Skip to content

Aku Cuba Tulis

April 18, 2011

Dah berminggu aku tidak membuat kiriman ke laman ini. Seolah-olah aku tiada idea untuk ditulis. Sebenarnya banyak yang boleh aku tulis, tetapi aku rasa kalau aku tulis pun mungkin tak releven dengan suasana dan persekitaran. Itu satu kemungkinan.

Kalau aku tulis tentang diri aku, sebenarnya aku dah banyak tulis tentang hal ini.  Seolah-olah aku ini self centered.  Kalau aku tulis tentang orang lain nanti aku akan mengata  orang atau memfitnah atau mengumpat atau mengeji. Semuanya nanti menambah dosa.

Apa-apa pun elok juga kalau aku paparkan satu jawapan soalselidik anak aku kepada bekas guru. Anak aku ini belajar di IPTA peringkat Ijazah Pertama, membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan Awal Kanak-kanak. Respondennya adalah guru bersara (emak dan ayahnya):

1. Apakah pandangan bekas guru terhadap etika dan akhlak  guru pada masa kini?

(AYAH) Secara makronya, rata-rata akhlak dan etika para guru masa kini masih baik walau pun tidak dinafikan ada juga guru yang melanggar etika perguruan. Ini kalau merujuk kepada Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia* atau Etika Kerja Kementerian  Pelajaran Malaysia.** Secara mikronya terdapat berbezaan yang nyata apabila diselidiki secara terperinci. Faktor yang mempengaruhinya adalah berbagai.

(EMAK) Kurang menyenangkan kerana menjadi guru bukan pilihan kerjaya pertama bagi sebahagian dari mereka, kerana desakan keluarga supaya dapat berkhidmat dekat dengan rumah ibubapa atau kampung sendiri maka mereka memilih kerjaya sebagai guru.

2. Adakah penampilan guru yang berfesyen akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran?

(AYAH) Pakaian berfesyen yang jauh berbeza dengan kalangan guru yang lain mengundang daya tarikan kepada sesiapa sahaja, apatah lagi pelajar remaja. Sudah tentu akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Kalau fesyen pakaian itu sesuai dengan kod pakaian guru (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 – Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah) maka kesan baiknya tetap ada. Kalau berpakaian menjolok mata sudah pasti ia akan mengundang bencana dan mendidik anak murid secara songsang.  Sememangnya dalam sosiologi sekolah mengakui bahawa anak murid akan bercerita tentang karakter guru terutamanya tentang pakaian mereka. Murid akan cakap tentang kasut guru, tentang seluar atau kain guru atau baju guru, tie guru dan malah tentang kereta guru dan sebagainya sesama mereka. Semuanya ini akan menjadi sesuatu perkara yang mempengaruhi p & p mereka.

(EMAK) Setengah murid yang minat fesyen akan tertarik dengan guru yang berfesyen terutama dikalangan murid perempuan.

3. Adakah pengalaman seseorang guru itu penting dalam membentuk etika dan akhlak profession perguruan?

(AYAH) Penjelasan terhadap Tatasusila Profesion Perguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran perlu dibuat dari masa ke semasa (seeloknya awal tahun) sebagai cara mengingatkan para guru. Dengan itu para guru ada pengetahuan tentang etika dan akhlak yang perlu diamalkan. Apabila ada pengetahuan baru ada kefahaman melalui pengalaman. Dalam hal ini setiap guru mesti dibekalkan dengan pengetahuan dahulu diikuti dengan kefahaman, barulah pengalaman itu menjadi lebih bermakna. Oleh itu pengalaman itu dapat membentuk etika dan akhlak profesion perguruan secara kekal dan tekal.

(EMAK) Pengalaman itu penting, kerana pengalaman itu membentuk peribadi seseorang guru dan menjiwai profesion perguruan.

4. Pada masa kini, kuasa merotan hanya diberikan kepada pengetua/guru besar, apakah pendapat anda terhadap isu ini?

(AYAH) Pengetua dan Guru Besar sentiasa sibuk dengan urusan pentadbiran, mesyuarat diluar sekolah. Mereka kurang ada masa untuk mengambil tindakan disiplin dan kadang-kadang mereka tiada masa untuk menangani isu disiplin. Oleh itu kuasa merotan bolehlah diturunkan kepada Jawatan Kuasa Disiplin sekolah. Empowerment (turun kuasa) ini memang diamalkan pada masa kini disekolah-sekolah menengah khususnya. Malah buat masa kini Jawatan Kuasa ini pun tak menang tangan untuk menguatkuasa disiplin di sekolah. Buat masa kini Setiauasaha Disiplin sekolah diberi masa 18 waktu mengajar seminggu sahaja. (Biasanya setiap guru ada 25 – 28 waktu mengajar setiap minggu.) Amalan masa kini AJK Disiplin Sekolah ini telah diberikan kuasa untuk merotan secara empowerment dari Pengetua.

(EMAK) Kalau diberi secara bebas kepada semua guru, ditakuti berlaku penyalah gunaan kuasa yang ada pada mereka, oleh itu akan berlaku keadaan diluar kawalan pengetua atau guru besar.

5. Apakah cadangan anda bagi meningkatkan lagi etika guru pada masakini?

(AYAH) Sebenarnya ramai guru tidak sedar pun adanya Tatasusila Profesion Perguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran, oleh itu bagaimana mereka nak meningkatkan amalannya. Oleh itu langkah pertama, disetiap awal tahun mesti disebutkan hal yang berkaitan terutama dalam mesyuarat guru. Boleh juga dibuat bengkel pemahaman terhadap dua perkara di atas terutama kepada guru-guru baru. Pemantauan terhadap guru-guru yang bermasalah dibuat dari masa ke masa. Khidmat nasihat wajar juga diberikan kepada mereka. Kepada guru yang sudah memahami dan mengamalkan etika dan akhlak dengan baik wajar diberikan pujian dan ganjaran. Adakan anugerah khidmat cemerlang peringkat sekolah selain anugerah yang semamangnya diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malayasia.

(EMAK) Buat kursus untuk para guru atau buat pemantauan secara berkala terhadap semua guru.

*Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

** Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia 

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

  1. Niat yang betul
  2. Perlakuan yang baik
  3. Pengerak ke arah kebaikan 
  4. Memperkotakan apa yang dikatakan
  5. Berdisiplin dan beradab
  6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Sekian kiriman kali ini TK
Advertisements
One Comment leave one →
  1. aziela permalink
    Oktober 25, 2011 9:20 pm

    assalamualaikum….terima kasih atas penjelasan anda mengenai etika perguruan…boleh jelaskan apakah kesan etika perguruan ini terhadap ilmu perguruan seseorang pendidik itu…tq…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: