Skip to content

Perhatikan

Mei 9, 2011

Sesekali aku menapak juga ke bangunan Rumah Guru atau Rumah Kediaman Insititusi Pendidikan Malaysia iaitu rumah guru yang bertingkat yang terdapat dibanyak tempat di negara ini. Pertamanya diucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana membuat rumah untuk disewa oleh para guru. Sekurang-kurangnya adalah tempat para guru untuk tinggal terutamanya yang berkeluarga. Kalau tidak mungkin ada guru yang menjadi setinggan atau merempat di tepi jalan. Tinggal dirumah ni kena bayar sewa juga!! bukan percuma. Tak apalah asalkan bayarannya berpatutan.

Satu perkara yang tidak selesa ialah rumah ini tidak ada lif. Sepatutnya kalau rumah bertingkat itu melebihi empat tingkat maka sewajarnya dibuat lif. Kebanyakkan rumah guru yang bertingkat ini ada lima tingkat. Malangnya tiada lif. Bagaimana kalau yang tinggal di tingkat lima itu orang mengandung. Sama ada guru perempuan yang mengandung atau isteri guru yang mengandung. Kesianlah kepada mereka?? Selain orang mengandung mungkin juga guru-guru tua yang berumur lima puluh tahun ke atas. Lelah juga dibuatnya kelau menaiki tangga setinggi lima tingkat itu. Sekali sekala mungkin ibu bapa guru datang dari jauh untuk menziarah anak menantu yang tinggal ditinggal di tingkat empat atau lima bangunan rumah itu. Berkemungkinan orang tua tu tak naiklah kerumah itu. Kesian mereka!!

Agaknya inilah aspek yang terlepas pandang semasa KPM membina rumah itu. Semetelahanlah masa itu menteri pelajarannya orang muda (Masa projek itu dibuat menterinya ialah DS Najib Ab Razak, dia masih muda ketika itu). Agaknya kalau suruh dia memanjat tangga setinggi lima tingkat itu masa ini. Mungkin DS Najib terpaksa berhenti dua tiga kali lelahnya.

Kepada mana-mana badan yang nak buat rumah bagi kakitangannya cubalah perhatikan aspek ini. Patuhilah aspek ini agar berilah perhatian kepada kebajikan anak buah ini. Kesihanlah mereka!!! Sekian kiriman ringkas bagi kali ini. TK

Advertisements
2 Komen leave one →
  1. ariffuniza permalink
    Mei 23, 2011 3:47 pm

    Salam ..

    Kalau ade lift..maintenace lift kira kira RM 300 sebulan untuk satu lift…agak-agak kerajaan nak ke belanja banyak tu …setiap 15 ke 20 tahun kena refurbish balik ..ambik kos RM 50-60 ribu…itu belum lagi bila kena pelankor..mau kena RM10- 20 ribu…banyak tu .. 🙂

    Orang dok rumah ade lift kata…he he he.

  2. Muhammad Abdullah permalink
    Jun 20, 2011 2:42 pm

    Assalamualaikum yg mulia cikgu yg sy sygi..Najib,lift,tingkat 5..3 fakta yg menjadikan sy tkenang kisah silam.sy masuk lift dari lobi tengok2 ada najib sorang diri.sy tgur dia.’najib ke?’.dia angguk sambil tgelak.kami bsalam.sama2 tak tau nak ckp apa.tsenyum je la.dia ke-tingkt 5.sy ke-tingkt 7..cuba cikgu tahan lukah dlm parit2 kt kpg cikgu.bila ada ujan malam,InsyaAllah kena haruan.wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: