Skip to content

Zaman Maklumat

Julai 18, 2011

Zaman ini dikira era maklumat. Maklumat boleh dihantar dan diterima dalam masa yang singkat. Apa yang berlaku ditempat yang jauh dapat diterima serta merta dengan syarat dapat mengaksess maklumat menggunakan teknologi terkini.  Gambar juga sukar berbohong, kalau dimanipulasi akhirnya orang akan tahu juga.

Malangnya kini terdapat dikalangan orang-orang penting dalam negara ini cuba nak putar maklumat sama ada maklumat bergambar atau bertulis atau maklumat berbentuk video. Akhirnya mereka yang gelabah. Kalau orang politik yang buat apa-apa dakwaan yang salah akhirnya mereka akan bungkam dan selebih dari itu akan menjadi bahan lelucon dan ketawa masyarakat. Dakwaan salah itu akan terbalik kepada mereka.

Kalau pegawai kerajaan yang buat komenter yang tidak betul akhirnya dia akan ditempelak. Lebih parah lagi kalau yang buat komenter itu pegawai polis. Nanti apabila pencen sudah tentu dipersendakan oleh khalayak atau orang ramai, kerana sudah ada bidalan Melayu “Seperti polis pencen”. Bidalan ini bermaksud, masa kamu ada jawatan dulu, kamu guna kuasa kamu untuk mem’buli’ orang ramai tetapi apabila dah pencen, kuasa tiada, orang ramai dah tak takut lagi malah akan mem’buli’ kamu pula. Oleh itu kepada pegawai-pegawai polis diingatkan agar sentiasa mengingati bahawa kamu semua akan pencen selepas umur bersara.

Sebagai contoh, buat masa ini warna kuning menjadi fobia dikalangan pegawai polis di Malayasia atas arahan orang politik pemerintah (BN). Kalau polis bertindak bodoh dan lurus  bendul nanti bila awak pencen, awak akan dihadiahkan baju kuning siap tulis ‘Bersih 2.0’ atau ‘Bersih 3.0’. Agaknya apa perasaan anda.

Kepada penganjur ‘Bersih 2.0’ harap bersedia untuk menghadiahkan baju ‘Bersih 2.0’ kepada mana-mana polis yang akan bersara dalam masa terdekat. Tengok dia nak terima atau tidak. Bagi yang terima itu adalah ‘good corps’ dan bagi yang tak mahu terima itu ‘bad corps’. Jangan lupa simpan untuk KPN dan TKPN sekali sebab mereka pun tak lami lagi nak pencen, dua atau tiga tahun lagi.

PM Najib yang juga fobia kepada warna kuning, tiba-tiba disambut oleh manusia berbaju dan bertalileher kuning ketika sampai di London. Dari Queen of England, menteri juga rakyat Malaysia yang ada di London. Kontoi juga…..

Ini berita tentang akibat membuat laporan menipu…

Akhbar gagah News of the World yg mencecah 2.6 juta jualan harian akhirnya dibungkam! Ini berikutan pendedahan betapa media milik korporat media ulung dunia Rupert Murdoch terkait dengan skandal pemalsuan maklumat dalam satu kes pembunuhan ngeri di Britain.

Namun yang lebih memprihatinkan ialah helah dan pendekatan media milik Murdoch yang berhasil melonjakkan penjualan akbar dan khalayak tv melalui kaedah yang melanggar etika kewartanan, merekayasa berita malah sanggup terjerobos ketahap kewartawanan paling hina!

Dalam beberapa tweet saya tadi, saya merujuk rencana Carl Bernstein (masyhur dalam pembongkaran skandal Watergate Presiden R Nixon) dalam Newsweek “Murdoch’s Watergate”. Beliau menyanggah budaya berita Empayar Murdoch yang tampak angkuh dan mengganas. Pemerintah Inggeris, dunia kewartawanan tercegat dengan skandal terbaru ini. Ada kemungkinan siasatan akan dilanjutkan ke Amerika Syarikat.

Bayangkan seandainya wujud penyiasatan rapi, pemantaun etika, dan badan kehakiman bebas di Malaysia. Mampukah media UMNO-BN utamanya Utusan Malaysia dan TV3 terselamat?

Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: