Skip to content

Menghafaz al Quraan

Oktober 4, 2011

Menjadi seorang hafiz (penghafal al Quraan) sepatutnya menjadi cita-cita setiap orang Islam kerana mereka akan mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan samada di dunia lebih-lebih lagi di alam akhirat. Menjadi hafiz merupakan nikmat Rabbani yang datangnya dari Allah SWT kerana kelebihan menghafaz al Quraan sama nilainya dengan nikmat kenabian, Cuma bezanya tidak diberi wahyu.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membaca (menghafaz) al Quraan, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al Quraan memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al Quraan berada dalam dadanya.”         (Hadith riwayat Hakim)

Para Hafiz akan dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Berangsiapa membaca al Quraan dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al Quraan (mengamalkannya) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al Quraan (meninggalkannya) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.”                                                           (Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Para Hafiz juga dihimpunkan bersama para malaikat yang suci dan mulia seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang membaca  al Quraan sedang ia hafal dengannya bersama para malaikat yang suci dan mulia, sedang perumpamaan orang yang membaca al Quraan sedang ia sentiasa melakukannya meskipun hal itu sulit baginya maka baginya dua pahala.”      (Hadith riwayat Muttafaq ‘alaih)

Berdasarkan tiga kelebihan menghafaz al Quraan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW seperti di atas, maka elok dan wajarlah kita berusaha untuk melahirkan anak-anak yang mampu menghafal al Quraan. Disamping itu masyarakat wajar membentuk suasana persekitaran tempat tinggal yang menggalakkan serta mempunyai keinginan untuk menghafal al Quraan. Bagi ibubapa yang punyai anak-anak yang masih belajar sudah pastilah bercita-cita untuk melihat kejayaan anak-anak mereka terutama dalam bidang menghafaz al Quraan. Manakala bagi anak-anak pula diharapkan dapat berhasrat serta menanam cita-cita untuk menjadi seorang hafiz demi kelebihan di dunia, apatah lagi kelebihan yang mampu diraih di akhirat sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: