Skip to content

Madinah!!

Januari 20, 2011

30 November 2010, inilah hari permulaan bagi kami dari KT57 ‘meronda’ Madinah. Ronda-ronda Madinah ini telah diprogramkan oleh pihak Tabung Haji kepada semua para jemaah haji. Hari pertama ialah ronda dalaman dan hari kedua ronda luar, manakala hari ketiga hingga kelapan buatlah rondaan sendiri. Bagi ronda ketiga ini, ia tidak diprogramkan oleh TH, itu buatlah atas jadual sendiri.

Hari pertama: 30 Nov 2010, aku bangun awal, 3.00 pagi. Bersama isteri kami ke masjid Nabawi. Aku menuju ketempat yang biasa aku bersolat. Sambil itu meninjau keadaan di Raudah. Jemaah terlalu ramai. Bagi aku, kalau tak dapat masuk Raudah aku tak ralat sangat kerana 20 tahun yang lalu setiap pagi ketika aku berada di Madinah aku berkesempatan bersolat subuh di Raudah, membaca Quraan, membuat solat sunat bermula 3.30 pagi hingga ke solat subuh. Walau pun begitu hati itu tetap juga ingin memasuki Raudah. Alhamdulillah, dapat juga aku berkesempatan tiga kali memasuki Raudah sepanjang aku di Madinah kali ini.

Seusai solat subuh, aku terpaksa balik segera ke hotel kerana jam tujuh pagi kami dikehendaki berkumpul di depan hotel untuk dibawa ziarah dalaman. Program ziarah dalaman bertujuan memperkenalkan kepada jemaah tempat-tempat tertentu di sekitar Masjid Nabawi. Kami diberikan taklimat tentang tempat yang bakal dilawati.  Pintu babus Salam, babu Baqi’, makam Rasulullah SAW dan dua sahabat baginda (Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar), pintu masuk khas bagi wanita dan juga perkuburan Baqi’.

Setelah ziarah ketempat-tempat itu dibuat kami balik ke bilik masing-masing. Bagi jemaah wanita mereka terus dibawa ziarah ke makam Rasulullah SAW serta memasuki Raudah. Bagi lelaki terpulanglah bila nak buat ziarah dan masuk Raudah. Aku balik ke bilik dan membuat persediaan ke masjid sambil menunggu solat zohor. Selepas isyak ada taklimat dari pengurusan TH dan ceramah berkaitan ziarah luar sekitar bandar Madinah.

Hari Kedua: 1 Disember 2010. Kami buat ziarah luar. Sekali lagi kami berkumpul jam 7.00 pagi, kali ini menaiki bas untuk ziarah Masjid Quba’, Makam Suhada Uhud, Kebun Kurma, Masjid Tujuh dan Masjid Qiblatin. Setiap bas ada pemandu pelancungnya. Pemandu pelancung bas yang aku naiki ialah seorang anak muda dari Besut, Terengganu yang masih menuntut di Universiti Madinah. Amirul bin Mat Rawi, nama anak muda yang menjadi pemandu pelancung kami, yang aku kira sebagai seorang yang berjaya memberi penerangan yang agak baik ketika kami melawat beberapa tempat. Sambil menjadi pemandu pelancung dia juga menjadi juru jual kepada beberapa produk dari Madinah.

Kepada bakal jemaah haji atau umrah, perlu diingatkan kalau hendak ke Masjid Quba’, ambillah wuduk di hotel tempat kita menginap dan terus ke Masjid Quba’. Solatlah dua rakaat di masjid itu. Ada hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa barangsiapa berwudu’ di rumahnya kemudian dia bersolat dua rakaat di Masjid Quba’, maka mendapat ia pahala satu pahala umrah.

Hari ketiga – lapan: Ziarah sendiri. Ziarah ini ialah berjalan keliling bandar Madinah, terutama sekitar Masjid Nabawi, juga jangan lupa ke pasar kurma. Ziarah ini biasanya berkait dengan aktiviti shopping oleh-oleh yang hendak dibawa pulang. Kalau terlebih berat dari had yang dibenarkan (30 kg setiap orang), barang-barang itu bolehlah dihantar ke Malaysia menggunakan perkhidmatan pos laju Malaysia. Poslah buah kurma banyak-banyak. Jubah dan abaya berbagai gaya dan harganya lebih murah dari Makkah. Ini bergantung kepada cukup duit atau tidak.

Kalau nak makan, selain dari makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan TH/Muasassah,  bolehlah mencari foodcourt yang ada tak jauh dari hotel Al Haram, Madinah. Gulai tempoyak tak adalah tetapi aneka makanan dari Indonesia itu ada banyak… Harapnya dimasa hadapan ada badan koperat dari Malaysia membuka business makanan di Madinah… kerana orang Malaysia akan ziarah Madinah sepanjang tahun dan jangan lupa ajar tok arab makan tempoyak, belacan, cincalok atau budu. Kalau itu keadaannya pasti akan laku menu yang disajikan dari Malaysia.

Aku sempat juga membuat ziarah persendirian, iaitu pada hari ke tujuh selpas solat asar aku dapat menziarah perkuburan Baqi’, Aku dapat melihat bagai mana kubur di susun, ada kubur yang baru digali, menunggu mayat untuk di masukkan ke liang lahadnya. Aku sempat mengambil beberapa gambar foto. Aku juga sempat menaiki bahagian atas Masjid Nabawi di mana terdapat banyak ruang solat. Sekiranya ruang solat tidak cukup di tingkat bawah, naiklah ke tingkat atas dengan melihat pemandangan persekitaran bandar Madinah yang cantik.

Setelah berakhir lapan hari mendiami Madinah, tiba waktu untuk balik Malaysia seperti yang diceritakan dalam kiriman “KEMBALI”. Sekian kiriman untuk kali ini. TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: