Skip to content

Rakanku Imam Juru Nikah

Januari 8, 2011

Pada 3 dan 4 Januari 2011 yang lepas, aku berada di Kedah. Isteri berasal dari Kedah, jadi kami ke sana untuk bertemu saudara mara di Kepala Batas, Jitra dan menghantar anak mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Sempatlah berjumpa beberapa orang mak saudara, adik beradik dan anak-anak saudara.

Aku memang mempunyai beberapa orang rakan di Alor Star, Kedah. Rakan semasa belajar, rakan semasa bekerja serta kenalan semasa menjadi guru. Sebahagiannya sudah bersara. Mana-mana rakan yang dapat aku hubungi maka akan aku hubungi tetapi mana-mana yang aku tidak ada kaedah menghubungi, aku minta maaf kerana tidak dapat menghubungi.

Semasa nak mencari tempat meletak kereta di Medan Letak Kereta dekat CIMB Alor Star, dekat Pekan Rabu aku nampak sahabat lama aku berjalan menunju ke kedai menjual peralatan Haji. Aku panggil beliau sambil meletakkan kereta di satu petak kosong depan CIMB.

Setelah bertanya khabar, berbasa basi, aku di maklumkan bahawa dia telah bersara wajib pada umur 58 tahun. Sememangnya sahabat aku ini lebih tua dari aku. Aku kenal dia semasa dia menjadi Jawatan Kuasa Orientasi (JKO) ketika aku freshie di UPM tahun 1974 dahulu. Dia seperti aku mengikuti pengajian Diploma Sains dengan Pendidikan. Masa aku freshie dia sudah tahun tiga.

Semasa aku menyambung Ijazah Bacelor Sains (Kepujian) di UPM tahun 1985 dia masuk ke UPM menjadi junior aku. Aku membuat pengkhususan Biologi dia buat pengkhususan Fizik. Kemudian kami keluar mengajar. Akhirnya beliau menjadi Pengetua di Kedah. Kami selalu berjumpa di majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia setiap tahun semenjak tahun 1999. Oleh itu persahabatan kami berterusan. Akhir tahun lepas dia bersara. Duduk di kampung sendiri.

Dia ke kedai peralatan Haji untuk mencari kopiah (lebai) dan kain serban. Dia memaklumkan kepada aku bahawa dia dilantik sebagai Imam masjid kampungnya sekali gus bertugas sebagai Juru Nikah. Bagi aku ini satu perkara yang boleh dibanggakan oleh UPM kerana berjaya melatih guru Fizik menjadi Imam Masjid dan Juru Nikah yang memang tidak dikuliahkan di UPM. Ini sebenarnya adalah hasil gerakan dakwah yang diamalkan oleh siswa dan siswi UPM ketika itu. Siswa dan siswi yang bergerak dalam gerakan dakwah sempat menghirup ilmu dan amal yang akhirnya berguna untuk masyarakat dalam bidang agama. Oleh itu ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Prof Ariffin Suhaimi (Pak Pin), Haji Ahmad Johari Moen, PMIUPM dan rakan-rakan pendakwah yang membimbing kami agar sedar tentang amalan Islam sejak dari universiti lagi.

Aku ucapkan tahniah kepada sahabat aku Tuan Haji MZ yang menyambung tugasnya sebagai Imam dan Juru Nikah. Sudah pasti dia akan mengajar di masjid, bukan mengajar Fizik tetapi mengajar bab dan perkara yang berkaitan agama. Syabas Tuan Haji MZ. Semailah bakti kepada anak-anak kariah semuga kesedaran memahami dan mengamalkan Islam terus bersemarak.

Sekian, kiriman kali ini akan disusul dengan Perjalanan Haji 7, TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: