Bicara Buku – Bagaimana Bermula
Bicara Buku di Masjid Kampung Relong kini sudah masuk minggu ke lima belas, bererti sudah lima belas buah buku sudah dibicarakan. Alhamdulillah.. bagi mereka yang tekun mengikutnya bererti sudah mendapat maklumat daripada lima belas buah buku… Bukan mudah hendak membaca 15 buah buku dalam masa 15 minggu, bagi orang biasa. Kalau orang itu kaki buku 15 buah buku dalam masa 15 minggu tak banyak…..enteng aje..
Bagaimana idea bicara buku ini timbul? Ia bermula apabila saya, Zahari dan Hamid bersara dari jawatan kerajaan. Zahari bersara setelah menjawat jawatan sebagai PPD Lipis, saya bersara sebagai GC Sains dan Hamid bersara sebagai Pengarah JPJ Sarawak.
Zaman kami belia dahulu, setelah tamat pengajian di Universiti, diperingkat awal bekerja, bila ada masa terluang kami bertiga sering melepak dekat persiaran Gua Bama. Mungkin petang atau pagi hujung minggu. Setiap kali melepak kami membicara buku yang kami baca. Setiap pertemuan kami dapat bicara tiga buah buku. Begitulah seterusnya sehingga Hamid menjawat jawatan sebagai ADO di Bentong. Bicara buku kami terhenti. Ini berlaku sekitar tahun 1977.
Oleh kerana kami selalu melepak dekat Gua Bama, ada orang kampung risau atas perbuatan kami.. sehingga satu ketika pihak SB datang menyiasat apa yang kami buat… Kami bukan subversif, kami bukan komunis, kami hanya graduan dari tiga universiti yang berbeza. Zahari dari UKM, saya dari UPM dan Hamid dari USM. Apalah yang SB nak takut.
Apabila Zahari bersara pada bulan Oktober 2008, saya bersara Julai 2009, dan Hamid bersara Mac 2011 kami dapat bertemu semula. Masih bercakap tentang buku yang kami baca. Kalau dahulu simpanan buku kami sedikit tetapi kini koleksi buku kami sudah melebihi bilangan satu ribu buku seorang… Oleh itu banyak buku yang dapat kami bincang, banyak pengetahuan dapat kami kongsi dan banyak ilmu yang diperolehi.
Masalahnya, ke mana hendak kami berikan ilmu pengetahuan ini, selain dari kami amalkan mana-mana yang kami mampu..
Kami berbincang bagaimana hendak sumbangkan ilmu pengetahuan yang kami ada kepada masyarakat kampung. Kami bukan ustaz!! Oleh itu peluang untuk mengajar di surau dan masjid tiada. Timbul idea bicara buku yang selalu kami buat, boleh dikongsikan dengan masyarakat. Tempat yang paling sesuai ialah masjid.
Takdirnya saya adalah AJK masjid!! Dalam satu mesyuarat AJK masjid, saya mencadangkan program bicara buku dibuat antara maghrib dan isyak sekali seminggu. AJK mencadangkan isnin malam selasa pada mulanya, tetapi kerana saya mengajar biologi malam itu di SM Agama Padang Tengku, saya berbincang dengan Ustaz yang mengajar selasa malam rabu untuk menukar waktu. Ustaz bersetuju. Maka ditetapkan bicara buku ialah selasa malam rabu.
Maka bermulalah majlis bicara buku di masjid Kampong Relong pada 4 Oktober 2011 (selasa malam rabu). Insya Allah majlis bicara buku ini akan berterusan dan berkekalan….
Sekian TK.
Dengar kata ada penulis hebat akan datang untuk satu slot? Bila agaknya? Terasa nak turut serta mendengar juga perkongsian orang jauh tu.
Suka saya membaca mengenai program bicara buku di Relong! Idea bagus!
BICARA BUKU YG DISAMPAIKAN OLEH SEORANG YG BYK ILMU DAN PENGALAMAN SUDAH TENTU SGT MANAFAAT KPD MASYARAKAT.TERUSKAN USAHA BAIK ITU