Skip to content

Majlis Perpisahan Biologi Major 1985, UPM

Disember 28, 2011

Melalui kiriman ini aku tulis kembali ucapan yang aku sampaikan kepada rakan-rakan dan hadirin pada Majlis Jamuan Perpisahan Biologi Major 1985, UPM. Mungkin ucapan ini menjadi nostalgia bagi sebahagian siswa siswi UPM yang menamatkan pengajian Bacelor Sains (Kepujian) Major Biologi yang nama mereka tersenarai di bawah nanti. Sebahagiannya sudah bersara!!! Ada yang sudah meninggal dunia – Al fatihah !!!

Bismillah hir rohma nir Rahim

Assalam mu alaikum wr wbt.

Saudara Pengerusi Majlis, Yang di Muliakan Profesor Dr Badri Mohammad, Dekan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar dan isteri. Yang di Muliakan Dr Salehan Siais, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Yang di Hormati Dr. Jambari Haji Ali, Ketua Jabatan Biologi FSAS, Dr Ariff Syed Penolong Ketua Jabatan Biokimia. Para Pensyarah, Kakitangan Jabatan Biologi dan rakan-rakan situa dan siswi yang dihormati sekelian.

Saya bagi pihak rakan-rakan situa dan siswi tahun akhir (Major Biologi) mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para pensyarah sekelian terutama sekali Profesor Dr Badri hadir ke majlis kami yang tidak sepertinya ini.

Antara tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memberikan kami peluang untuk bertemu mesra secara beramai-ramai dengan para pensyarah untuk mendapatkan ;

i.  pandangan dan nasihat sebelum kami meninggalkan kampus UPM ini.

ii.feedback daripada para pensyarah untuk kami menilai prestasi yang kami capai selama dua tahun setengah di UPM untuk kedatangan kami bagi kali kedua (bagi ex diploma) berbanding dengan para pelajar yang fresh daripada sekolah.

iii. peluang dan kesempatan terakhir bagi sesama kami untuk bertemu secara beramai-ramai sebelum sebahagian daripada kami melangkah semula ke alam dan suasana sekolah; sebahagiannya masih ada satu semester lagi untuk menunggu kampus UPM ini, khususnya menjadi penunggu makmal Biologi.

Bagi pihak pelajar-pelajar tua (ex diploma) kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar kerana memberi kami kesempatan untuk kami menyambung pengajian kali kedua dengan berbekalkan Gred Purata Timbunan (CGPA) ketika diploma yang minimum iaitu 2.0 dan kami bersyukur kerana tergerak hati kami untuk memohon ke UPM tahun 1983 dahulu dan dengan itu kami kemari dengan separuh gaji. Andainya kami memohon pada tahun 1985 umpamanya mungkin sebahagian besar daripada kami tidak akan dapat meneruskan pengajian kerana tiada biaya separuh gaji (Bagi Biologi dan Kimia Major).

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah yang telah membimbing kami yang tua dan yang muda, kami mengakui bahawa kami ada membuat silap dan salah, kami sedar akan kelemahan kami  – ada pendapat yang mengatakan kami tidak segigih para pelajar sebelum ini, antara sebabnya ialah kami sentiasa balik kampung hujung minggu – al maklumlah kami ada tanggung jawab yang juga penting di rumah.

Walau bagaimana pun dalam mengejar cita-cita dan memikul cinta kepada rumah tangga, isteri/suami dan anak-anak, akhirnya kami sempat juga sampai ke pengkalan jaya – alhamdulillah.

Di kesempatan ini kami memohon ampun dan maaf atas salah dan silap yang kami lakukan.

Kepada para pegawai dan kakitangan Makmal Biologi, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang telah diberikan semoga pertolongan ikhlas saudara saudari dibarkati Allah SWT.

Pendek kata pada keseluruhannya pengalaman kami di sini sebenarnya baik situa atau yang muda adalah sangat terkesan di hati menjadi ingatan kekal abadi hingga ke hari mati.

Untuk akhir ucapan bicara ingin rasanya meminta penjelasan dari yang berwibawa mengenai satu situasi yang agak ketara. Apabila meneliti senarai para anggota akademik FSAS khususnya Jabatan Biologi satu pertanyaan timbul, mengapa tiada graduan dari UPM atau dari FSAS dan Jabatan Biologi yang diambil menjadi tutor atau pensyarah di sini? Apakah graduan-graduan lepasan FSAS tidak layak atau ada masalah lain yang berbangkit? Dari ura-ura yang kami dengar, UPM amnya, FSAS khususnya akan menganjurkan satu kursus metrikulasi dan sedang mencari tenaga pengajar. Kali ini diharapkan peluang ini diutamakan kepada para graduan lepasan FSAS UPM sendiri, kalau tidak, terkilanlah nanti para graduan yang berhajat menyubang tugas di sini.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat silap dan salah dalam ucapan saya yang mungkin mengguris hati dan perasaan.

Terima kasih

Wabillah hi taufik wassalam mu alaikum wr wbt.

Graduan yang terlibat dalam majlis ini ialah:

Yusof bin Ibrahim (Pahang), Zolkepli Buang (Melaka), Faridah Puteh (Melaka), Abdullah Haron (Terengganu), Abdul Halim Zakaria (Kelantan), Mohd Haji Deraman (Terengganu), Mohd Sobki Haji Ibrahim (Kelantan), Wan Din Wan Daud (Terengganu), Zulkifli Yaacob (Kedah), Arshad Ahmad (Perak), Berahim Embong (Terengganu), Mohd Azlan Nordin (Perak), Md Noor Marwan (Johor), Ramli Abd Samat (Johor), Suhaimi Mohd Dahan (Pahang), Che Azizah Ismail (Pulau Pinang), Halmy Ahmad (Johor), Mahathir Haji Azahari (Kedah), Jaafar Ahmad (Johor), Ruslina Salleh (Pulau Pinang), Razali Baharom (Melaka), Mahzan Ayub (Johor), Razali Mat Omar (Pahang), Zubaidah Mohamed Ibrahim (Johor), Saodah Daud (Kedah), Jamilah Abd Kadir (Johor), Zulaini Ismail (Terengganu), Rusifah Sulaiman (Selangor), Khadijah Haji Ali (Kelantan), Nor Kiahanum Mohd Nor (Selangor), Zamzam Haji Abbas (Johor), Halidah Kasmin (Selangor), Zolkepley  Shahidan (Kuala Lumpur), Sivarogini Kanasar (Selangor) dan Tang Cheng Mun (Pulau Pinang).

Sekian TK.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. wan din wan daud permalink
    Ogos 24, 2014 4:05 pm

    asm. terjumpa catatan ini… secara tidak sengaja. terima kasih. dari wan din wan daud.

    Sdra Wan Din, terima kasih atas ziarah ke laman web saya ini. Antara ramai rakan yang tersenarai nama di atas awaklah yang saya tak dengar berita selepas kita bergraduat. Melalui laman ini saya boleh berinteraksi dengan awak dan saya mohon nak guna email awak untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Harap email awak berfungsi. Yusof Ibrahim – Lipis Pahang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: