Skip to content

Lempeng bunga durian

April 23, 2011

Bila aku dapati banyak bunga durian berguguran dekat rumah, terkenang masa aku kanak-kanak dahulu. Nostalgia memungut ranggi dan stamen (bahagian jantan) bunga durian. Bahagian bunga yang dipungut dan dikumpulkan akan dibersihkan. Stamen akan dibuang anthernya. Anther dibuang kerana ia berlendir. Bahagian bunga yang dibersihkan itu dicampurkan dengan tepung gandum dan gula secukup rasa. Kalau nak sedap rasanya gunakan gulang kabung atau kalau tiada memadai menggunakan gula putih. 

Setelah itu campuran akan ditumbuk sehingga sebati. Boleh gunakan lesung kayu atau lesung batu. Campuran yang agak pekat itu diletakkan atas daun pisang dan ditudung dengan sehelai daun pisang lagi.

Kemudian campuran itu dimasak dalam kuali leper. Satu benda berat digunakan untuk menekan daun pisang yang diisi dengan campuran. Setelah daun pisang kelihatan layu maka hendaklah diterbalikkan seluruh campuran itu. Buatlah sehingga masak. Hasilnya ialah lempeng bunga durian.

Semasa memungut bunga durian, ada satu lagi kenangan menyelinap ingatan iaitu pengalaman menghisap madu yang terdapat pada kelopak bunga durian. Madunya manis dan mempunyai bau yang tersendiri.

Aku pasti anak-anak masa kini tidak mempunyai pengalaman ini. Aku sekadar menulis nostalgia ini sebagai mengingat kembali betapa aktiviti yang aku lalui masa silam, masa zaman kanak-kanak yang kami lalui dahulu sudah tidak dapat dialamai oleh sebahagian besar anak-anak masa kini walau pun mereka tinggal berhampiran kebun durian.

Esok aku cuba buat sedikit lempeng bunga durian untuk mengembalikan ingatan dan berkongsai rasa dengan ahli keluarga yang ada di rumah… Sekian kiriman kali ini, TK. 

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: