Guru Kerja 9 Jam
Monday, November 14, 2011
PAS menganggp projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.
Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran. Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
Guru juga pemandu ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah, menjadi nurse kalau murid sakit, menjadi jaga sekolah, tukang kebun malah adakalanya menjadi hamba orang politik. Demikian dinyatakan oleh Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.
Merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri – Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak – akan bekerja sembilan jam sehari.
“Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru. Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” kata Wee.
Sambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa. Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.
Bawa kerja balik rumah
“Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah,” kata Ustaz Idris.
Sehubungan dengan itu, Ustaz Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.
Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.
Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.
Ini komen dari aku pula!!
Negeri negeri yang dilaksanakan proses mengajar 9 jam ini ialah Pahang, Johor, Melaka dan Sarawak iaitu negeri-negeri bawah perintah BN. Saya masih ingat lagi apabila guru-guru dibuli tahun 1999 dahulu BN hampir lingkup. Tahun 2008 juga guru-guru juga dibuli dengan berbagai isu (PPSMI, guru-guru dimalukan dengan berbagai isu dan banyak lagi). Lima negeri jatuh (termasuk Perak).
Kepada semua guru-guru yang sedar kamu dibuli ambillah tindakan untuk menjatuhkan BN. Banyak hujah mengapa para guru perlu buat sesuatu…
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim