Skip to content

Suka membaca

Januari 11, 2012

Islam mengajar umatnya suka membaca. Ini jelas disebut dalam wahyu pertama. Membaca perkara yang berkait dengan mentauhidkan Allah SWT. Satu ketika dahulu ada kempen membaca dalam akhbar, “Membaca jambatan ilmu”.

Dalam kedua-dua hal di atas membaca itu bukan asal membaca sahaja, tidak kira sama ada yang dibaca itu perkara yang baik atau buruk. Syor yang dibuat ialah membaca perkara yang boleh mendekatkan diri kita mengenal Allah SWT dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Dua tujuan membaca ini adalah menjadi keutamaan bila kita hendak  membaca.

Bahan bacaan kini berbagai. Ada yang bersifat membawa pembaca mengenal Allah SWT, ada yang boleh menambahkan ilmu, ada sekadar menjadi pengetahuan, malah ada yang hanya berbentuk maklumat. Ada juga berbentuk yang memusnahkan keinsanan dan banyak lagi variasi yang dapat ditemui. Oleh itu bijaklah memilih bahan yang membawa tujuan utama membaca itu.

Bagaimana nak galakkan orang ramai agar suka membaca? Dalam sekolah berbagai program dibuat untuk menimbulkan kesedaran kepada murid agar suka membaca.  Dalam pada murid digalakkan suka membaca, didapati guru pula malas membaca!!! Itu yang aku dapat saksikan sejak aku menjadi guru sehingga aku bersara.. Di sekolah ada program menggalakkan murid membaca umpamanya program NILAM. Bagaimana pula dengan galakkan membaca bagi guru atau sememangnya para guru tak perlu digalakkan membaca?

Pengalaman aku dan rakan-rakan mengadakan Majlis Bicara Buku di Masjid Kampung ku mendapati bahawa sebahagian guru tak berani untuk membicara buku yang dia baca atau mungkin mereka tidak membaca. Setakat 10 Januari 2012 kami sudah membicarakan 14 buah buku. Dari 14 pembicara itu hanya dua orang guru yang tampil setelah dipujuk. Dua orang pensyarah IPGM TAA, Kuala Lipis turut terlibat. Ini menunjukkan bahawa tak ramai guru bersedia membaca dan membicara buku yang dibaca.

Satu perkara yang memberangsangkan ialah salah seorang daripada pembicara itu ialah seorang murid yang berumur 14 tahun (tingkatan dua) yang mempunyai keberanian untuk kehadapan membuat persembahan. Ini menjadi cabaran kepada para guru yang rata-ratanya sudah menamatkan pengajian di Universiti.. Oleh itu diharapkan mereka yang sudah berumur menyahut pelawaan kami untuk membicara mana-mana buku yang pernah dibaca. Program bicara buku ini dibuat setiap hari selasa malam rabu, antara solat maghrib dan isyak di Masjid Kampung Relong… Semua orang dijemput hadir, mana yang mampu buat persediaan untuk bicara buku….

Sekian TK

Advertisements
One Comment leave one →
  1. illias masri permalink
    Januari 21, 2012 12:54 pm

    Cikgu, sekadar cadangan untuk dipertimbangkan. Mungkin lebih cantik kalau dapat dibuat satu blog khas yang ringkas untuk mendokumentasikan pembentangan setiap minggu yang telah dibuat. Cukup sekadar sedikit catatan sinopsis serba ringkas atau dimuat-naik Power Point slide-nya dengan izin pembentang untuk manfaat bersama selain untuk tujuan dokumentasi yang lebih sistematik.

    Blog yang sama juga mungkin boleh dijadikan rujukan sekiranya ada pembentang dari luar seperti Tuan Rohidzir yang berminat untuk datang tanpa membentang bahan yang telah dibentang dalam minggu-minggu sebelum itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: