Skip to content

Fikir Awal Tahun

Januari 26, 2011

Kalau cikgu, agak-agaknya apa yang difikir awal tahun ni? Kalau dia seorang guru yang komited kepada kerjanya sebagai guru sudah pasti dia fikir tentang bagaimana nak bantu anak muridnya belajar. Dia juga akan fikir bagaimana nak jadikan anak muridnya manusia yang taat kepada perintah Tuhan, taat perintah ibubapa dan juga taat perintah guru-gurunya.

Ada dua perkara, pertama ajar kedua didik. Kalau nak ajar ertinya nak pindahkan pengetahuan dan maklumat dari buku dan minda guru kepada minda murid. Ada kaedah-kaedah yang tertentu. Kalau nak didik agar menjadi manusia yang berakhlak juga ada kaedah-kaedahnya. Kiriman kali ini aku lebih tumpukan kepada kaedah mengajar dan pendekatan mengajar agar anak murid jadi orang yang bermaklumat dan berpengetahuan.

Terdapat berbagai pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar dan berikut disenaraikan kaedah dan pendekatan yang disarankan bagi kegunaan guru dalam bilik darjah:

1.  Inkuiri-penemuan
2.  Konstruktivisme
3.  Sains, Teknologi dan Masyarakat
4.  Pembelajaran Kontekstual
5.  Pembelajaran Masteri
6.  Pembelajaran Akses Kendiri
7.  Pelbagai Kecerdasan
8.  Kajian Masa Depan
9.  Belajar  Cara Belajar
10. Active Learning Approach
11. Pembelajaran Kooperatif
12. Penilaian Kendalian Sekolah (PBS)
13. Kemahiran Berfikir
Inilah antara 13 pendekatan yang disarankan bagi kegunaan para guru. Sebahagiannya telah diterangkan dalam kiriman terdahulu. Sebahagiannya masih belum dibuat penerangan. Kiriman ini juga merupakan ulangkaji dan ingatan kepada para guru bilik darjah untuk membuat perancangan P&P mereka juga sebagai pencerahan kepada yang belum tahu. Kepada para pentadbir sekolah, Guru Besar, Pengetua dan Penolog Kanan Kurikulum, senarai yang diberi ini menambahkan senarai semak untuk mengesan ketrampilan dan kopetensi para guru dibawah kawalan. Oleh itu gunakan semuanya untuk kebaikan bersama.
Insya Allah kalau ada masa aku akan buat penerangan bagi pendekatan yang belum diterangkan sebelum ini. Aku juga rasa perkara ini penting diketahui oleh guru-guru pelatih di Universiti atau Institut Perguruan. Senarai ini pun jarang didedahkan kepada umum. Senarai ini juga boleh ditambah lagi untuk menunjukkan bahawa para guru mengetahui cara mengajar yang betul dan tepat.
Apa yang lebih penting ialah bukan sekadar tahu senarai pendekatan sahaja tetapi hendaklah dicuba dan dialami cara melaksanakannya. Itulah pengalaman yang akan mematangkan seseorang guru. Setelah pengalaman itu sudah sebati dengan pengetahuan maka bolehlah ianya dikongsi bersama demi kebaikan bersama. Kutiplah hikmah yang dijumpai dimana sekali pun kerana ia merupakan perkarang yang hilang dari tamaddun manusia Muslim.
Sekian kiraiman singkat bagi permulaan tahun dan sesi pengajaran di sekolah. TK

 

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: