Skip to content

Maulidur Rasul

Februari 12, 2012

Baru berlalu sambutan Maulidur Rasul. Setiap bandar dan kampung orang merayakan mengikut kemampuan masing-masing. Tujuannya nak menunjukkan sayang dan kasihnya kita kepada Rasulullah SAW.

Setiap kali sambutan terdengarlah ungkapan Muhammad SAW. Erti perkataan “Muhammad”  ialah terpuji. Sesungguhnya merayakan keputeraan Nabi Muhammad adalah untuk mempelajari kisah hidup insan yang terpuji untuk dijadikan contoh dan teladan. Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat suri teladan yang terpuji (uswatun hassanah).

Pada satu ketika (semasa saya menjadi pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW) saya menyarankan setiap penceramah semasa Maulidur Rasul hendaklah menjelaskan erti perkataan-berikut: Al Amin (amanah dan jujur), Uswatun Hassanah (Contoh tauladan yang baik),  Rahmatan lil ‘alamin (pembawa rahmat seluruh alam), Khuluqul Quran (Akhlak Al Quran), “Aku dididik oleh Rabb ku, dan pendidikan yang aku terima adalah sebaik-baik pendidikan” serta Khataman Nabiin…

Dengan menerangkan istilah-istilah di atas dari sudut Al Quran dan Sirah diharapkan yang mendengarnya dapat memahami tentang siapa dia Rasulullah SAW.

Jangan lupa pernyataan hadis “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kemu berpegang kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Bagaimana hendak berpegang kepada kedua-duanya, kalau kita tak pernah membaca kedua-duanya (Al Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW), atau tak ada sebarang bahan hendak dirujuk di rumah.. Oleh itu disaran kepada semua orang Islam, hendaklah mempunyai simpanan bahan rujukan berupa sekurang-kurangnya Al Quran dan Al Hadis terjemahan di rumahnya.

Sekian TK

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: