Skip to content

UMNO alahai UMNO

Disember 5, 2011

Sudah selesai persidangan agung UMNO. Satu pertubuhan politik yang didukung oleh orang Melayu yang merasa getik menggunakan perkataan melayu untuk namanya. Sehingga kini sesudah 65 tahun semenjak penubuhan pertama namanya masih “United Malays National Organization” (UMNO). Ingat UMNO ini telah mati buat pertama kalinya. Mayatnya sudah ditalkin oleh mahkamah tahun 1988. Selepas itu UMNO dihidupkan kembali menjadi HANTU kepada bangsa Melayu tahun 1988 juga.

UMNO yang ada kini ialah HANTU, sebab itu pendukung-pendukungnya sudah lupa untuk membicarakan hal umat melayu dalam perhimpunan agung yang berlalu. Apa yang dibicarakan adalah bagaimana nak mengekalkan kuasa agar dapat memfaraidkan harta kekayaan negara. Agar diri pemimpin dan kroninya serta saudara mara menjadi kaya atas rompakan kepada harta milik negara.

Terdapat banyak khurafat yang digembar-gemburkan semasa persidangan itu, anataranya “Jika UMNO kalah, orang melayu akan hilang segala-galanya.” “Jika UMNO kalah Islam tidak selamat lagi.” “UMNO adalah penyelamat umat Islam”. Ingat ini semua khurafat yang UMNO syok sendiri.

Sebenarnya UMNOlah yang menipu melayu. Selepas merdeka terdapat 3 juta hektar tanah rezab melayu, akibat pemerintahan yang sangat hebat kini tanah rizab melayu sudah menjadi 1.7 juta hektar sahaja. Kemana pergi 1.3 juta hektar? UMNO dah gadaikan. Cerita terbaru tanah felda pula nak digadai oleh pentadbir felda. Selepas itu nanti orang melayu akan merempat di bumi sendiri kerana kecekapan pentadbiran UMNO. Lebih baik UMNO kalah sebelum dia baham segala-galanya. UMNO menang… Malaysia bangkrap!!!

“Jika UMNO kalah Islam tidak selamat” Ini satu lagi kebohongan dari UMNO. UMNO memerintah dengan mengenepikan Islam. Tidak pernah UMNO secara serious nak melaksanakan Islam sebagai rahmatan lilalamin. Kalau ada pun yang diangkat UMNO akan menumpukan kepada bahagian yang menjana kekayan kebendaan seperti Tabung Haji, Zakat dan elemen sedekah. Perkara yang meningkatkan ilmu disekat semampu mungkin. Perkembangan ilmu di masjid-masjid diskat semaunya. Rakyat tidak memahami kehendak Islam seutuhnya kerana tiada pendedahan yang baik.. Akibatnya Islam semakin tidak selamat selagi mana UMNO berkuasa. Biarlah UMNO kalah asalkan Islam dapat diserlahkan kepada semua anggota masyarakt majmuk.

“UMNO penyelamat umat Islam” “Macam mana nak selamatkan orang kalau tukang selamat pun tak selamat. UMNO parti kebangsaan yang memperjuangkan bangsa Melayu separuh jalan. Tulisan jawi wafat akibat dasar UMNO tahun 1960’an dahulu. Bahasa Melayu parah di sekolah akibat PPSMI anak didik pengayaan UMNO kepada kroni. Sepatutnya PPSMI dah mansuh tahun depan tetapi ditangguh lagi sampai 2021, sempat lagi dua ke tiga kali pilihanraya. Kalau nak lihat perjuangan Islam UMNO…. maka sukarlah hendak diperkatakan. UMNO hanya suka menyekat orang mengajar di masjid… Itu bidang kepakaran UMNO.

Sebenarnya UMNO bolehlah dikiaskan seperti Multi Level Marketing (MLM), dimana mereka yang dibahagian bawah berlumba, bersungguh dan bertarung kudrat serta kepandaian untuk membanyakkan jualan tetapi yang di atas duduk sahaja menanti bahagiannya. Samalah dengan juak-juak UMNO di peringkat grassroot kerja bagai nak mampus, tetpi yang kaut untung adalah yang di atas. Orang bawah dididik supaya menjadi hamba orang atas yang taat dengan sedikit imbuhan serta banyak ugutan. Sedangkan orang atas memungut ribu, ratus ribu, juta atau billion. Mereka yang dibawah sangat terpesona tetapi menggigit jari.  Mereka yang di atas nak ke Mekah boleh terus terbang dimusim haji dengan kapalterbang peribadi tetapi orang bawah tunggulah berpuluh tahun untuk mendapat giliran…

UMNO juga boleh dikiaskan sebagai persatuan serigala. Masa memburu mangsa mereka berusaha bersama-sama sebagai persatuan yang teguh dan kuat tetapi apabila dapat mangsa (kejayaan dalam pilihanraya) mereka berkelahi, berbalah dan bergocoh, mana yang kuat dialah yang dapat share yang besar. Makanlah dia ribu-ribu, ratus ribu, juta-juta, ratus juta atau billion. Orang kampung penyokong UMNO tercungap-cungap mencari makan serta menghadapi kegetiran mencari kehidupan..

Insaflah wahai penyokong UMNO. Jauhlah diri anda daripada diperdaya dengan sehelai batik, sekilo beras, sekilo gula untuk sekali bagi lima tahun sekali. Jangan terpedaya dengan janji nak beri tanah dan rumah. Kalau diberi AMBIL kerana itu hak kita, hak rakyat. Itu bukan duit UMNO, itu duit rakyat. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: