Skip to content

Anak Muda dan Solat

Oktober 23, 2011

Daripada Abu Sulaiman bin Malik bin Al Huwairits, katanya: Kami mendatangi Rasulullah SAW dan kami sekelian adalah anak-anak muda yang usianya hampir sama. Kami tinggal bersama Rasulullah SAW selama dua puluh hari, dan baginda menyangka kami telah merindui kaum keluarga kami. Maka baginda bertanya kami tentang orang-orang yang kami tinggalkan dari kaum keluarga kami, lalu kami pun menerangkan kepadanya, sedang sikap baginda amat pembelas dan rahmat. Baginda lalu berujar: ‘Kembalilah kamu kepada kaum keluarga kamu, ajarkanlah mereka dan perintahlah (dari ajaran agama), dan bersolatlah kamu seperti mana yang kamu lihat aku solat. Dan apabila masuk waktu solat, hendaklah seorang di antara kamu azan dan hendaklah menjadi imam orang yang tertua antara kamu.”   (Riwayat Al Bukhari)

Hadith ini memberikan beberapa panduan kepada kita, antaranya ialah:

Anak-anak muda atau belia perlulah mendalami dan melalui latihan amali secara bersungguh-sungguh berkaitan dengan kehidupan beribadat, dibawah bimbingan seorang yang tahu dan mursyid. Seelok-eloknya program ini dirancang dengan teliti dengan memfokuskan kepada anak-anak muda lepasan sekolah.

Jangka masa latihan yang sesuai ialah dua puluh hari secara berterusan seperti yang dilalui oleh Abu Sulaiman bin Malik bin Al Huwairits dan rakan-rakannya. Kurikulumnya mudah sahaja iaitu mengikuti solat berjemaah di masjid dan diikuti dengan zikir, riadah, tazkirah, kuliah dan mengaji serta memahami al Quraan.

Bila kembali ke dalam masyarakat hendaklah mengamalkan semua yang dipelajari terutamanya menegakkan solat berjemaah, mengajarkan apa yang dipelajari dan berusaha untuk menegakkan prinsip-prinsip yang telah diketahui bersama-sama.

Bagi melaksanakan solat jemaah, hendaklah ada yang menyerukan azan apabila masuk waktu solat dan melantik imam yang sesuai dengan kelayakan dan kalau semua adalah layak maka utamakan yang lebih tua.

Sewajarnya pihak yang berwajib boleh menyedikan program begini untuk dilaksanakan selama tiga minggu secara berterusan. Inilah bentuk rangka bina negara yang patut dibuat. Yakinlah, sekiranya kita mengikut kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, insya Allah kita akan berjaya merubah keadaan remaja atau belia masa kini. Program ini adalah program yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Wallah wa’lam.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: