Skip to content

Pegangan Hidup

Mac 3, 2012

“Wahai Manusia! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu sesuatu yang bila kamu pegang ia erat-erat niscaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, dua sahaja: Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah RasulNya. Hai Manusia, dengarkanlah baik-baik apa yang aku ucapkan kepada kamu niscaya pasti kamu bahagia untuk selama-lamanya dalam hidupmu!”

Ini merupakan terjemahan kepada sebahagian daripada ucapan Rasulullah SAW semasa haji wida’, haji pertama dan terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ucapan ini disampaikan di Padang Arafah ketika melakukan wukuf.

Berpegang kepada Al Quran dan Sunnah RasulNya

Setiap hari kita akan berdoa dan memohon agar Allah SWT memberikan kita kebahagian di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari api neraka. Itu matlamat dan wawasan hidup manusia Islam (Wawasan ABADI). Kalau ingin mencapai matlamat dan wawasan ini kita tak boleh sesat dalam perjalanan hidup ini

Jalan untuk mengelak sesat ialah berpegang kepada Al Quran dan Sunah RasulNya. Persoalannya ialah bagaimana nak berpegang kepada Al Quran dan Sunah Rasul jika kita tak pernah nak kaji secara mendalam dua perkara ini.

Kalau kita ada anak yang nak ambil peperiksaan UPSR, PMR atau SPM, semua pihak yang terbabik akan berusaha dengan berbagai tektik dan strategi bagi mencapai matlamat banyak A. Tetapi kejayaan dapat banyak A bukan segala-galanya dalam hidup ini. Ada yang tak ada A pun dalam UPSRnya boleh juga belajar sampai dapat PhD atau Ijazah Master. Dapat A dalam peperiksaan itu perkara kecil sahaja tetapi usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan banyak A itu dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Bagaimana kalau nak capai matlamat dan wawasan ABADI di atas. Adakah usaha kita buat secara bersungguh-sungguh atau buat sambil lewa atau tak buat langsung.

Hendak berpegang kepada Al Quraan dan Sunah RasulNya perlulah kedua-duanya difahami dahulu. Ertinya kena belajar dan menaruh minat untuk belajar. Sememangnya orang Melayu Islam di Malaysia ini, ramai tak faham bahasa Arab (bahasa Al Quran dan Hadis), oleh itu bagaimana hendak faham Al Quran dan Sunah RasulNya. Manakala untuk tidak sesat selama-lamanya baik di dunia dan akhirat kena rujuk sehari-hari apa yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis serta Sirah Rasululullah SAW.

Masalah tak faham bahasa Arab boleh diatasi dengan mencari terjemahan serta tafsir Al Quran dan juga terjemahan kitab-kitab Hadis serta sekali sekala pergi berguru dengan alim ulamak. Kalau nak serta merta bagaimana?

Oleh itu disarankan disetiap rumah orang Melayu Islam hendaklah ada Al Quran, Al Quran terjemahan (Pimpinan Ar Rahman) dan Tafsir Al Quran. Hendaklah ada kitab Bukhari dan Muslim serta terjemahannya. Hendaklah ada kitab fekah Mazhab Syafie dalam Bahasa Melayu. Ini adalah perkara asas yang perlu ada dalam setiap rumah orang Melayu Islam di Malaysia. Buku dan kitab ini lebih penting dari melanggan ASTRO dan jauh lebih penting dari membeli set Golf atau set-set hiburan seperti set kerioke dan sebagainya.

Setelah kitab dan buku ini ada dalam simpanan di rumah masing-masing, hendaklah kita membacanya setiap hari lebih hebat dari membaca akhbar Berita Harian atau Utusan Melayu, kemudian adakan pula masa sekurang-kurangnya seminggu sekali peluang untuk mentelaah kitab dan buku ini bersama-sama alim ulamak yang boleh menjelaskan kandungannya. Ini proses untuk mendapat kefahaman ilmu.

Sesudah faham apa yang terkandung dalam Al Quran dan sunah RasulNya secara minima, maka amalkanlah sedaya upaya. Biar sedikit tetapi berterusan atau istiqamah.

Satu masalah besar ialah persekitaran kita tidak bergerak ke arah kefahaman itu. Tambahan pula ada orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat dan negara yang memandai-mandai buat sesuatu pendapat yang menyongsang dengan Al Quran dan Sunah RasulNYa. (ini yang berlaku ketika ini – isu Hukum Hudud tak ada dalam Al Quran, kununnya Hukum Hudud itu dibuat oleh ahli fikah sahaja).

Adalah disarankan kepada semua: Jika perkara itu terdapat dalam Al Quran maka wajiblah diterima. (Bagaimana nak nilai kalau tak pernah baca dan faham Al Quran). Jika perkara itu terdapat dalam Hadis, khususnya hadis sahih, wajiblah diterima. Jika perkara itu merupakan pendapat manusia yang tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunah RasulNya maka kita boleh menolak atau boleh menerima. Tak kiralah siapa yang memberikan pendapat tentang perkara itu. Tak mestinya dia menteri dia tahu semua, tak mestinya dia bekas PM di tahu semua dan betul semua. Mungkin pendapat orang biasa lebih bisa dan lebih tepat daripada pendapat seorang besar dan tersohor lagi ternama.

Rasulullah SAW telah meningatkan kita bahawa peringatan dari baginda akan dapat membahagiakan hidup kita selama-lamanya sekiranya kita amalkan. Wallah wa’lam. Sekian TK.

One Comment leave one →
  1. pak yahu permalink
    April 27, 2012 10:51 pm

    artikel yg baik. SUDAH TERANG LAGI NYATA IAITU BERPEGANG KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH.TETAPI MUTAAKHIR INI HADIS KELIHATAN MENJADI SANDARAN DALIL DOMINAN. DALIL ADA 2. AQLI-AKAL…NAQLI..AL-QURAN. BUKANNYA HADIS TIDAK BETUL..PLATFORM HADIS TERDEDAH KPD PEMALSUAN DAN PEMESONGAN. MAKA BERPECAH LAH UMAT ISLAM AKIBAT BERPEGANG KPD SUMBER KE-3 INI.SUDAH CUKUP 2 YG DINYATAKAN.

    Pak yahu kelihatan keliru ya! Berkaitan dengan sunah dan hadis.
    Perkataan Sunnah ertinya jalan atau bawaan hidup. Manakala Hadis pula ertinya baharu, percakapan atau perkhabaran sama ada sedikit atau banyak
    Kebanyakan ahli hadis tidak membezakan antara hadis dengan sunah dari segi istilah yang membawa maksud sebagai ucapan, perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat Rasulullah SAW sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas ia menjadi Rasul.
    Oleh itu pak yahu, tiada sumber yang ketiga….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: