Skip to content

Selamat Hari Guru

Mei 16, 2011

Assalam mu alaikum wr abt. Kepada semua yang layak digolongkan sebagai guru, aku ucapkan selamat Hari Guru buat kalian. Hari guru disambut di Malaysia pada tarikh 16 Mei setiap tahun kerana ada sejarahnya yang tersendiri. Setiap tahun ada pula tema yang tersendiri.

Sebagai pesara guru aku juga sentiasa ingat tarikh ini sebab selama 32 tahun aku berkhidmat sebagai guru aku menyambut perayaan ini dengan berbagai kaedah dan cara. Ada masanya hari guru dirancang oleh guru sendiri untuk seronok-seronok setelah lelah mengajar sepanjang tahun. Ada masanya sambutan hari guru dirancang oleh sekumpulan murid dan mereka laksanakan semuanya sementara semua guru menjadi tetamu yang diraikan. Ada ketika perayaan hari guru dirancang oleh PIBG dengan menjadikan semua guru tetamu istimewa. Ada masanya hari guru berlangsung tanpa apa-apa aktiviti yang hangat selepas membacakan perutusan dari menteri dan KPPM.

Walau apa pun rupa sambutan, hari guru adalah merupakan penghargaan masyarakat kepada khidmat para guru yang pastinya tidak berakhir selagi seseorang itu bergelar guru. Ingatlah bahawa guru itu penyala dan pembawa obor yang menerangi perjalanan hidup setiap insan. Kalau obor itu sebagai analogi kepada ilmu, maka gurulah yang mencetuskan kesedaran berilmu kepada semua manusia. Setelah tercetusnya kesedaran berilmu itu maka guru jugalah yang akan mengisi kesedaran itu dengan menitiskan sedikit demi sedikit pengetahuan dan kefahaman sehingga terbinalah kesedaran serta tindakan yang selaras dengan pengetahuan yang diterima. Makna kepada pengetahuan dan kefahaman yang sampai ke dalam diri seseorang kemudiannya mengubah perilaku dan perbuatan maka itulah ilmu.  Kemudian guru juga yang akan mengukuh serta memperkayakan segala-galanya. Maka guru adalah insan yang mengubah segalanya demi kebaikan dan kebenaran.

Sebagai guru, kerjanya hendaklah berusaha menyemai dan mengembur serta membaja pengetahuan, kefahaman, kesedaran serta menggalakan kebaikan dan mengamalkan kebenaran. Kesedaran bahawa insan (murid) adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat lemah yang dicipta oleh Allah sebagai sebaik-baik ciptaan tetapi kalau tak berilmu dan tiada kebijakan akan menjadi seburuk-buruk makhluk. Hanya ilmu yang akan mengangkat martabat insan menjadi makhluk intimewa di sisi Allah SWT. Insan yang sedar ia sangat lemah akan sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa melihat serta memberikan ujian berupa kesusahan atau kesenangan. Ilmu akan membantu dalam menyediakan kesedaran ini. Kesedaran itu akan membawa kepada perbuatan baik dan mempromosi baik kepada sesama insan. Ilmu juga membawa kepada mengamalkan  kebenaran.

Oleh itu peranan guru bukan hanya mempromosi disiplin ilmu masing-masing sahaja tetapi melalui disiplin ilmu yang kita ajar itu, baik bahasa, sains, matematik atau sains sosial serta pendidikan agama yang terpenting ialah mendidik kesedaran tentang adanya Allah SWT, melaksanakan kebaikan, mencegah kemungkaran, nasihat untuk kesabaran serta mentaati kebenaran.

Sekali guru, selamanya guru. Selamat menyambut hari guru. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: