Skip to content

Tujuan Umum Pendidikan

Februari 23, 2011

Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam menggariskan tujuan Umum pendidikan kepada tiga perkara iaitu: Membenteras kejahilan tentang hakikat agama Islam; Mendidik agar jangan terlalu cintakan dunia dan membenci mati dan; Memberikan kefahaman tentang tujuan asal mengapa manusia dicipta oleh Allah SWT.

Untuk membenteras kejahilan tentang hakikat agama Islam, pengarang telah menyebut supaya kaum muslimin mengenal dan faham bahawa Islam itu adalah agama kekuatan berdasarkan ayat Quraan Surah Al Anfal:60 “Persiapkanlah diri kamu untuk mereka apa yang termampu dari kekuatan.” Kaum Muslimin mesti mengenal dan faham bahawa Islam itu adalah agama ilmu pengetahuan: Ilmu agama dan ilmu dunia sama penting. Kaum muslimin mesti mengenal dan faham bahawa Islam mengistiharkan manusia itu adalah Khalifah Allah di muka bumi ini. Kaum muslimin hendaklah mengenal dan faham bahawa Islam menganggap manusia bertanggungjawab atas akal fikirannya, bertanggungjawab atas segala derianya. Kaum muslimin mesti mengenal dan faham bahawa Islam menganggap alam ini dikerahkan untuk maslahat manusia, agar manusia dapat menggunakan untuk ilmu pengetahuan dan untuk manfaat manusia. Kaum muslimin mesti mengenal dan faham bahawa Islam itu adalah agama renungan dan pemikiran dalam hal penciptaan lagit dan bumi serta apa-apa diantara keduanya untuk membantu manusia mengenal Penciptanya. Kaum muslimin hendaklah mengenal dan faham bahawa Islam adalah agama kecergasan dan kehidupan. Kaum muslimin hendaklah kenal dan faham bahawa Islam mengharamkan putus asa, melarang putus harapan terhadap kurnia Allah SWT. Kaum muslimin hendaklah kenal dan faham bahawa Islam itu agama kemuliaan dan keutuhan.

Pendidikan hendaklah membebaskan kaum muslimin dari penyakit ‘al wahnu’ (cinta dunia dan takut mati). Hendaklah jangan mendedahkan anak-anak kepada hidup bermewah-mewah dengan kelazatan dan matabenda. Pendidikan hendaklah membebaskan anak-anak dari sifat pengecut, takut, membenci mati dan memberikan kefahaman bahawa segala rezeki  dan kesenangan adalah ditentukan oleh Allah SWT, yang boleh memberi manfaat dan mudharat itu adalah Allah SWT. Kefahaman bahawa apa-apa yang menimpa manusia itu tidak dapat dihalangi dengan apa cara sekalipun, manakala yang terlepas dari manusia itu tidak akan boleh didapati dengan apacara sekali pun, sebab semuanya mengikut ketentuan Allah SWT.

Tujuan Umum yang akhir ialah manusia mesti mengetahui bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini kerana satu tujuan yang utama dan tujuan yang mulia iaitu menjadi hamba Allah yang melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Sesungguhnya manusia yang menyedari akan hal ini akan sentiasa tunduk dan mematuhi peraturan dan perintah Allah SWT serta melaksanakan peraturan dan perintah itu. Sesungguhnya manusia akan sanggup memikul amanah yang tidak disanggupi oleh langit dan bumi serta gunung ganang. Sesungguhnya tanggungjawab beribadat itu bersifat terus menerus, tanggungjawab yang menarik keluar manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah hanya kepada Allah SWT semata. Mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia kepada kelapangannya dan menyelamatkan manusia dari penganaiyaan berbagai agama kepada keadilan Islam. Sesungguhnya ia mengikat patuh kepada Allah, kepada RasulNya dan kepada kaum Mu’minin.

Inilah merupakan tujuan umum pendidikan dalam Islam seperti yang ditulis dalam mukadimah buku Pendidikan Anak-anak dalam Islam. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: