Skip to content

Wahai mereka yang ada anak!!

Oktober 29, 2011

Daripada Ali bin Abi Thalib karramallah-wajhah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: (maksudnya) 

“Ajarkanlah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu dan mencintai keluarganya serta membaca Al Quraan, sebab para pembaca Al Quran berada di sisi Arasy Allah bersama-sama para anbia’ Nya dan ashfiya’ Nya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah sahaja.”

Oleh itu, wahai mereka yang ada anak!! Hendaklah kita menyediakan asas agar anak kita mengenal Nabi SAW dan ahli keluarganya. Bagi membolehkan keadaan ini tercapai, maka hendaklah kita menyediakan bahan bacaan (buku sirah) yang sesuai agar anak-anak kita dapat mengenal Rasulullah SAW serta ahli keluarganya. Lebih baik daripada itu, hendaklah kita mengajar atau membincangkan perkara ini dengan anak-anak kita. Setelah mereka kenal barulah timbul cinta.. (Tak kenal maka tak cinta).

Wahai mereka yang ada anak!! Hendaklah kita membaca al Quran setiap hari walau pun hanya satu muka surat. Perbuatan ini akan menjadi teladan kepada anak-anak kita. Lebih baik dari itu kita bacakan makna ayat-ayat yang dibaca itu kepada diri kita sendiri dan juga agar didengar oleh anak-anak kita. Mudah-mudahan mereka meniru laku perbuatan ayah bondanya. (Mendidik melalui contoh dan teladan).

Keperluan asas untuk membolehkan kita bernaung di sisi Arasy Allah ialah berbuat seperti yang dinyatakan oleh hadith di atas. Oleh itu wahai mereka yang ada anak!!, hendaklah kita menyediakan al Quran yang ada terjemahannya di rumah kita dan juga buku sirah Rasulullah SAW.

Dengan berbuat seperti yang disebut di atas, kita mengharapkan supaya anak-anak itu menurut jejak langkah perjalanan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam pergerakan, keberanian dan perjuangan mereka. Supaya anak-anak ini mengikat dirinya dengan sejarah dalam hal perasaan, kemuliaan dan kebanggaan. Supaya mereka mengikat diri dengan al Quran dalam hal kerohanian, berprinsip dan mempunyai sikap kerajinan membaca.

Rasulullah SAW meninggalkan kepada kita DUA perkara, selagi kita berpegang kepada dua perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dua perkara itu ialah Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana kita nak berpegang kepada kedua-dua perkara itu kalau kita tak pernah baca pun. Setalah dibaca dan dibincangkan baru boleh faham. Dengan kefahaman yang ada barulah kita boleh laksanakan perintah, suruhan serta bimbingan yang terdapat dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu.

Biasanya perkara aneh berlaku!! Tidak banyak rumah yang sanggup menyediakan al Quran terjemahan (lebih baik lagi Tafsir Quran) dan buku sirah atau buku hadith tetapi ketua rumah lebih sanggup melanggan TV berbayar seperti ASTRO. Kalau begitu dimana persediaan keluarga itu untuk menempuh jalan selamat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Semoga dengan asas yang sedikit yang kita sediakan dapat melahirkan anak-anak yang soleh, yang akan mendoakan kita demi kebahagian kita di dunia dan akhirat. Wallah wa’lam.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: