Skip to content

Perjalanan Haji 6

Januari 6, 2011

Maaf kerana lambat membuat kiriman baru. Aku tidak berkesempatan untuk membuat kemaskini kerana menghantar anak ke KIDU di Pokok Sena, Kedah dan sebelum itu pergi mengziarah anak cucu di Kuala Lumpur.

Kembali kepada Perjalanan Haji yang aku lalui. Selama empat hari empat malam bermusafir di Muassim dan ke Mina melontar jamrah memungut pengalaman yang agak selesa. Ada orang yang tak selesa tinggal bermusafir di Mina. Kata mereka hidup agak susah, ada pula yang kata OK sahaja, not a big problem. Sebenarnya ia bergantung kepada “jenis manusia” yang membuat cerita. Bagi orang yang hidupnya sentiasa ‘mewah’, ada rumah mewah, kereta mewah, isteri atau suami mewah, sahabat mewah memanglah hidup bermusafir di Mina menjadi susah. Kalau manusia yang berkesah cerita itu orang yang yang hidupnya berpada pada yang ada, bersifat rela dan redha atas apa yang terjumpa maka ceritanya penuh berbeza.

Bagi aku dan isteri, kami merasakan bermusafir di Mina tidak menyusahkan, malah ada ketikanya agak menyeronokkan. Sekembali dari melontar jamrah Al Kubra pada 10 Zulhijjah, aku merancang untuk berihat. Pagi 10 Zulhijjah, aku melelapkan mata sebentar sebelum mengintai bilik mandi sama ada, ada ruang untuk mandi atau orang masih ada mandi manda. Aku dapati orang masih ramai. Apa yang pelik ialah yang menggunakan bilik mandi yang terhad itu bukan orang Malaysia sahaja tetapi terdapat juga orang dari China, India, Pakistan, Thailand  malah dari Afrika pun ada!!!

Rakan-rakan dari Malaysia khususnya dari Maktab 73 mengatakan mereka itu menyusup masuk di bawah pintu pagar dekat bilik air itu. Sememangnya bilik air Maktab 73 adalah berhampiran dengan jalan utama di Muassim, Jalan 613. Lubang di bawah pintu pagar itu memang tinggi. Kami berpakat untuk menutup lubang itu dengan tong-tong air usang yang terdapat dekat pintu pagar. Kami susun tong-tong itu untuk menutup lubang di bawah pintu pagar menggunakan dua tingkat tong air kosong. Dua jam berlalu selepas itu kami dapati bilik air kami diceroboh lagi. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membuat dinding menggunakan dua lapis tong dan setiap tong diikat antara satu dengan lain menggunakan tali nylon. Alhamdulillah kubu kami tak diceroboh lagi. Kami dapat menggunakan bilik air untuk mandi dan buang air besar serta kecil dengan lebih selesa, masa menunggu giliran dapat dipendekkan.

Setelah selesai mandi aku berihat lagi sambil membaca beberapa zikir terpilih, solat dhuha dan membaca Al Quraan. Waktu zohor masuk kami solat zohor jamak tamam denga solat asar. Kemudian makan tengahari apabila makanan diedarkan oleh petugas Muasassah. Selepas makan tengahari hingga solat maghrib adalah masa yang agak panjang. Bagi mereka yang belum melontar jamrah Al Kubra, meraka dibawa ke jamrah. Para petugas TH akan bertanya kepada para jemaah dari kemah ke kemah perihal melontar jamrah pada 10 Zulhijjah ini.

Satu pemandangan yang agak bitara ialah terdapatnya tukang cukur rambut yang menabur khidmat untuk mencukur rambut mereka yang mahu bercukur sempena selesainya mereka bertahallul awal. Bayaran sekadar SR 5 sahaja. Istilah yang diguna di Mina ialah “pangkas rambut”. Saudara yang membuat cukuran rambut itu sememangnya tukang gunting profesional ketika di Malaysia. Pendapatan beliau selama tiga hari itu agak lumayan juga. Aku tak dapat kesempatan untuk bercukur rambut di Muassim. Aku hanya bercukur sekembalinya ke Makkah dengan bayarannya SR 15.

Petang 10 Zulhijjah itu isteri aku ajak berjalan-jalan sekitar Maktab 73. Memang betul pendapat yang mengatakan dimana ada manusia disitu ada orang berniaga. Ramai peniaga ditepi jalan disekitar kemah-kemah di Muassim. Orang Malaysia adalah pembeli utama. Baru aku faham mengapa Ustaz Pembimbing memesan agar pergi wukuf nanti bag diisi separuh sahaja dan dia pasti bila balik ke Makkah nanti bag akan penuh atau bertambah jadi dua. Aku sempat juga membeli sehlai kain serban….

Seusai solat maghrib jamak dengan isyak secara tamam, kami makan malam dan sesudah itu buatlah aktiviti sendiri. Aku tidur awal sebab nak bangun pagi supaya dapat buat Qiamulail. Sebelum tidur sempat juga pekena mee segera yang sememangnya dibekalkan oleh Muassasah.

Aku memang bangun awal, 3.00 pagi. Pergi mandi, orang tak ramai. Dapat mandi dengan selesa… Balik ke kemah solat tahajud, tasbih, hajat dan witr. Baca Quraan sambil menanti solat subuh secara berjemaah. Aku pergi melontar untuk hari ke 11 Zulhijjah. Melontar tiga jamrah, (sughra, wusta dan kubra). Tempat melontar yang besar itu memudahkan proses melontar. Manusia hanya ramai dipermulaan jamrah, manakala dihujung jamrah orang tiada. Pilihlah tempat yang sesuai. Selesai melontar berjalan balik. Jam 8.00 pagi sudah sampai di kemah. Sarapan pagi, rihat dan tidur sebentar. Ambil wuduk, solat dhuha, wirid dan zikir, berdoa dan baca Quraan sehingga letih. Berjalan sekeliling kemah sambil ziarah rakan dan sahabat.

Begitulah rutin yang aku lakukan setiap hari (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Hanya pada 13 Zulhijjah kami bersedia untuk balik ke Makkah. Kemah aku ditetapkan untuk menaikai bas agak lewat. Walau pun sebenarnya ada yang balik awal. Aku hanya menaiki bas setelah solat zohor. Hari itu jumaat, kami tak dapat berjumaat, solat zohor sahaja. Jam 1.00 petang kami menaiki bas balik ke Janadryiah di Makkah. Jam 2.00 petang sudah sampai di bilik. Perjalanan hanya mengambil masa 50 minit sahaja.

Alhamdulillah selesai sebahagian dari kerja haji. Tinggal lagi belum tawaf ifadhah dan sa’ie haji. Insya Allah akan dinukilkan pada kiriman berikutnya. Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: