Skip to content

Ziarah Madinah

Januari 17, 2011

Pagi 29 November 2010, jam 2.30 pagi kami pergi melakukan tawaf wada’ seperti yang diarahkan oleh Pengurusan Tabung Haji di Janadryiah. Sebelum itu jam 1.00 pagi barang-barang kami telah diturunkan ke Surau Maktab di Janadryiah. Aku kembali ke Janadryiah jam 4.15 pagi dan terus duduk di Surau kerana tidak boleh lagi balik ke bilik kecuali untuk mengambil barang yang tertinggal atau membuang air besar atau air kecil. Bagi aku dan isteri, tiada lagi barang yang tertinggal dalam bilik dan kalau nak buang air besar atau air kecil boleh dilakukan di bilik air Maktab ditingkat bawah.

Bila waktu subuh masuk, kami lakukan solat subuh secara jemaah di surau tempat kami menunggu bas iaitu di basement Hotel Janadryiah. Aku menaiki bas nombor 6. Jam lapan pagi, seusai makan pagi, malah makan pagi lebih awal bas datang serentak, sebanyak 10 buah. Dua buah bas untuk KT 58 dan Lapan buah bas untuk KT 57. Aku naik bas nombor 6 bagi KT 57. Bas kami bertolak meninggalkan Janadryiah jam 10.00 pagi.

Masuk waktu zohor, jam 12.10 minit kami berhenti di satu RnR. Kami solat jamak-qasar zohor dan asar disebuah masjid di RnR berkenaan. Selepas itu aku pergi membeli nasi arab di kedai yang berhampiran dan makan dalam bas. Nasi yang berharga 15 SR itu cukup untuk dimakan oleh dua atau tiga orang.

Pemandu bas bukan orang tempatan tetapi orang arab dari Syira. Lebih kurang satu jam berihat, kami meneruskan perjalanan ke Madinah. Sebelum sampai ke Madinah kami berhenti di dua tempat lagi. Perhentian pertama kerana bas mengisi minyak dan perhentian kedua pemandu nak merokok. Kami sampai di Hotel al Haram Madinah lima minit sebelum azan maghrib. Dalam sibuk itu aku tak sempat untuk mendapatkan jemaah maghrib di Masjid Nabawi. Setelah mandi dan istirehat sebentar aku ke Masjid Nabawi yang jaraknya hanya 50 meter dari hotel untuk bersolat isyak. Aku pergi dengan isteri. Sebelum aku masuk ke Masjid aku tunjukkan pintu yang patut dilalui oleh wanita dan isteri aku memasuki pintu berkenaan untuk bersolat, manakala aku memasuki pintu lain untuk ke Masjid.

Sudah tentu berbeza. 20 tahun yang lalu bangunan tambahan masjid Nabawi ini sedang dibina. Dulu aku hanya tahu Babusalam dan babubaqi’. Itu dua pintu dibahagian hadapan masjid. Pintu yang aku masuk ini pintu bahagaian belakang. Walau bagaimana pun aku masih dapat mengenalpasti ruang lapang kebun kurma Rasulullah SAW, yang kini sudah beratap payung besar. Di tepi kanan ruang itulah aku selalu bersolat waktu maghrib dan isyak 20 tahun yang lalu. Aku mendapatkan tempat itu untuk menunggu solat isyak. Solat jemaah pertama dalam perkiraan aku. Kita digalakkan mendapatkan 40 kali solat jemaah sepanjang bermusafir di Madinah.

Selesai solat isyak, kami balik ke hotel untuk makan malam. Kemudian balik ke bilik 701 di tingkat tujuh. Setelah mencari bag pakaian yang di hantar oleh pekerja hotel ke satu tempat di tingkat tujuh aku masuk ke bilik dan berkenalan dengan rakan sebilik yang baru. Kami tinggal berlima. Tiga darinya adalah rakan yang baru aku kenal dari Batu Pahat, Johor. Seorang adalah bekas pegawai bank, seorang lagi businessman dan seorang lagi ialah pensyarah MMU.

Aku tak perlu berjaga lama kerana pagi esok ada program yang dianjurkan oleh pehak TH. Program ziarah dalaman iaitu ziarah ke Masjid Nabawi, ziarah makam Rasulullah, mengetahui dimana Raudhah, mengtahui program di Baqi’ dan tempat-tempat yang tertentu di sekitar masjid Nabawi. Hari berikutnya ialah program ziarah keluar, ke Masjid Quba’, Makam Suhada Uhud, Masjid Tujuh, melawat kebun kurma dan juga masjid Qiblatain.

Sehingga kiriman berikut Ziarah Dalam dan Luar, sekian TK.

 

One Comment leave one →
  1. Ijam permalink
    Januari 19, 2011 2:35 pm

    Salam Pak Itam,

    Sahabat Pak Itam dan juga Bekas Pengetua Saya..Cik Gu Sahari Kasmi was passway on 18 January 2011. Al fatihah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: