Skip to content

Nak Pilih Siapa?

November 2, 2011

At Thabarani telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Ausath dari Anas r.a. bahawanya Rasulullah SAW  telah bersabda: (maksudnya)

“Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana ketinggiannya (kemuliaannya), niscaya Allah tiada menambahnya melainkan kehinaan. Barangsiapa yang mengahwini seorang wanita kerana hartanya, niscaya Allah tiada menambahnya melainkan kepapaan. Barangsiapa yang mengahwini seorang wanita kerana keturunannya, niscaya Allah tiada menambahnya melainkan kerendahan. Dan barangsiapa yang mengahwini seorang wanita, tiada diharapkan daripadanya melainkan supaya dia dapat menutup pemandangannya, memelihara kemaluannya atau menyambung tali silatur-rahimnya, niscaya Allah akan memberi berkat baginya wanita itu dan memberi berkat bagi wanita itu padanya.”

Inilah panduan yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada umatnya dalam memilih calon pasangan hidup. Kalau berkahwin bertujuan untuk menumpang kemegahan duniawi iaitu kemuliaan, kekayaan dan keturunan maka yang akan diperolehi nanti ialah kehinaan, kepapaan dan kerendahan martabat hidup yang berlaku di dunia lagi. Disebaliknya Allah SWT akan mengurniakan berkat kepada semua pihak sekiranya perkahwinan itu bertujuan untuk memelihara pandangan (mata dan hati), memelihara alat kelamin atau menjauhi zina dan juga menyambung tali silatur-rahim.

Selain daripada itu Rasulullah SAW juga menasihatkan seorang lelaki yang akan menempuh perkahwinan supaya mengutamakan perempuan yang baik amalan agama sebagai calon isterinya. Ini penting agar si isteri kelak dapat menjalankan tanggung-jawab sepenuhnya kepada tugas-tugas terhadap suaminya, kepada anak-anaknya dan seluruh tugas pengurusan rumahtangga sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan yang terbaik.” (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Sekian, kiriman kali ini. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: