Skip to content

Harap ambil perhatian!!!

Ogos 6, 2011

Semalam aku ke sebuah surau di satu kampung. Kampung tempat kelahiran aku. Sesampainya aku ke suaru berkenaan sebelum solat isyak, aku menerima ucapan terima kasih kerana datang. Kalau aku tak datang, tak ada orang nak jadi imam solat tarawikh. Aku terpana dengan keadaan itu!!!

Apa dah jadi? Apakah pihak pentadbir surau atau JKKK tidak membuat persediaan tentang hal ini? Ya, sememangnya aku akan ke surau itu setiap malam sabtu (Jumaat malam sabtu) untuk membaca tafsir sejak lebih setahun yang lalu. Selepas solat tarawikh aku diminta juga untuk datang pada malam Ahad, kerana tiada orang yang akan menjadi imam solat tarawikh nanti. Pelek ye!! Pertamanya Ketua kampung adalah seorang Ustaz yang juga seorang imam di sebuah masjid tetapi perancangan untuk surau kampung yang dia menjadi tok empatnya dia tak buat??

Kedua, takkanlah tak ada orang lain yang boleh menjadi imam pada hujung minggu. Aku difahamkan bahawa pada malam-malam lain ada seorang ustaz, menantu orang kampung itu yang menjadi imam, tetapi hujung minggu ustaz ini balik ke kampungnya menziarahi kaum kerabatnya. Tapi takkan dia sorang sahaja yang boleh menjadi imam!!!

Kaadaan ini bukan sesuatu yang dikira sebagai kes terpencil (isolated cases) tetapi sebenarnya merupakan fenomena biasa di kampung-kampung kecil yang mungkin ada surau sahaja, tetapi masjid dikongsi beberapa kampung. Dimana silapnya? Fikirkan sendiri!!!

Jadi malam nanti aku akan ke surau itu untuk bertugas sebagai imam solat isyak dan solat tarawikh… Marhaban ya Ramadhan….

One Comment leave one →
  1. hashim mohd sedik permalink
    November 10, 2011 2:46 pm

    Ini kes menyedihkan dicadangkan adakan program latihan menjadi imam di kalangan anak2 muda dan ‘camp’ latihan ini di kalangan anak2 muda agar boleh menyedar dan memotivasikan mereka’ mesra mesjid’.

    Ada idea begitu tetapi institusi Masjid bukan dibawah jagaan saya. Kalau masjid Kampung Relong, saya dan rakan-rakan boleh kelolakan tetapi masjid kampung lain tek terlarat rasanya akibat berbagai kerenah manusia…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: