Kalau masih ada masa terluang aku akan membaca Al Quraan. Selepas solat subuh biasanya aku tidak menunggu lama di Masjid kerana aku perlu balik ke Hotel di Janadryiah untuk makan pagi dan berihat atau mengisi aktiviti lain yang akan diceritakan dibawah nanti.

Waktu zohor ialah 12.06 minit tengahari. Pukul 10.30 pagi aku bersama isteri akan berjalan kaki ke Masjid yang memakan masa lebih kurang 15 ke 20 minit. Sewajarnya sesampai ke masjid, para jemaah boleh membuat tawaf sunat tetapi aku tak mampu kerana ahli jemaah semakin menghampiri hari wukuf semakin ramai. Oleh itu aku sekadar bersolat tahyatul masjid sahaja dan membuat solat dhuha. Setelah itu aku akan membaca Al Quraan, berzikir atau berdoa sahaja sehinggalah sampai solat zohor.  Selepas zohor aku akan bersegera kembali ke hotel untuk makan tengahari.

Asar masuk pukul 3.15 petang. Pukul 2.15 petang sekali lagi aku berjalan kaki ke masjid untuk bersolat asar berjemaah. Selepas solat asar aku membaca Al Quraan atau tidur… di masjid sementara menunggu solat maghrib atau membuat ziarah di dalam masjid yang luas itu atau pergi ke kawasan dataran berhampiran bab al Umrah atau bab Abdul Aziz melihat-lihat kesibukan jemaah di dataran  Safa. Maghrib masuk pukul 5.35 petang dan isyak masuk pukul 7.10 malam. Biasanya aku akan membaca wirid-wirid tertentu selepas solat maghrib atau membaca Al Quraan. Selepas solat isyak aku akan kembali ke hotel untuk makan malam dan berihat. Itulah antara rutin seharian sebelum wukuf yang ditetapkan pada 9 Zul Hijjah (15 November 2010).

Ada masanya aku akan membuat umrah sunat. Walaupun perkara ini tidak digalakkan oleh pihak Pengurusan Tabung Haji (TH), takut para jemaah penat sebelum wukuf, tetapi aku melakukannya sebanyak tiga kali diwaktu malam. Aku pergi ke Tanaim untuk bermiqat di tanah halal dan kembali ke Masjid Al Haram untuk melakukan tawaf, sa’ie serta bertahlul. Biasanya aku ke Tanaim jam 9.30 malam dan kembali ke Masjid Al Haram jam 10.30 malam, terus melakukan tawaf, sa’ie dan bergunting. Acara ini akan siap jam 12.30 pagi. Kembali ke Janadryiah berjalan kaki.

Ada beberapa perkara yang patut menjadi perhatian para jemaah yang akan ke Makkah di musim haji akan datang. Antaranya ialah kononnya para jemaah tidak digalakkan bersolat jemaah di Masjid Al Haram seminggu sebelum wukuf. Kononnya mereka mendapat SMS dari pegawai TH mengingatkan mereka tentang perkara ini. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka mendapat nasihat dan peringatan itu dari Ustaz yang memberikan ceramah haji bersiri di Malaysia dahulu. Untuk menghilangkan keraguan yang timbul akibat berita ini aku bertanyakan seorang pegawai TH. Pegawai itu berkata bahawa perkhabaran itu mengarut semuanya. Apa yang ada ialah peringatan tentang kesihatan para jemaah haji. Kalau kesihatan mereka tidak mengizinkan patutlah mereka tidak ke masjid tetapi kalau mereka sihat apa salahnya mereka berusaha mendapatkan pahala berjemaah dan beriktikaf di Masjid Al Haram.

Aktiviti selain ibadat juga berlaku, umpamanya bershopping di kedai-kedai yang terdapat di sepanjang jalan dari hotel ke masjid (tawaf kidai – istilah yang biasa digunakan). Perkara ini digalakkan lagi oleh adanya perkhidmatan pos dari Makkah atau Madinah ke Malaysia dan kemudahan mengeluarkan wang yang disediakan oleh pihak TH. Ada jemaah yang menggunakan wang sehingga SR 4000.00 (Empat ribu Saudi Riyal) untuk membayar perkhidmatan pos sahaja. Agaknya berapalah pula harga barangan yang dihantar. Diharapkan bakal jemaah haji, jangan jadikan perkara ini yang utama ketika melakukan ibadat haji akan datang. Aku dan isteri tidak ketinggalan membuat aktiviti ini tetapi tidaklah banyak sangat, sekadar ikut kemampuan dan keperluan sahaja.

Dalam hal membeli barangan ini, para peniaga yang ada, sentiasa memuji orang Malaysia kerana mereka tahu orang Malaysia berbelanja lebih berbanding orang negara lain. Kata mereka “Malaysia Bagus”. Menurut perangkaan dari TH, para jemaah haji Malaysia tahun 2009 telah mengeluarkan wang dari TH di Makkah dan Madinah sebanyak 90 juta SR, agaknya tahun 2010 ini mungkin lebih 100 juta RM.

Itulah sebahagian kesah perjalanan haji aku sebelum wukuf. Sekian TK

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: