Skip to content

Penuh Kesyukuran

Oktober 7, 2011

Alhamdulillah… aku ucapkan penuh kesyukuran kepada Allah yang Maha Mengatur kehidupan hambaNya, segala ketentuan yang dikurniakan aku terima dengan penuh redha. Aku menerima segalanya dengan penuh kerelaan. Selawat dan salam pada Junjungan Rasulullah SAW, penutup sekelian nabi dan rasul berserta para ahli keluarga dan sahabat-sahabat dan pengikut agama Islam dari dahulu sehingga selamanya.

Aku buat kiriman ini sempena meraikan graduasi empat orang yang sangat dekat dalam kehidupan aku. Awal tahun 2011, menantu aku yang ketiga tamat pengajian pringkat Doktor Falsafah dalam bidang Kimia di Queens University di Belfast, UK dan kini sedang berkhidmat di Jabatan Kimia UM. Ahad 27 Mac 2011 yang lalu, anak aku yang ke empat menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) daripada UTM, dan kini menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti yang sama.  Semalam, Khamis 6 Oktober 2011, anak ke enam pula menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) daripada UM dan kini menyambung pangajian ke peringkat Sarjana juga di UM. Manakala Ahad, 9 Oktober 2011 pula, menantu aku yang ketiga akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada UIAM di Gombak.

Aku kira itulah empat orang yang patut aku raikan kejayaan mereka buat setakat ini. Bagi anak-anak aku yang lain, insya Allah seorang lagi akan bergraduat tahun hadapan, iaitu anak kelima, manakala dua lagi menunggu giliran untuk masuk kepengajian tinggi. Seorang akan mengambil peperiksaan STAM bermula 12 Oktober 2011 ini dan anak yang bongsu akan mengambil SPM tahun ini. Alhamdulillah…..

Aku selalu menuturkan kata-kata berikut kepada anak-anak murid ku. “Bahawa sesungguhnya hadiah yang paling istimewa kepada ibubapa ialah kejayaan anak-anak dalam bidang pengajian. Waktu paling gembira bagi ibubapa ialah apabila melihat anaknya naik ke atas pentas menerima Ijazah, lebih gembira berbanding dengan diri sendiri menerima ijazah dahulu”.

Itulah kata-kata perangsang yang selalu aku nyatakan kepada anak-anak murid ku. Kata-kata ini sebagai motivasi kepada mereka dalam menggalakkan mereka berusaha untuk meraih kejayaan.  Semoga mereka sentiasa berjaya dan bahagia di dunia dan juga di akhirat. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: