Negara Berkebajikan 1
Rasanya memang nak tulis tentang tajuk ini. Nak cuba bezakan dengan negara kebajikan. Nak bezakan antara welfare state dengan caring and responsible state. Juga nak bandingkan antara apa yang rakyat Malaysia sedang alami sepanjang 54 tahun merdeka dibawah pemerintahan Perikatan atau BN. Aku tulis ini berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku….
Pertamanya, Negara Berkebajikan yang PAS cita-citakan ini adalah berdasarkan kepada Negara Rasulullah SAW di Madinah al Munawarah. Ciri pentingnya ialah persaudaraan, ilmu dan membela mereka yang susah.
Apabila Rasulullah SAW sampai di Madinah dari Quba’ pada 12 Rabiul Awwal tahun 1 Hijrah, perkara awal yang baginda lakukan ialah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Oleh itu negara berkebajikan mestilah berdasarkan ikatan PERSAUDARAAN. Mengikut pandangan aku ada tiga jenis persaudaraan yang patut diberikan perhatian.
Persaudaraan seIman, antara mereka yang mempunyai satu akidah dan mentauhidkan Allah SWT. Persaudara sekturunan, antara mereka yang ada tali persaudaraan atau nasab keturunan dan persaudaraan sesama Insan kerana manusia adalah dari satu keturunan Dari Adam dan Hawa.
Persaudaraan adalah asas Negara Berkebajikan. Bagi orang Islam yang datang dari kaum yang sama mereka mempunyai tiga ikatan persaudaraan iaitu, ikatan Iman, Bangsa dan Kemanusiaan. Oleh itu pendidikan di Negara Berkebajikan hendaklah memupuk erti persaudaraan antara rakyat terutama generasi muda. YAA Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu mengingatkan bahawa antara orang Melayu, Cina dan India, kita ini baru beberapa ratus pupu sebab semua kita keturunan dari Adam dan Hawa. Lainlah mereka yang percaya bahawa mereka dari keturunan berok (Teori Darwin). Mereka menegakkan keberokkan mereka sebagai unsur kekuatan. Ini contoh didikan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi sebuah negeri bagi memupuk persaudaraan.
Maka dengan itu gerakan seperti Perkasa, Ketuanan Melayu dan parti-parti yang berdasarkan bangsa tidak mendidik persaudaraan antara manusia. Dengan sendirinya dakwaan DS Najib bahawa PAS tiru UMNO dalam hal negara berkebajikan ini adalah melesat sama sekali.
Tunggu kiriman lain untuk membincangkan ciri ilmu dan kasih sayang sesama manusia. TK
Assalamualaikum cikgu yg sy syngi..Rasulullah s.a.w tlah menjlaskan smua pkara untuk kita berjaya di-dunia dan akhirat.Kita mesti mgikut jejak Rasulullah s.a.w pnuh sluruh.Apabila kita mnuruti kaedah hidup para Rasul dan Nabi,InsyaAllah kita juga akan mdapat titisan kurnia sbagaimana yg didapati para Rasul itu.Bagi saya,tidak ada seorang pun ulama atau pmimpin politik yg mghidupkan kaedah yg tlah Rasulullah s.a.w ajar kpd kita.Kita adalah satu golongan yg Allah s.w.t pimpin stiap masa.’Apakah ia akan brmula di-Relong?’.wassalam