Skip to content

Sekadar Catatan

September 14, 2011

Salam. Hari ini 14 September 2011.  Satu tarikh yang ada sejarah dalam hidup aku. 31 tahun yang lalu, pukul 12.05 tengah hari aku mula bergelar seorang ayah. Anak sulung aku lahir di kampung asalku, Kampung Berang. Sedar tak sedar dah 31 tahun umur anak sulung aku. Ialah, dia pun dah nak masuk tiga anaknya. Memang terasa benar aku dah tua, tapi belum 60 tahun lagi ikut tahun syamsiah. Kalau ikut tahun Qamariah dah dekat 60 tahun.

Satu peristiwa yang perlu dicatat pada hari ini ialah aku bertemu dengan sahabat lama aku, yang aku mula kenal tahun 1974 dahulu. Kami sama-sama masuk UPM belajar nak jadi guru. (kursus Diploma Sains dengan Pendidikan). Sahabat saya ini cerdik lebih daripada aku, selepas setahun ikuti program diploma dapat promote ke kursus Ijazah Sains. Kemudian beliau sambung belajar sehingga ke taraf PhD. Sahabat yang dimaksudkan itu ialah Dr Muhammad Abdul Rahman. Kini sedang bertugas sebagai Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Teknik (TTTC) Cheras, Kuala Lumpur

Beliau datang ke kampung aku kerana para pelajarnya membuat program perkemahan di kampung aku. Pada hari ini (14 Sept) para pelajar ini membuat program gotong royong membersih sekitar Masjid dan Perpustakaan Desa serta kawasan Makam Tok Linggi (orang yang membuka kampung Relong tahun 1795). Aku berkesempatan menerangkan sedikit tentang siapa Tok Linggi atau Tok Lihi ini kepada para pelajar dan juga hubung kait diri aku dengan Tok Linggi ini.

Sebagai sahabat aku bawa beliau dan isterinya ke rumah aku sekadar nak tahu tempat. Mungkin kalau ada masa boleh mampir lagi. Sekian sekadar catatan TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: